RUJUK KEPADA PERUNDANGAN ISLAM
Keberanian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah ‘mubahalah’ -untuk membersih namanya dari tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah satu keberanian dan ikhlas yang patut disanjung oleh umat Islam.
Orang yang melakukan tohmahan atau tuduhan meliwat ke atas seseorang lelaki, tidak sahaja bermaksud menbebankan segunung kesalahan atau dosa ke atasnya, bahkan untuk menghinanya dan memalukan keluarganya.
Jika sekiranya Anwar Ibrahim benar-benar tidak melakukan liwat dan sanggup bersumpah ‘mubahalah’, maka beliau adalah orang yang pertama di Malaysia yang sanggup melaksanakan sesuatu yang amat berat pada segi agama Islam.
Pada zaman silam pernah berlaku di Negeri Perak, orang yang bersumpah demikian kerana menafikan perbuatannya berzina dengan isteri orang, beberapa jam setelah bersumpah, tubuhnya terbakar dipanah petir.
Walaupun Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berpendapat, bahawa bersumpah ‘mubahalah’ tidak perlu dilaksanakan, tetapi oleh kerana tuduhan itu serius dan memalukan ummah, maka saya kira perlu diadakan.
Begitu juga beberapa individu dari kalangan ulama lain berpendapat tidak boleh atau melarang melakukan sumpah ‘mubahalah’. Tetapi bagi saya tidak ada jalan lain untuk mencari kebenaran selain mengikut cara yang direda oleh Tuhan.
Kemusykilan pada diri saya, iaitu mengapa pada masa Anwar Ibrahim dituduh liwat pada zaman Dr. Mahahtir Mohamad berkuasa, tidak ada seorang pun dari ulama yang bersuara agar perkara itu diadilkan dengan cara bersumpah ‘mubahalah’.
Mengapa pada masa itu para ulama dalam kerajaan tidak menasihatkan Perdana Menteri agar kes itu dibawah ke mahkamah syariah?
Pada masa itu, tidak ada seorang pun dari ulama dalam kerajaan, hatta penasihat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang berani ‘berkata benar walaupun pahit’.
Ada beberapa sebab yang menjadikan para ulama tersebut tidak berani‘ berkata benar walaupun pahit’, di antaranya:
(1) Takut hilang jawatan atau periuk nasi.
(2) Kerana banyak berhutang kepada kerajaan disebabkan membeli kereta dan membeli rumah.
(3) Kerana iman tidak kuat, hanya menolak dengan hati.
Sebagai orang Islam yang tegar iman, walau mengakui kedaulatan undang-undang yang sedia ada, tetapi berhubungan dengan kes liwat (begitu juga zina) kita tidak boleh mengharapkan undang-undang ciptaan manusia.Allah telah berfirman dalam Quran:
Adakah patut mereka berkehendakkan lagi kepada hukum-hukum (undang-undang) Jahiliah (Orang Rom dan England), pada hal pada orang kuat keyakinan – tidak ada siapa yang boleh membuat hukum (undang-undang) yang lebih baik daripada Allah.
(Al Maaidah:50)
Maka kehendak Anwar Ibrahim bersumpah di hadapan para ulama yang berwibawa (bukan ulama tembolok) dan dalam mahkamah syariah adalah baik.
Demikian juga yang mengaku dirinya telah diliwat oleh Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan (seperti yang difakskan kepada media), dia sanggup bersumpah ‘mubahalah’. Maka dengan ‘mubahalah’ itu nanti, kita akan mengetahui keputusan dari Allah.
Saya bersetuju dengan cadangan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Mohd.Asri Zainal Abidin , bahawa Mursyidul ‘Am PAS, Dato Haji abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah.
Saya berpendapat, kerana isu ini serius, istiadat angkat sumpah itu diadakan dalam mahkamah Syariah di hadapan hakim dan dihadiri oleh semua hakim mahkamah syariah di negeri-negeri seluruh
Saya khuatir, kes Anwar Ibrahim itu kalau tidak diselesaikan dengan adil, kemungkinan serbuk api seperti yang tercetus di Iraq hingga Presiden Saddam Hussein dibunuh dengan cayang hinakan dirasa oleh rakyat negara ini.
Walaupun kes pembunuhan ke atas janda muda dari Mongolia, Altantuya sedang dibicarakan dalam mahkamah tinggi, tetapi jika dikaji dengan teliti agar tidak ada yang teraniaya, maka sumpah ‘mubahalah’ perlu diadakan juga.
Jika diteliti pembunuhan ke atas Altantuya itu, cara dan tidak berperikemanuisaan adalah hampir sama dengan kekejaman wanita kafir Quraisy, isteri kepada Abu Sufian bin Harb dalam perang Uhud. Wanita itu telah membelah perut Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.) yang telah meninggal dunia itu dan hati jantung pahlawan dimamah dan ditelannya.
Kita ada dua kes yang perlu diselesaikan dengan adil. Kerana kes pembunuhan atas janda muda itu telah berlaku pandang seroang pihak negara tersebut terhadap negara kita. Dan kes Anwar Ibrahim telah menjadikan Amerika Syarikat merenung kepada kita dengan mata ‘polis dunia’ seperti yang dilakukan ke atas Iraq pada masa Presiden Saddam Hussein.
No comments:
Post a Comment