Friday, September 18, 2009

MENGNANG MASA SILAM

Mokhtar Petah


Ya Allah, sesungguhnya, hamba - Mu ini adalah dari setitik darah yang anda telah memaklumkan kepada alam ini, Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Aku adalah dari campuran darah bapa dan darah ibuku. Aku adalah manusia yang terkumpul dalam golongan Insan Kamil dan Khairul Ummah (umat yang baik), macam Dato' Najib hajatkan.

Ayah dan ibukulah dua profesor dan pensayarah universiti alam yang telah membentukku menjadi hamba Allah yang mentaati Allah dan mentaati mereka.


Hai anakku, jangan kamu mempersekutukanAllah; sesungguhnya

mempersekutukan

Allah itu kesalahan yang besr.

Dan Kami mewsiat (perintah) kan kepada umat manusia, agar berbuat baik

kepada dua ibu bapa mereka. Ibu mereka mengandung mereka

(masing - masing) dengan menderita kelemahan di atas kelemahan

dan diceraikan - menyusukan mereka - dalam dua tahun.(Luqman)


Aku amat yakin, kerana aku beriman dan mentaati Allah dan beriman dan takwa kepada Allah, apabila aku dihijrahkan ke alam akhirat nanti, akan ditempatkan dalam syurga aang ditentukan oleh Allah akan darjatnya, atau:


Dalam syurga an Nai'm. di atas sofa yang bertatah emas dan permata.

Mereka duduk bersandar dan berfhadapan satu dengan lain di atasnya.

Memakan buah - buahan terpilih. Daging burung.

Dan daging burung.

Gadis jelita( bidadari) bermata bulat bagai mutiara

besinar - menggiurkan. (Al Waqi'ah)


Sepanjang bulan puasa ini, aku sengaja menikmati kuih muih Melayu : Ketayap, limah, tepung kacau air gula, dan lauk; rendang pedas, daging atau ikan, pucuk kabung atau bayas dari hutan, gulain pucuk paku dengan daging salai, sambal belacan cili patah dan ulam mentah dari semak samun belakang rumah.Setiap kali aku menghasapi makanan - makanan ini, terbayang wajah ayah dan wajah ibuku. Makanan itu kegemaran mereka, simbul orang miskin, tinggal di kampung, kuat semangat untuk menemuh hidup dan takwa kepada Allah.

Hari raya kali ini, dalam usiakua 75 tahu - entah bila Allah mengutus malaikah maut untuk mengambil semula nyuawa yang dipinjamkan Allah kepadaku, maka bersama isteri, Sitti Haisyah binti Abdul Rahman - anggota Kementerian Pelajaran Malaysia, putera pertamaku dengan Sitti Haisyah, Petah Wazzan Iskandar, putera keduaku, Petah Shahrir Aidid, Editor dan siswa universiti di Bagi dan Petah Ibnu Khaldoon, jutera awam, di Putrajaya, berhari raya bersama keluarga adik saudaraku, Norilah binti Haji Ahmad, di Felda Kota Gelenggi, Jerantot, Pahang.

Aku bersama keluargaku beraya di sana, kerana bapa saudaraku, iaitu adik ibuku, Haji Ahmad bin Haji Jaafar (bapa Nurila) telah bersemadi dalam tanah pusra Kota Gelenggi. Nurila adalah paling rapat dengan ibuku. Dia juga adalah anak angkat ayahku.

Ibu dan ayahku adalah seperti kucatatkan dalam dua buah sajak berikut ini.


IBUKU


Kita laksana sekawan unggas di angkasa,

Masing-masing menggonggong kasih yang ada,

Seperti melata peria atas batu di huma,

Kemangi dan nilam harum baunya.


Tak kita harap musim berhujung,

Seperti bungan cempaka dan tanjung,

Perpisahan ada penyiksaan berkabung,

Sedih sendiri tidak terdaya anakmu menanggung.


Pada hari pemergianmu terakhir,

Sebak hati ini hilang daya fikir,

Menahan duka lara bermandi air mata me


Ibuku insan mulia waris Hawa,

Seorang rakan mudah berbicara,

Di bawah tapak kakimu ada syurga,

Didikanmu demi Allah, aku ke syurga.


Kepada Allah anakmu mohon hajat,

Di syurga-Nya tempat ibu berehat,

Dipintunya bonda menungguku dan kerabat,

Kini anakmu perantau jagat.


Maha Iradat dan Qudrat Allah,

Melindungku dan kerabat dari fitnah,

Musuh Allah bernama makhluk pemusnah,

Dengan pena anakda meneruskan jihad.


Selagi darah mengalir dalam jasad,

Tidak nama yang kukasad,

Hanya dengan pena-baca kuberjihad.


( Ibuku; Hajjah Jahara binti Haji Ja’afar meninggal dunia pada

4 Ogos 1997 dan di kebumikan di kampungku, Kampung Ngor,

Sauk, Kuala Kangsar ).


AYAHKU


Anakmu masih ingat, ayah,

Enam peluru api singgah pada dadamu,

Kebalmu bukti seorang pejuang,

Pada zaman ‘parang panjang’,

Senjata orang Melayu yang malang,

Tulang empat keratmu, ayah,

Bagai besi waja,

Ayah memerah keringat,

Tengah panas membakar,

Memungut rezeki Allah dari bumi pusaka.

Pisang bakar,

Daging unggas dan napuh liar,

Dari belukar di belakang rumah kita,

Ikan dari tasik tanpa sangkar,

Mengisi ususku untuk membesar.

Ilmu duniawi dan akhirawi,

Dari ayah kekal dalam diri ini,

Dari kenal diri sendiri,

Hingga Tuhan Maha tinggi,

Dalam diriku ada kemanusia sejati.

Kini ayah jauh di alam baqa,

Anakda masih ‘bertongkatkan paruh’ jua,

Mewarisi semangat dan wasiatmu,

Tegar imanku sang anak bertaqwa.

Ayah, tiba musim di hadapan,

Ke sana juga anakmu dicampak Tuhan,

Kita bertemu jauh dari kepalsuan,

Alam baqa dan syurga aman,

Ayah dan aku ramai warisan.


(Ayahku; Mohd.Petah bin Yusof telah meninggal dunia pada 15 April 2003 dan dikebumikan, di tanah perkubnuran orang Islam, di Kampung Nami, Sik, Kedah ).





No comments: