Tuesday, September 15, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

BERITA BOHONG

Sesungguhnya mereka yang membawa berita bohong (tuduhan palsu terhadap isteri Nabi Muhammad, Sitti Aisyah binti Abu Bakar) itu adalah dari golongan kalian juga. Setiap orang mendapat (hukuman) dari dosa yang dilakukannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar, dia akan memperolehi seksaan yang besar (dahsyat). – An Nur: 11

Perkara seperti dalam ayat Quran di atas ini telah berlaku dalam kerajaan kita, iaitu Pertdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat.Dijatuhkan dari kedudukan beliau. Kita melihat dari segi pandangan Islam dan berpandukan ayat – ayat Quran dan Hadis, dosa akibat dari perbuatan bekas Perdana Menteri itu, telah ada pada diri beliau sendiri. Di antaranya beliau sentiasa menyalahkan orang lain dan lupa akan keslahan diri beliau sendiri.

HADIS

KOKOK AYAM

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Apabila anda mendengar kokok ayam jantan, maka berdoa (pohon)lah untuk memperoleh kurniaan dari Allah, sesungguhnya ia (ayam jantan) itu melihat malaikat. Apabila kalian mendengar bunyi (ringkik) keledai, maka berdoa (pohon)lah perlindungan kepada Allah dari bahaya syaitan, kerana sesungguhnya ia (keledai) itu melihat syaitan.

- Perawi: Abu Hurairah (Sahih Bukhari).

PETUA

MENGANGGUNG DOSA

Jika anda seorang yang mendalami pengetahuan agama Islam, ada akan dapat melihat seseorang yang berada di hujung usianya sedang menanggung dosa akibat dari perbuatannya pada masa dia muda dan dewasa. Di antaranya tidak rasa senang jika dia diam di rumahnya, sering mengatakan keburukan orang lain, menyalahkan orang lain dan gaya bercakapnya menimbulkan kebencian mereka yang mendengarnya dan disukai oleh mereka yang sama – sama memikul beban dosa dengannya.

TAHUKAH?

PROFESOR DAN SISWA

Ramai dari para gadis - maha siswi - yang memperolehi ijazah bermutu dan cemerlang, adalah terdiri dari mereka yang merelakan diri menjadi kekasih atau isteri sambilan kepada para profesor atau pensyarah mereka.

Manakala mahasiswa pula teraza azab untuk mendapat markah terbaik dari penilaian para profesor atau pensyarah yang berkelakuan seperti di atas.

Seorang bekas mahasiswa telah menerangkan tentang perkara ini.

No comments: