Sunday, July 6, 2008

HADIS

PEMIMPIN PEREMPUAN

Abu Bakrah r.a. telah memberitahu, sesungguhnya Allah telah memberikan manfaat kepada saya pada ayyamul jamal (hari perang unta) dengan satu perkataan (berita) telah sampai kepada Nabi (Muhammad) s.a.w. (mengenai) Kerajaan Parsi (Iran) telah mengangkat puteri Kaisar menjadi ratu (raja pemerintah). Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tidak akan beruntung (selama-lamanya) kaum (bangsa) yang mengangkat (dari) kaum perempuan untuk memegang jawatan pemerintah (Ratu, khalifah, presiden dan perdana menteri).

Perawi: Imam Bukhari.


HURAIAN: Sebilangan ulama Islam yang mursyid, iaitu yang berijtihad, tidak mementingkan kedudukan dan kebendaan, bahawa jawatan menteri adalah pemimpin kerajaan juga. Maka jawatan itu tidak boleh dipegang oleh perempuan. Tetapi ada pula ulama berpendapat, menteri boleh dipegang oleh perempuan, sekiranya raja pemerintah, khalifah, presiden atau perdana menteri terdiri dari lelaki.

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda ‘tidak akan beruntung’, ertinya sesuatu negara mengangkat perempuan menjadi ketua pemerintah atau kerajaan, kerana tidak mendapat keredaan dari Allah. Maka negara itu tidak aman, meleset dan sentiasa berlaku perbuatan yang ditegah oleh Tuhan, seperti pembunuhan, rasuah, tidak amanah dalam kerajaan, penipuan dan sebagainya.

Kalau berpandukan hadis di atas, maka Malaysia salah satu dari negara yang termasuk dalam sabda Rasulullah itu.

No comments: