Tuesday, July 15, 2008

PETUA

Pedapat orang tua-tua Melayu ini mungkin berbeza dengan para ahli sains, iaitu, perempuan yang baharu kahwin atau perempuan yang inginkan anak, elak dari tidur dengan kucing, bermanja dengan kucing seperti memeluk, mendukung dan menciumnya. Perbuatan itu akan menjadikan perempuan itu tidak mendapat anak.

Satu Kemungkinan: Saya telah bertemu dengan tiga pasang suami isteri, sepasang Melayu- Siam (telah lapan tahun berumah tangga), di Pulau Pinang (1954), sepasang Melayu (lima tahun berumah tangga), di Ipoh (1976) dan sepasang Sik (sepuluh tahun berumah tangga), di Kuala Lumpu (2002). Mereka gemar memelihara banyak kucing. Mereka manja dan tidur dengan kucing. Mereka tidak mendapat cahaya mata. Kerana kempunankan anak, mereka terpaksa mengambil anak angkat.

No comments: