Saturday, September 12, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


PEREMPUAN TUA BANGKA


Dan sesungguhnya, telah datang utusan (malaikat – malaikat) Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan membawa – berita gembira. Mereka mengucap: Salam! Dia (Ibrahim) telah menyahut: Salam! Setelah seketik menyahut salam, dihidangkanlah (Ibrahim) daging lembu bakar.

Setelah Ibrahim melihat tangan – tangan mereka (malaikat) tidak menjamah (daging lembu) itu, dia tekah curiga dan mnerasa takut kepada mereka. Kata mereka (para malaikat): Jangan anda takut. Sesungguhnya kami diutuskan untuk kaum (Nabi) Luth. Dan isterinya (Ibrahim dan namanya Sara) berdiri dengan ketawa, lalu Kami sampikan kepadanya berita gembira dengan (dia akan melkahiurkan anak lelaki) Ishak dan setelah Ishak (akan lahir pula) Yaacob. Hud (69,79,71.

Asy Syamuitanak! Saya akan melahirkan anak, sedangkan saya perempuan yang tua bangka. Sesunguhnya ini adalah satu hal yang ajaib. Para malaikat telah berkata: Adakah kalian (berdua) rasa ajaib akan keputusan Allah? Rahmat Allah dan berkatnya, hai tuan rumah? Sesungguhnya Allah itu terpuji dan ternama. – 69, 70, 71, 72, 73.


HADIS


HARTA PENINGGALAN


Rasulullah telah ditanya Sa’ad bin Waqas: ”Penyakit saya terasa amat parah, sedangkan saya orang kaya, tidak ada waris selain dari seorang anak perempuan saya cuma, oleh itu bolehkah saya bersedekah dengan dua pertiga dari harta saya?” Jawab Junjungan: ” Tidak boleh.”

”Kalau setengah bahagian, bagaimana?” Jawab Junjungan: ”Tidak boleh.”

”Sepertiga?”

Jawab Junjungan: ” Boleh, tetapi itupun banyak. Anda meninggalkan waris anda dalam keadaan kaya lebih baik dari anda meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta – minta kepada orang.”

- Perawi: Sepakat para ahli Hadis.


PETUA


PAKAIAN


Pakaian anda mencerminkan sikap dan nilai peribadu anda. Dan orang menghoirnmatui anda dengan melihat paiakaian yang anda pakai. Jika anda seorang ahli perniagaan, anda datang menemui ’orang penting’ dengan berpakaian petani, maka penghormatannya kepada anda sebagai ahli perniagaan. Orang begini sering gagal dalam mendapat bantuan dari ’orang penting’.


TAHUKAH?


PULAU YAHUYDI


Sebuah pulau dekat Sandakan, iaitu ke arah Fikpina, sebahagian bernama pulau Yahudi dan sebelah lagi pulau Arab. Menurut cerita,pulau itu telah dibeli (atau tebus) oleh hartawan Yahudi, kemudian, sebahagian dari pulau itu dihadiahkan kepada mualim atau pendakwah Islam, orang Arab.

Keturunan orang Arab itu telah membina sebuah masjid di Sandakan (ada sampai kini) dan seorang pengusaha filem di Kota Kinabalu.


No comments: