Sunday, September 27, 2009

CERITA DARI NOVEL



PADERI DAN GADIS MELAYU

Pagi 17 Julai 2005.
Kota London berbungkus dalam kabus dingin.Udara hari minggu itu, sejuk. Bedi. Sebedi salju di Askimo. Dinginnya menjilat kulit manusia hingga ke tulang sumsum. Matahari di dada langit laksana kuning telur ayam masak mata kerbau. Dalam dingin begitu patung di kemuncak menara Trafalgar Square seperti menjerit. Meraung kedinginan.
Tower Bridge yang terentang atas dada sungai Thames dalam pelukan kabus putih. Atas jalan batu dingin di bawah menara itu, beratus-ratus orang pelancong lelaki dan perempuan kecil, besar, tua dan muda berjalan kaki berjejal-jejal. Hilir mudik. Mereka itu datang dari seluruh pelosok dunia.
Jalan raya, Tooley Street, Upper Thames Street, Southwark Street, Stamford Street dan beberapa batang jalan lagi bagaikan menjerit. Sesak nafas dilatam tapak kaki ratusan manusia pelancong. Pengembara-pengembara mencari keindahan alam ciptaan Tuhan.
Mereka dalam pakaian tebal laksana kumpulan beruang berjalan atas jambatan -jambatan yang merentangi dada sungai Thames; jambatan London, jambatan Southwark, jambatan Blackfriar’s, jambatan Waterloo, jambatan Westminster dan jambatan Lambeth.
Gadis Melayu, Namlatun Sa’diah. Bertubuh genit. Sepasang matanya yang cantik, laksana bintang tengah malam. Hidungnya mancung. Sepasang bibir panjang nipis basah. Luas mulutnya. Cuping telinganya yang lebar, mungkin kuat cita-cita. Dia sedang berdiri menggigil dalam pakaian tebal di bawah Tower Bridge. Nama penuhnya Namlatun Sa’diah binti Nawawi. Gadis dari kampung Kelip-Kelip, Batang Berjuntai, Selangor. Bapanya keturunan Jawa. Ibunya berdarah Bugis.
Sejak tadi dua bola mata Namlatun Sa’adiah mengembara ke sekitar kawasan pelancongan itu. Meniti atas permukaan air sungai Thames yang jernih dan bedi. Indahnya pemandangan di Kota London. Sejenak kemudian dua bola matanya tersangkut pada sebuah bot yang sedang belayar atas permukaan sungai Thames, di bawah jambatan tempat dia sedang berdiri.
Pada ketika itu Namlatun Sa’adiah lantas teringatkan wajah sungai di negerinya. Ingatannya menjengkau kepada Sungai Batang Kali, Sungai Bernam, Sungai Klang dan Sungai Gombak.
Dengan dua puntung lengangnya dia mendakap dadanya sendiri. Sambil menarik nafas panjang, dua bola matanya terhumban ke kemuncak gereja dalam kabus kenjulang langit. Nafasnya ditarik panjang. Panjang. Suara paderi Albert London terngiang- ngiang dalam otaknya.
“…Isa telah mati, kena salib, …dia dibunuh...,”suara paderi Albart London
“Isa putera Maryam telah mati…,”suara Albat London.Sedih.
“ …disalib pada kayu palang, …,”suara Albart London lembut seperti suara orang munafik akan dibunuh.
“Buktinya sampai kini…, tengok di pucak menara gereja – gereja kami ada salib, cross, …di seluruh Bandaar London, England…, Francis, …di mana-mana sahaja negara Kristian ada salib, ada cross…,”Albart London brcakap seperti berceramah.
“Orang pakai bow, simbul salib, tali leher …, simbul Isa mati kena salib…,”suara paderi Albar London lembut.
Paderi Albart London merenung wajah Namlatun Sa’adiah yang ayu. Dua ulas bibirnya merah basah. Sepasang pipi berlesung pipit. Hidung mongel. Dagu bagai lebah bergayut. Nafsu jantan sang paderi melonjak. Menjulang. Marak laksana puncak api membakar unggun kering.
Nafsu paderi Albert London seperti nafsu paderi-paderi yang telah memperkosa ramai birawati di serata dunia.Hatinya tidak jujur lagi.Pada waktu itu peribadi jantannya menjadi helang sedang menghadapi bangkai haiwan tepi rimba. Namlatun Sa’sdiah berwaspada terhadap lelaki itu. Dia sedar; ada lelaki berhati wali. Ada lelaki berhati syaitan.Sukar baginya untuk mengenali yaang mana wali dan yang mana syaitan. Maruah dirinya mesti dijaga. Maruah perempuan Melayu mesti dikawal. Maruah wanita Islam mesti dipertahankan.
“Muhammad telah mati…, dia mati demam panas…,”kata paderi Robat London lagi.
“Kristian agama benar, agama Tuhan…, tetapi,…Islam agama kuno, agama ciptaan Muhammad anak yatim piatu di rimba batu,”jerkah Paderi itu bagaikan memecahkan sepasang lubang telinga Namlatun Sa’adiah.
“…Islam agama extreme, …orang-orang Islam extremist,…terrorist…, insurgent…,” suara padri itu seperti racun terluah dari mulutnya.
“Bohong, kamu bohong…, paderi bohong…, Nabi Isa tidak mati, …yang kena salib bukan Nabi Isa…,”jerit hati Namlatun Sa’adiah di bawah Tower Bridge itu.
Namlatun Sa’adiah teringat akan ajaran guru agama di sekolah menengahnya, di Kuala Selangor, Ustaz Zainal Salleh.
“…Nabi Isa tak mati kena salib, tak kena bunuh, dia telah diangkat Tuhan ke atas, ‘sesungguhnya kami telah langit…’, orang yang dikatakan Nabi Isa oleh orang-orang yang memusuhinya, bukan Nabi Isa, bukan Al Masih,” kata Ustaz Zainal Salleh..
“Firman Allah dalam Quran, ‘…kata mereka (orang kafir), membunuh Al Masih anak Maryam Utusan Allah. Sebenarnya mereka tidak membunuh dan tidak menyalibnya, hanya penglihatan mereka sahaja’, mereka yang jahil…,”jelas Ustaz Zainal Salleh.
“Tapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya, dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana,”jelas Ustaz Zainal Saleh lagi.
“Orang-orang Kristian sekarang tidak ikut Nabi Isa lagi, …mereka percaya Nabi Isa anak Allah, …Allah tidak ada anak, tak ada sekutu-Nya,”suara Ustaz Zainal Salleh mendatar.
“…tapi orang-orang Kristian terlalu memuja Nabi Isa palsu, yang kena salib tulah…, mereka jadi kafir musyrik, macam orang-orang Yahudi…, mereka menyengutukan Allah dengan makhluk-Nya,”terang ustaz Zainya Salleh.
Ustaz Zainal Salleh telah membaca sepotong ayat Quran, ‘ …orang-orang Yahudi kata Uzir anak Allah, …orang Kristian kata Al Masih anak Allah…’
“Kalau kata Allah ada anak, …itu sekutukan Allah,…orang sekutukan Allah, kafir…, musyrik,” ustaz Zainal Salleh mengakhiri kata-katanya.
Pada petang semalam Namlatun Sa’adiah telah bertemu dengan Albert London. Mereka telah bertemu di bawah naungan St.Paul Cathedral.Dia telah memaklumkan kepada paderi muda itu akan hasratnya hendak menukar agamanya. Jadi perempuan murtad. Berhijrah dari agama Islam kepada agama Kristian.
Gadis mentah iman seperti Namlatun Sa’adiah belum kukuh jiwa Islamnya. Tidak tahan diuji Allah. Kerana hatinya berserabut. Kusut bagaikan pukat nelayan tersangkut pada reba dan dura dalam tasik, lalu dia menyangka dalam agama paderi itu ada ketenangan. Dapat mengubat hatinya yang duka lara. Sesunguhnya, Namlatun Sa’adiah tidak sedar, hanya orang bodoh yang menyangkakan dalam agama paderi itu ada ketenangan. Dalam agama Kristian boleh menyelesaikan segala serabut dan semua yang kusut. Kerana duka dan laranya, dia telah tidak nampak dalam agama Islam ada hikmat mengajar menyelesaikan perkara yang kusut. Walau sekusut mana sekali pun.
Namlatun Sa’adiah dan paderi Albert London telah duduk atas bangku kayu dalam udara dingin, dalam kawasan gereja itu. Mereka telah bercakap mengenai agama Kristian dan agama Islam.
Albart London orang Australia, bekerja mubaligh sambilan di sebuah gereja di Bandaraya London. Namlatun Sa’adiah sedar paderi itu sedang mempengaruhinya supaya dia meneruskan nekadnya untuk murtad. Paderi itu tidak pentingkan sama ada Namlatun Sa’adiah murtad atau tidak. Namlatun Sa’adiah menganut agama Kristian atau agama apa pun tidak penting. Yang penting bagi paderi itu ialah tubuh Namlatun Sa’adiah. Paderi itu mahu meratah daging-daging lembutnya. Macam helang hindik di Batang Berjuntai melahap bangkai ayam. Macam biawak dan beriang di tepi sungai Bernam melulur bangkai busuk. Macam ereng di Kuala Selangor menyiat dan menelan bangkai babi dan bangkai anjing.
Tunjang pokok nafsu paderi itu, mahukan perempuan Melayu’ di hadapannya itu menjadi mangsanya. Paderi itu mahu melapah tubuh Namlatun Sa’adiah seperti dia telah melapah tubuh seorang birawati di Angola, pada tahun lalu.
Dua bola mata Namlatun Sa’adiah terhumban kepada kemuncak istana lama. Dari sana tercamapak pula bola matanya kepada patung Maryam atau bidadari bersayap di kemuncak Istana Buckingham. Dia senyum. Dua bola matanya jatuh atas permukaan air sungai yang bersinar-sinar lembut itu. Pada detik-detik begitu Namlatun Sa’adiah bertaubat. Taubat Nasuha. Dia tidak akan menukar agamanya dengan agama paderi itu. Tidak akan murtad!
Sebelum bertemu paderi Robert London, hati Namlatun Sa’adiah sedih. Rawan. Hiba dan dibelit oleh kerunsingan. Hati perempuan yang hampir putus asa. Hatinya lara kerana putus cinta dengan kekasihnya, Mustafa, seorang politikus Melayu. Dia terkapai-kapai dalam arus kecewa. Halimatun Sa’adiah berada di pinggir kekafiran yang tidak menentu. Bertindak bodoh. Sebodoh manusia betina yang berjalan di tengah khalayak sambil mendedahkan perut dan pusatnya.
Kata-kata hikmat guru agamanya, Ustaz Zainal Salleh telah menginsafkannya. Wajah Ustaz Zainal Salleh dalam otaknya telah mengukuhkan semula kota imannya. Dia hanya perempuan Melayu yang cacat iman seperti dedaun dimakan ulat.
“…abang, …abang, …abangke yang bom…tub di stesen Adgware Road tu…,.bas tu…?” Namlatun Sa’adiah bertanya dengan hatinya yang lara kepada kekasihnya, Mustafa.
*** ***
Lima tahun yang lalu, Namlatun Sa’adiah telah berhijrah ke Kota London. Sebaik-baik sahaja tamat dari sekolah menengah, dia hanya berhasrat untuk melanjujtkan pelajarannya di sebuah universiti di Malaysia. Tetapi kerana kehendak kekasihnya, hasratnya itu ibarat pokok melur bantut berbunga di halaman. Tawaran biasiswa dari kerajaan telah ditolak. Kekasihnya mahu dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti London.
Namlatun Sa’adiah telah melanjutkan pelajarannya, di Bandaraya British itu, dengan ‘biasiswa cinta’ dari kekasihnya, Mustafa.
Mustafa politikus Melayu yang terhitung dalam kumpulan, ‘punggur rebak belatuk tumpang mati’.Dia seorang politiku yang menyokong seorang pemimpin yang dimanatinya sahaja.Fikiran Mustafa seperti fikiran orang zaman purba; rakyat hanya mentaati seorang raja sahaja.
Walaupun dia tidak pernah menuntut ilmu perniagaan atauiperdsagangan, tetapi sebagai politikus, dia pandai mencari wang. Di mana-mana dia boleh mendapat wang yang banyak. Pengaruhnya sebagai seorang politikus menjadi anak kunci kikmat dia mendapatkan wang. Politikus dalam parti politik yang berkuasa, terlalu mudah menjadi orang kaya raya. Jutawan. kalau mendapat restu dari pemimpin parti politik itu. Mustafa salah seorang politikus yang cepat kaya seperti ‘ makanan segera’.
Ramai orang berkata di Malaysia berkata, untuk mencari wang yang banyak memerlukan usaha yang gigih, perlu ada wang untuk mencari wang, laksana hendak memancing ikan besar mestilah berumpankan ikan besar juga.Tetapi Mustafa tidak perlu gigih dan tidak payah mengadakan wang untuk mengumpan wang. Dunia politik berbeza dengan dunia ekonomi orang yang berkeadaan ‘katak bawah tempurung’.
Mustafa telah menggunakan pengaruh politiknya. Dengan pengaruh politik dia telah membeli banyak saham dengan harga murah dari syarikat-syarikat besar. Dalam jangka waktu ibarat dalam tempo pejam celek dan pejam celik saham-saham miliknya telah berutkar ke tanngan orang lain. Berpuluh ribu dan ada kalanya berjuta wang mencurah masuk ke dalam akaun sikmpanannya.
Walaupun syarikat-syarikat lain sukar mendapat tanah Kerajaan Negeri yang komersial siafatnya atau tanah pertanaian, tetapi Mustafa mudah mendapat tanah-tanah tersebut.Pakat-pakat dengan menteri besar dan belanja orang-orang dari Pejabat Tanah, Unit Perancang Ekonomi Negeri, anggota-anggota Exco dan orang-orang tertentu, syarikatnya telah berjaya mendapat tanah berpuluh-puluh ekar untuk pembangunan..
Dalam tempoh sebulan dua syarikatnya bertukar kepada orang lain.Tanah berpuluh ekar turut mengikut syarikat itu.Tanah menjadi milik Ahm Chong atau Ah Kam.Dia mendapat wang berjuta-juta ringgit dari harga tanah itu.
Kata menteri besar kepada Mustafa,“…tanah yang diluluskan kepada syarikat orang Melayu, kita boleh tolong jualkan…, kalau sekaki persegi harga RM30, dia orang ambil RM10, kita ambil RM20, kan mudah dapat duit...”
“Sungguh Datuk, insya Allah…,”sahut Mustafa.
“Macam tulah kita orang politik…, kita tolong dia orang tu, kita dapat untung...,”kata menteri besar.
“Ia, Datuk...,”sambut Mustafa.
“...cara bukan rasuah, kita tolong rakyat...,”kata menteri besar. Ketawa terkekeh-kekeh.
Mustafa telah menjadi seorang tokoh politik yang berjaya. Seorang ‘perunding’ ekonomi Bumiputera. Dalam politik dia menjadi ‘perunding’ politik dan money politic- politik wang. Dia telah mendapat wang yang banyak dari kerjayanya. Terlalu banyak wang yang didapatinya berbanding dengan pendapatannya pada masa lalu. Pada masa dia bekerja sebagai kerani penghulu dan kemudian berpindah menjadi ‘the man’, di pejabat wakil rakyat yang berkuasa.
Selain dari seorang mahasiswa univesiti terkemuka di London, Namlatun Sa’adiah juga seorang gadis jutawan. Lebih empat juta ringgit wang kekasihnya tersimpan atas namanya dalam sebuah bank di Oxford Street. Wang sebanyak itu menjadi miliknya. Dia boleh menggunakan wang itu mengikut kehendak sendiri
Mustafa ada cara dan rahsia memindahkan wang dari negaranya ke London. Cara dan rahisa itu didapatinya dari seorang lelaki India pengurup wang di Kuala Lumpur.
“…Atun, duit tu duit Atun, Atun pakailah, …insya Allah, abang akan tambah lagi,”kata Mustafa kepada Namlatun Sa’adiah pada waktu mereka berjalan pulang dari bank tersebut, pada satu petang.
“Abang mudah dapat duit, kerana abang orang politik, pemimpin sayangkan abang…,”kata Mustafa kepada kekasihnya.
Namlatun Sa’adiah senyum.Sebagai seorang gadis yang ada sedikit pengetahuan agama Islam, dia bersyukur kepada Tuhan, kerana Tuhan telah menggerakkan hati Mustafa mencintainya. Percayakan dirinya.
Mustafa amat mencintai Namalatun Sa’adiah. Jujur benar hatinya terhadap gadis itu. Walaupun mereka duduk dan tidur berduaan dalam bilik hotel dan tinggal berminggu-minggu di apartment dalam kawasan dekat menara telekom , tetapi Mustafa tidak pernah menyentuh tubuh kekasihnya. Dia tidak pernah berniat jahat kepada gadis ayu itu.
“…walaupun kita berdua-duaan, tapi kita mesti jaga diri…, kerana kita belum kahwin, abang cintakan Atun,…Allah melihat kita…,” kata Mustafah kepada Namlatun Sa’adiah.
“Kata orang syaitan pandai pengaruh manusia macam kita…,” sahut Namlatun Sa’adiah.
“…syaitan pandai, …tetapi kepada Allah, …ia kalah, syaitan kecundang...,” sambut Mustafa.
“Kata guru agama Aton dulu, lelaki perempuan yang sah nikah duduk-duduk beruda-duaan dalam tempat sunyi, yang ketiga syaitan, iake ,abang?”Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Ia, tapi kerana kita kuat iman, kita tentang syaitan..., syatian tak dapat pengaruh kita, dia tkaut...,”jawab Mustafa.
Namlatun Sa’diah ketawa.
Pada ketika bersama kumpulan manusia di bawah Tower Bridge itu, hati Namlatun Sa’adiah terhimbau kepada kekasihnya, Mustafa, lelaki itu telah hilang entah ke mana; mungkin berada di Iraq, entahkan terkoban dalam keretapi bawah tanah yang telah meletup dalam perut bumi, di Kota London pada bulan 7 Julai 2005 lalu.
Namlatun Sa’adiah berasa rimas dan runsing berjalan di tengah kumpulan manusia yang laksana ulat tahi di situ. Dia meninggalkan Tower Bridge itu.
Sebaik-baik sahaja Namlatun Sa’adiah tiba di hadapan pintu gerbang istana lama, matanya terpandang kepada sepasang kekasih di tepi Sungai Thame itu. Mereka sedang berpelukan dan berciuman di atas bangku di situ. Hati Namlatun Sa’adiah lantas teringat kepada kekasinya, Mustafa.
Sambil menyandarkan belakang di sebatang tiang, Namlatun Sa’adiah mengerluakan celepa perak dari bujam kulitnya. Celepa itu pemberian aruah neneknya. Dari celepa itu dikeluarkan bangkai seekor keli-kelip. Bangkai itu telah kering. Pada buntutnya tidak ada cahaya lagi. Tidak berkelip-kelip lagi. Buntut serangga itu menjadi sama dengan buntut lebah, lalat. Kelip-kelip itu telah menjadi seperti azimat kepadanya. Pada kelip-kelip itu ada kisah kampung halamannya. Kisah percintaannya dengan Mustafa. Kisah ibunya. Pada ketika itu kelip-keliop tersebut menjadi simbul ciantanya.
Bangakai serangga itu telah dibawa oleh Namlatun Sa’adiah dari kempungnya, di Batang Berjuntai, Selangor. Pada malam dia akan men inggalkan kampungnya dulu, dia telah menangkap kelip-kelip itu. Pada masa itu dia hanya menganggap kelip-kelip itu sebagai serangga yang menjadikan kampungnya terkenal. Kampungnya dikunjungi pelancoang-pelancong pada waktu malam untuk melihat kelip-kelp pada pokok-pokok di tepi sungai.
Namlatun Sa’adiah telah membawa kelip-kelip itu dalam uncang kain yang kecil. Uncang itu ditebuk beberapa lubang. Pada waktu dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathraw, London, serangga itu telah mati. Kelip-kelip itu telah kering. Cahaya pada buntutnya telah malap. Pudar.
Di tepi Sungai Thame itu, Namlatun Sa’adiah senyum sendirian.Percakapannya dengan Mustafa di Lapangan Terbang Antarabangsa Hethraw datang ke dalam mindanya.
“…abang, kelip-kelip Atun dah mati,” Namlatun Sa’diah memberitahu kekasihnya.
“Ia,…dah mati, …tapi masih ada kelipnya kan?” Tanya Mustafa.
Mustafa memegang tangan kekasihnya dan merenung kelip-kelip itu.
“Ada, ngapa…?” Tanya Namalatun.
“Simpan baik-baik, buat kenangan, …di London ni tak ada kelip-kelip,” kata Mustafa.
“Ia, kenangan kita…, Atun nak simpan,” sahut Namlatun Sa’adiah.
“Kelip-kelip ni jadi simbul rindu...,” kata Mustafa.
“Iake, abang?” Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Ia, pada waktu malam, bila kita lihatnya, rasa rindu, ...pada waktu siang kita tak nampak di mana kelip-kelip itu, ...kita rindukan cahayanya...,” jawab Mustafa.
“Eeee, abang ni, bercakap macam ahli falsafah pula...,”kata Namlatun Sa’adiah. Manja.
Mustafa ketawa.
“…elok, kelip-kelip ni macam orang politik juga. Ada kalanya bercahaya, ada masanya kelabu, pudar,” kata Mustafa.
“Iake?”Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Ia, …ada juga macam belatuk…,” kata Mustafa.
“Macam mana, tu?Namlatun Sa’adiah bertanya.
“…biasanya orang politik bergantung kepada pemimpin, bila pemimpin jatuh tersungkur, dia turut jatuh,”jawab Mustafa.
“Ooo, macam peribahasa Melayu, punggur rebah belatuk tumpang matile… ,”kata Namlatun sa’adiah.
“Kelip-kelip di sangka api,
kalau api mana puntungnya,
kasihkan adik sepenuh hati,
kalau kecewa laralah saya,” Mustafa berpantun.
(Sedutan dari manukfrip novel, Kelip - Kelip Di Kota London, oleh: Mokhtar Petah)

1 comment:

Anonymous said...

Wow, pandai bercerita.