Tuesday, September 8, 2009


BANGSA MELAYU


'Apabila telah nyata Raja - Raja Melayu dan Orang Besar – Besar telah mabuk angan – angan, maka diberilah kuat kuasa untuk mengerah rakyat jelata supaya mentaat dengan buta tulis akan Raja – Raja Melayu dan siapa yang menentang dan enggan taat kepada mereka dianggap khianat dan ingkar.

Diberi gelaran – gelaran kepada Raja – Raja Melayu di samping menyusun segala adat istiadat yang ramah tamah dan diadakan pula tingkatan yang berbeza atau kasta.

Tetapi bagi rakyat yang mempunyai semangat pemberontak memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan tidak lebih daripada lanun – lanun yang menang dan mengangkat diri sendiri menjadi Raja dan Sultan.

Tidak cukup dengan cara demikian, oleh Inggeris mencari pula lebai – lebai dan para ulama ujntuk mengajar agama Islam yang dalam pengajaran itu dimasuk kebesaran Raja – Raja dan Sultan - Sultan sehingga rakyat yang tidak mempunyai kesedaran memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan maha tinggi darjah hidup mereka.

'Pada tahun 1948 – 49, Undang – Undang Darurat diistiharkan dan tindakan Kerajaan Inggeris dengan tentera – tentera upahannya pun dijalankan di luar perikemanusiaan.

Dalam masa darurat ini semua parti politik yang berfahaman kebangsaan tulin (Melayu dan Islam) telah diharamkan dan pemimpin – pemimpinnya ditangkap dan ditahan serta diseksa dalam khemah - kehmah tahanan.

Undang – undang darurat disitharkan kepada dunia sebagai menyelamatkan negeri ini (Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura) daripada cengkaman komunis. Tetapi sebenarnya undang – undang darurat dan tindak – tanduk darurat itu dilaksanakan dengan tujuan untuk menumpaskan perjuangan anak negeri ini dan cita – cita bangsa Melayu.

Sesungguhnya, dalam masa darurat ini dan setelah pemimpin – pemimpin (kiri) Melayu ditangkap dan ditahan, maka perjuangan orang Melayu mulai lemah dan masing – masing tinggal dalam ketakutan. Salah cakap dan salah bertindak, akibatnya, kedalam tahananlah.

Pada masa inilah penjajah Inggeris memujuk dan membeli jiwaraga permuda – pemuda Melayu untuk bekerja dalam pasukan polis khas atau dikenali dengan nama ringkasnya S.C.

Anak Melayu dan pemuda pemudi rakyat negeri ini telah masuk menajdi anggota polis khas itu kerana lari dari kebuluran akibat terkanan darurat dan juga kerana beberapa orang ulama di negeri ini (ulama tembolok di pihak Kerajaan Inggeris) mengeluarkan fatwa, bahawa sesiapa yang masuk menjadi anggota polis khas bererti menjalankan tugas yang mulia di sisi agama Islam dan kalau mereka mati terbunuh, kematian mereka itu adalah syahid.

Benar – benar Inggeris berjaya dengan tipu muslihatnya melalui undang – undang darurat, pemuda – pemuda polis khas itu telah diletakakan dalam kawasan estate dan lombong – lombnong bijih untuk menjaga dan mengawal kepentingan kapitalis Cina dan Inggeris.

Polis khasa menjadi hamba dalam kawasan – kawasan harta punya penjajah’. (Dari buku Bangsa Melayu Menggugat Dunia, (1966), oleh: Mokhtar Petah)

No comments: