Thursday, July 3, 2008

P. RAMLEE


SENIMAN TAJAM POLITIK

Oleh: Mokhtar Petah


P.Ramli dengan Zaiton dalam filem

‘Anakku Sazali’. Gambar: Arkib Negara Malaysia.


Beberapa buah buku mengenai seniman agung P.Ramlee, tidak terdapat kisah-kisah yang saya mengetahui dan mengalami dengan seniman itu. Mungkin buku-buku itu ditulis oleh individu-individu yang tidak pernah mendampinginya.


P.Ramlee adalah Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih. Seniman agung. Dia adalah keturunan Raja berdaulat yang sepatutnya menjadi Sultan Negeri Perak. Tetapi kerana sebab-sebab politik di raja pada zaman itu, maka bapanya telah terpinggir.


Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah (1969-1984) pada masa hayatnya, dalam pertemuan dengan P.Ramlee, Baginda bertitah menggunakan ganti dirinya ‘patik’ dan P.Ramlee menggunakan ganti dirinya ‘aku’. Menjawab pertanyaan saya, Sultan Idris telah menjelaskan:


Asal usul Baginda dan Tengku Nyak Zakaria adalah dari kesultanan Aceh.


Kata ‘patik’ (anak anjing kurap) tidak boleh digunakan oleh P.Ramlee, tetapi baginda boleh menggunakannya bila bercakap dengan P.Ramlee.


Yang berhak menjadi Sultan Perak adalah pihak P.Ramlee. Tetapi kerana politik diraja Aceh, maka pihak Baginda berjaya menjadi Sultan Perak dengan kata rahsia ‘mahkota jatuh kelaut’. Apabila saya rapat dengan Sultan Idris dan kemudian menjadi penasihat hal ehwal politik kepada peribadi Almarhum, maka saya rapat dengan P.Ramlee.


Hasil perjuangan orang-orang yang lalu, Kepala Batas telah dikurniakan oleh Allah seorang tokoh politikus negara – negarawan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.


Kepala Batas sepatutnya menjadi pusat penyelidikan perjuangan orang Melayu. Diwujudkan sebuah muzium khas bagi mengenangkan perjuangan alim ulama menuntut kemerdekaan, perjuangan orang Melayu menentang Inggeris dan kewujudan pemimpin negara Malaysia kini.


Buku ini adalah satu catatan atau rakaman yang boleh mendorong golongan muda hari ini meneruskan pengkajian dan penyelidikan mengenai perjuangan orang Melayu, ulama, guru Melayu, petani dan mereka yang terlibat alam perjuangan memerdekakan tanah air yang dulunya bernama Malaya, kemudian Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia..


Mudah-mudahan buku ini menjadi bingkisan kenang-kenangan bagi setiap yang membaca dan memilikinya. Membacanya dapat menambahkan pengetahuan sejarah tanah air dan memilikinya dapat membina perasaan cinta kepada negara, bangsa dan agama Islam.


Saya memohon kepada pembaca, rela kiranya membaca Al Fatihah untuk mereka yang telah berjuang menuntut kemerdekaan dan telah tidak ada lagi bersama kita di dunia ini. Mereka itu ada yang tercatat nama dalam sejarah dan ada yang tidak dikenang atau menjadi pejuang tanpa nama.


Hargailah kemerdekaan seperti kita menghargai nyawa kita sendiri. Jika hilang merdeka kita, maka matilah kebebasan kita seperti hilang nyawa kita, maka matilah seluruh tubuh kita. Berjuang dan berbaktilah kepada tanah air, bangsa dan agama Islam selagi darah mengalir dalam tubuh kita.


Kepada Allah jua kita memohon hidayat, taufik dan keredaan-Nya.


(dari petikan buku Kepala Batas Dalam Sejarah-ms.15)


P.Ramlee telah berlakon dalam 62 filem dan 33 filem diarah olehnya sendiri. Dia seorang seniman tajam politik. Sebuah filemnya, ‘Tiga Abdul’ adalah sebuah filem mengkritik gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.


Pada ketika dia menulis skrip filem ‘Tiga Abdul’, dia telah bertemu dengan saya di Istana Perak, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Dia mencadangkan nama filem itu, ”Pak Pandir Moden’ atau ‘Tolak Tangga Berayun Kaki’. Tetapi bila saya melihat manuskrip filem tulisan tangannya itu ada macam watak Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Presiden Soekarno, maka saya mencadang nama ‘Tiga Abdul”.


Panggilan ‘Abdul’ atau ‘Bdul’ memang biasa bagi orang-orang di Nusantara. Maka Soekarno orang Jawa pun di panggil Abdul juga. Dua Abdul memakai sempasang warna hitam ialah Tunku Abdul Rahman dan Soekarno memakai sut putih. Dia sering memakai sut putih.


P.Ramlee tajam politik. Dia tidak setuju dengan gagasan Malaysia. Dia sering berbincang dengan Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Nazar Nong, Dahari Ali dan beberapa orang politikus anti Malaysia lagi.


Menurut P.Ramlee, bahawa gagasan Malaysia akan mengakibatkan orang Melayu mengalami nasib seperti dua Abdul yang berpakaian sut hitam dalam filemnya.


Filem itu tajam politiknya dan pedas sindirannya. Saya rasa belum ada orang yang mengetahuinya, selain dari P.Ramlee, saya, Sultan Idris Shah dan para politikus rakan P.Ramlee yang tidak setuju dengan gagasan Malaysia.


1 comment:

Rie said...

Salam,

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran..

Semoga panjang umur, murah rezeki dan di berkati Allah selamanya.

Amen....

Terima kasih atas ilmu, pesanan dan perkongsian cerita & idea ketika di Kelab Tasik Putrajaya.

-Rie-