Thursday, July 10, 2008

PASAR SENI KUALA LUMPUR


RAMAI PELUKIS RAMAI KEKASIH

Oleh: Mokhtar Petah


Meninjau ke Pasar Seni dalam Bandaraya Kuala Lumpur saya terlatih dengan dengan empat kalimat “ramai pelukis ramai kekasih” dari seorang rakan saya yang kini telah bersama ‘bidadari bermati jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik’

(Quran, Al Waqi’ah: 22,23).


Di pasar seni itu ramai pelukis lelaki Melayu yang masih muda dan ada yang telah tua. Hampir semua dari mereka ada isteri dan ada kekasih. Gadis-gadis universiti dan kolej sayangkan mereka.

Memanglah, kecuali saya, ramai orang seni – apa jua seni -, Ishak Haji Muhammad, A.Samad Said, Usman Awang, Mokhtar Lubis dan ramai lagi ada kekasih. Gadis-gadis sukakan mereka seperti suka menatap, membaca dan mendengar karya mereka.

Siang tadi, saya bersama Ketua Editor Mingguan Siasah, Mohd. Sayuti Omar telah menziarah para pelukis dan manusia seni di Pasar Seni tersebut.

Dalan petak-petak galeri mereka saya mendapati pemimpin-pemimpin parti politik yang sentiasa seperti anjing dengan kucing elok bersatu dalam galeri itu. Nampaknya kalau hendak bagi mereka bersatu biar mereka tidak bernafas macam gambar atau macak yang telah bersemadi dalam bumi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Gambar dari atas kiri- Agus Dhanik, Abdul Qawi,
Raja Mohamad, Syed Nahar, Syed Noah Al Junid, dan Farouk.

No comments: