MAKAN MALAM MUHIBBAH
Satu Jamuan Makan Malam Muhibbah antara rakyat keturunan Cina dengan rakyat keturunan Melayu akan diadakan, di Kelab Tasik Perdana, pada malam 1 Ogos mendatang ini.
Jamuan itu dianjurkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, daerah Gombak, Selangor.
Jamuan itu akan akan dihadiri oleh lebih 20 orang imam masjid-masjid dari Cina yang mengikut satu program, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Presiden MACMA, Dr. Haji Mustapha Ma dan Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia bahagian Selangor, Dato’ Hj. Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, memberitahu, bahawa jamuan itu bertemakan ‘Ke arah Memahami Peranan Budaya Cina dan Budaya Islam’.
Semua orang Cina Islam dan bukan Islam dijemput menghadiri jamuan yang pertama kali akan diadakan itu.
Kedua-dua persatuan itu telah menaja meja untuk sepuluh orang dengan bayaran (derma) sebanyak RM5000, RM3000 dan RM1000.
Borang permohonan menyerti jamuan itu boleh diminta kepada Presiden MACMA, 8, Jalan Kedang, 50480 Kuala Lumpur, telefon: 03-2095 1896 dan E-Mail: mustaphama@gmail.com; pcmuslim@streamyx.com.
No comments:
Post a Comment