Orang-orang yang kafir, setengah (dari) mereka menjadi penyokong dan pembela bagi setengah (dari) mereka yang lain, jika kamu(hai umat Islam) sekalian tidak melakukan(iaitu bersatu dan bantu membantu sama umat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan (huru hara) yang besar.
(Al Anfal: 73).
Penjelasan: Orang-orang kafir ada tiga golongan, iaitu:
(1) Kafir musyrik (menyekutukan Allah, iaitu Allah lebih dari satu dan menyembah batu, api dan makhluk-makhluk lain).
(2) Mengaku atau beriman, bahawa Nabi Isa dan Uzir anak Allah atau Tuhan itu lebih dari satu.
(3) Mereka yang tidak percaya atau menolak wujud Allah dan Kuasa Allah, iaitu orang atheis, Komunis dan sosialis.
No comments:
Post a Comment