JUNJUNG QURAN
PARA MUFTI DIMINTA CAMPUR
Oleh: Petah Shahrir Aidid
Ahli Dewan Rakyat dan menantu kepada Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin telah berkata di Langkawi, bahawa pendekatan lain untuk menentukan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan liwat atau tidak, ialah dengan bersumpah menjunjung Quran.
Naib Ketua Pemuda UMNO itu telah berkata sebagai bersetuju dengan pendapat Mufti Kerajaan Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dan Pengerusi Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pendapat mereka itu telah disokong oleh semua orang Islam yang faham akan hukum Islam dan tidak yakin dengan undang-undang ciptaan manusia seperti yang berjalan di negara ini.
Undang Islam tepat dan berpandukan Quran dan Sunnah. Manakala undang-undang jenayah ciptaan manusia menimbulkan keraguan kerana pengamal undang-undang boleh melakukan apa sahaja untuk kepentingan seseorang atau golongan.
Dalam satu cakap-cakap anatara orang arif undang-undang Islam, di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada malam tadi, mereka menyeru pihak berwajib dan para mufti mengambil peranan untuk menyelesaikan kes Anwar Ibrahim yang dikatakan telah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mereka juga berpendapat, beberapa orang lagi yang terlibat dengan kes jenayah berat mestilah bersumpah dengan mengangkat Quran kerana khuatir kita semua ditimpa bala besar oleh Allah.
Mereka yang mesti bersumpah mengangkat Quran itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor, Ketua Polis Negara, Razak Baginda dan mereka yang beragama Islam yang terlibat dengan kejadian-kejadian yang amat serius sekarang ini.
“Perang mulut dan perang dalam media tidak dapat menyelesaikan masalah, tidak dapat tentukan siapa salah dan siapa benar,” kata seorang dari mereka.
“Yang penting, semua kembali kepada Allah, biar Allah menentukan, yang bersalah akan menerima akibat dan yang tidak akan gembira,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment