3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA
KESIHATAN PAYU DARA
(1)
BAGAIMANA MELIHAT PERUBAHAN PADA PAYU DARA
Sepanjang pEmeriksaan anda hendAklah beRpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payu dara di cermin.
*Letakkan tangan di sisi
*Angkat kedua tangan ke atas kepala anda
*Letak tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan.
(2)
RASA
BAGAIMANA MERASA PRUBAHAN PADA PAYU DARA
*Rasa setiap payu dara (dengan tangan)
*Gunakan tapak jari – jari untuk memeriksa benjolan atau
Penebalan
*Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak
*Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika
mandi
(3)
DAPATKAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT TANDA – TANDA PENYAKIT PAYU DARA
*Perubahan warna dan tekstur
*Perubahan bentuk dan saiz payu dara
*Lelehan yang tidak normal dari putting
*Sakit payu dara yang berterusan
*Terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara.
(Dari pomplet Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment