Wednesday, December 29, 2010

MENGENANG MASA SILAM

SULTAN HALAU ULAMA

Pada tahun 1954
Aku telah menjualkan basikal sportku yang telah tua kepada seorang kawan sekolahku dari Baling. Wang basikal hasil jualan basikal sportku dengan sedikit wang dari hasil aku memjual bangkai kapal terbang perang Jepun, aku telah membeli sebuah basikal cop rhinoceros (badak sumbu) milik lelaki Punjab, rakan S.Virasamy, Ibrahim Bashir.
Dari wang kapal terbang perang Jepun juga, aku telah membeli beberapa buah buku, di antaranya, tafisr Quran Ibnu Kathir dan tafsir Quran al Bidhawi. Aku telah menggunakannya dua buah buku tafsir Quran itu untuk belajar sambilan (aku seorang sahaja) pada Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim dalam masjid dekat sekolahku. Kini masjid itu telah dinamakan Masjd al Badawi.
Selama aku belajar tafsir Quran pada Sheikh Abdullah Fahim, aku telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang terkandung dalam buku-buku tafsir Quran itu. Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim telah menjawab dan menjelskan pertanyaan-pertanyaan yang aku telah ajukan kepadanya. Di antaranya:
* Orang Islam boleh berjuang sementara dalam UMNO, tetapi,
apabila telah mencapai kemerdekaan dan telah mempunyai
persediaan, mereka mestilah berusaha (jihad) untuk menjadikan
Semenanjung Tanah Melayu sebuah negara yang menjalankan
undang-undang yang berdasarkan kepada Quran dan Sunnah.
Kalau tidak dilakukan, mereka akan menanggung dosa.
* Hukum hudud – zina dan lain-lain -, telah diadakan oleh Allah
tidak cuma-cuma. Hukum itu ditetapkan oleh Allah untuk
manusia seluruhnya. Kalau dibebaskan berzina, maka manusia
akan turun martabatnya, iaitu sama tarafnya dengan haiwan.
Anak-anak manusia hasil dari perzinaan akan bertaburan di tepi
jalan , dalam longkang, bawah jambatan dan di mana- mana
sahaja seperti anaka-nak anjing, kerana bapa-bapa mereka tidak
memikul tanggungjawab sebagai manusia kamil.
Manusia mempunyai perasaan cemburu. Kalau mereka bebas
berzina, masyarakat dan dunia akan tidak aman kerana manusia-
manusia bergaduh sesama mereka disebabkan cemburu.
Dari kebebasan berzina manusia akan dihinggapi berbagai-bagai
Jenis penyakit berjangkit yang merosakkan keturunan manusia.
* Sheikh Abdullah telah berpesan kepadaku, jangan menggunakan
Quran dan Hadith untuk kepentingan diri sendiri.
* Allahyarham Seikh Abdullah Fahim menasihatkan aku (amanat
dan nasihat ulama), supaya aku terus menulis. Penulis mesti
berani, jujur, benar, amanah dan berakhlak. Pendeknya berani
kerana benar. Kata (tulis) dengan benar walaupun pahit.
Pada masa aku belajar kepada Sheikh Abdullah Fahim, aku telah berkenalan dengan Raja Muda Perak, Raja Idris Shah ibnu Sultan Alang Iskandar Shah. Baginda telah datang menemui Sheikh Abdullah Fahim bersama dua orang adiknya, iaitu Raja Ahamad Saifuddin atau Tengku Tan dan Raja Ismail. Mereka telah datang menemui ulama itu kira-kira dua kali dalam sebulan. Raja Idris Shah telah belajar ilmu-ilmu agama kepadanya sebagai menyambung ilmu yang mereka telah belajar daripadanya di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

MENYEBELAHI KERAJAAN INGGERIS

Raja Idris dan adik-adiknya telah menunaikan amanat ayahanda mereka, Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah yang mahu mereka memandang Sheikh Abdullah Fahim sebagai guru, bapa dan datuk mereka sendiri.
Pada tahun 1930-an Sheikh Abdullah Fahim telah berkhidmat sebagai mudir (pengetua) sekolah agama - Madrasah Idrisiyah - , Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Di antara murid-muridnya, ialah Raja Idris Shah dan adinda Baginda, Raja Ahamd Saifuddin. Semasa di Bukit Chandan, telah berlaku perselisihan pendapat antara Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin dan beberapa orang lagi dengan ulama dari golongan yang menyebelahi kerajaan Inggeris. Ulama-ulama itu digelar oleh orang-orang Melayu yang anti Inggeris ’ulama tembolok’ atau ’ulama union jack’.
Pada suatu hari Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Muhammad Zain dan Haji Nawawi Muhammad telah diundang oleh Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah ke istana Baginda, iaitu Istana Iskandariyah lama (kini muzium Diraja) untuk membincangkan hajat Baginda bagi memperkemas dan mengamalkan undang-undang tubuh Negeri Perak(law of the land), iaitu Undang-undang 99 – Papers On Malay Subject - , yang telah diguna-pakai pada zaman sebelumnya. Undang-undang Islam itu meliputi undang jenayah atau hudud atas perbuatan bunuh orang, perbuatan zina, mencuri dan sebagainya.
Pada keesokkan harinya, Residen British telah menjemput alim ulama yang menyokong Kerajaan Inggeris ke pejabatnya. Residen itu telah menghasut mereka, konon Sheikh Abdullah Fahim mengetuai alim ulama anti Kerajaan Inggeris untuk menjatuhkan Sultan Perak.

MNGELUARKAN PERINTAH MENGHALAU

Kemudiannya, sepucuk surat rahsia dari Residen British telah disampaikan oleh ulama-ulama itu kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda telah bertindak seperti Sultan Melayu Melaka, pada tahun sebelum tahun 1511, dengan tidak usul periksa, Baginda telah mengeluarkan perintah menghalau Sheikh Abdullah Fahim keluar dari negeri Perak dalam tempoh 24 jam.
Setelah Sheikh Abdullah Fahim pulang ke Kepala Batas, semua telaga dan bekalan air di Istana Iskandariyah dan seluruh Bukit Chandan telah kering. Perkara itu telah disembahkan kepada Sultan Iskandar Shah yang sedang berada di Ipoh oleh Orang Besar Negeri Perak, Dato’ Temenggung, Wan Hamaruddin.
Sebaik-baik sahaja menerima khabar demikian, Baginda telah sedar akan kesilapannya yang terburu-buru mengeluarkan perintah. Sultan Iskandar telah memerintahkan Orang-Orang Besar Negeri, di ketuai oleh Temenggong, Wan Hamaruddin telah pergi menjemput Sheikh Abdullah Fahim supaya kembali semula ke Bukit Chandan. Tetapi Sheikh Abdullah Fahim telah menolak jemputan diraja itu. Dia telah memberitahu Orang-Orang Besar itu supaya pulang dan air akan ada semula, ”...insya Allah”.
Semenjak kejadian itulah, Sultan Alang Iskandar Shah telah memaklumkan kepada putera-putera Baginda supaya memandang dan mengakui Sheikh Abdullah Fahim sebagai bapa dan datuk mereka.
KE MANA TUMPAH KUAH

Selama aku belajar di Daeratul Maariful Wataniyah, Kepala Batas, aku telah mendapati Sheikh Abdullah Fahim seorang ulama yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan keperibadian mulia yang patut dicontohi oleh setiap individu muslim, iaitu:
(1) Suka menolong orang yang susah dan memerlukan pertolongannya.
(2) Menghormati orang lain walaupun lelaki China atau India yang tua dan keadaan bangsat.
(3) Menghormati orang lain, walau pun orang itu lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya.
(4) Tidak mengumpat dan tidak suka mendengar orang mengadu kan keburukan orang lain kepadanya.
(5) Telus mata hati atau kasyaf, iaitu dapat melihat sesuatu akan berlaku pada masa depan (tidak semua).
(6) Tidak memburukkan orang lain atau merendah-rendahkan mereka.
(7) Doanya sentiasa dikabulkan oleh Allah. Hal ini telah dibuktikan oleh orang-orang yang memohon Allahyarham berdoa bagi mendapatkan sesuatu hajat.
(8) Aku sendiri telah menyaksikan akan kejadian-kejadian yang telah berlaku dari makbul doanya dan kekeramatannya.
(9) Mudah memaafkan kesalahan orang- orang yang melakukan keburukan terhadapnya.
(10) Tidak cenderung kepada kemewahan hidup dan redha hidup dalam keadaan berpada-pada atau sederhana.
Abdullah Badawi telah mempunyai keperibadian seperti datuk dan bapanya. Mereka yang baru mengenali beliau tentulah tidak akan dapat memahaminya, tetapi kalau orang yang telah lama bergaul dengan beliau, tentu mengakui, ’kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’.
Sekitar tahun 1954 dan hingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pad 31 Ogos 1957, aku mendapati sebilangan dari alim ulama, sama ada yang berjuang dalam UMNO, mahupun dalam PAS dan yang tidak berparti politik, mereka mempunyai hasrat yang besar untuk duduk di bawah pemerintahan Islam dengan perlembagaan Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.
Alim ulama yang berjuang dalam UMNO, sekadar sementara sahaja.Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengakui kepada mereka, apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, maka proses untuk mejadikan Tanah Melayu sebuah Negara Umat Islam akan dilakukan. Perlembagaan Sekular Barat - yang dicipta oleh orang Kristian dan Yahudi,’alamiyah atau duniawiyah seperti yang ditarifkan oleh bangsa British, iaitu gerakan yang menumpukan hidup di dunia dan membelakangi akhirat’ , tidak akan diguna pakai lagi.

MENINGGALKAN PARTI POLITIK

Semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan dipimpin oleh Onn Jaafar dan hingga Tungku Abdul Rahman telah mengambil alih kepimpinan UMNO pada tahun 1951, ramai alim ulama turut berjuang dalam parti kebangsaan Melayu itu. Di antara mereka itu, Sheikh Abdullah Fahim (Seberang Perai), Haji Abdul Rahman Merbuk, Haji Hussein Che’ Dol (Kedah), Sheikh Fadzlullah Shuhaimi (Terengganu), Haji Ahmd Fuad Hassan (Perak), Haji Abdul Jalil Hassan (Johor), Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad Maliki (Seberang Perai) dan Ustaz Abu Bakar Ashaari (Perlis).
Apabila Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO dan hingga kepada tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, ramai alim ulama dalam UMNO telah meninggalkan parti politik itu; ada yang menyertai PAS dan ada pula yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
Semenjak tahun 1953 hingga tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, aku telah meninjau pendapat dari ramai alim ulama yang telah meninggalkan UMNO tentang mengapa mereka meninggalkan parti politik tersebut. Jawapan mereka adalah sama, iaitu kecewa dengan hala tuju UMNO yang telah mengenepikan hasrat mereka untuk menegakkan Negara Islam.
Sheikh Abdullah Fahim dan anaknya Haji Ahmad Badawi tidak berputus harapan; mereka yakin, lambat laun Persekutuan Tanah Melayu akan beralih kepada sebuah Negara Islam. Mereka juga yakin, bahawa perubahan ke arah menjadikan Kerajaan Persekutan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebuah Negara Islam, memerlukan pemimpin dan ahli-ahli parti politik Melayu yang menerajui kerajaan yang mempunyai kefahaman yang mendalam akan ilmu pengetahuan Islam dan ada kekuatan iman.
Para ulama yang tidak menyertai UMNO itu, rata-rata berpendapat, bahawa sekiranya negara yang dipimpin oleh UMNO tidak berubah kepada sebuah Negara Islam, iaitu mengguna-pakai perlembagaan dan perundangan Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah, walau bagaimana makmur sekalipun negara itu, ia tidak akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah, iaitu ’Negara bertuah dan Allah Maha Pengampun’ .
Negara yang tidak mendapat keampunan Allah, walau bagaiamana kaya raya, makmur, tetapi rakyat tetap tinggal menderita, sentiasa ditimpakan segala macam angkara oleh Allah, termasuk perbuatan rasuah, tidak jujur dan tidak amanah dalam pemerintahan
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS

TAAT DAN KASIHANI KEPADA IBU BAPA
Dan Penguasa anda - Allah – memerintahkan anda, tidak menyembah selain Dia – Allah – dan anda hendaklah berbuat baik – taat setia, berakhlak mulia dan belas kasihan – kepada ibu bapa anda dengan sebaik – baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua – duanya sampi berusia lanjut – tua – dalam pemeliharaan anda, maka jangan sekali – kali anda mengatakan kepada kedua – duanya dengan perkataan ’uh ’, ah’ atau mengangkat suara atau menyergah - dan jangan anda menghardik mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia – lemah lembut. Dan rendahkanlah diri anda terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Ya Allah, kahanilah mereka berdua, sebqagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada masa aku kecil – Al Isra’: 23, 24.


HADIS

PERCERAIAN
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan kepada umat Islam: Perkara halal yang paling dibenci – mura – oleh Allah, ialah perceraian atau talaq.
– Perawi: Imam Abu Daud dan Ibnu Maajah.

------------------------------------------------------------------------

JAHIL SANG DATIN

Pada tahun 1970 n- an dalam dewan istiadat Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, seorang wanita muda bergelar Datin - kerana suaminya bergelar Dato' - telah berkata kepada saya: I dah dengan ucapan U fasal haram perempuan tidak menutup aurat - menutup kepala - , pendapat U tu kolot tak sesuai dengan I yang berpelajaran tinggi ni ..."
Saya diam. Hati saya berkata: " Awak wanita Melayu yang jahil ..."
Pada Ahad lalu, saya terjumpa Datin ini di Kuala Kangsar. Dan tua. Wajahnya agak kerepot sedikit. Didera sakit lutut.Kepalanya berbalut dengan selendang biru tgua dan pakaiannya seperti pakaian perempuan yang taat kepada hukum Allah.

Saturday, December 25, 2010

SAJAK




DOSA DALAM PERJUANGAN

Abang,
dulu cinta berbunga kembang
dalam taman hati,
hati gadis kekasihmu;
siswa ilmu kemasyarakan,
kemanusiaan,
menggantung harpan di langit zaman.
kepada kekasih, seorang pejuang,
lelaki berkuasa di tangan.

Madah abang dalam nafas cinta,
"Demi Tuhan, sayang,
niat lelaki ini, suci;
berjuang demi nusa, bangsa kita,
Islam pusaka Rasul Mulia.
kerana Allah, sayang"

"Sayang, berjuanglah,
ikhlaskan hati kukuhkan taqwa,
iman kepada Maha Quddus,
tagihkan reda-Nya," bisik dinda.
Lalu sayang mengaku,
dalam doa kekasihmu, sayang.

Malang bagi kekasihmu, sayang,
kuasa di tangamu;
iman dan amanahmu, sayang,
musnah dalam politik nan palsu,
janji dan akuamu lesap ke mana,
hanya pejuang kotor jiwanya.

Sayang,
siang tadi tangan kita berdakap
mesra,
terhadang jaring penjara,
air mata dinda luruh berkaca,
abang menangis sesal berbungkus
duka,
amalan rasuah,curang, khianat,
mencampak abang ke kandang
neraka.

"Cinta kita ada ruang, sayang,
Fasadmu dan dosamu, sayang,
bukti tuntutan cerai dan fasah,
seorang isteri yang malang,
redaku hidup di desa sepi,
dar dori dan laknat Ilahi.

Berbilang hulu yang miskin di desa,
kita dulunya bersama mereka,
seiring jalan dalam reda Allah,
tapi, diri ini mangsa lelaki,
pengkhianat bangsa,
penghuni penjara.

Takku tagih harta bertimbun,
berjuta wang, haram sifatnya.
"Demi Tuhan,
Selamat tinggal, sayang,
dalam penjara,
tobatlah, mungkin, diterima Tuhan!"

Lembah Al Ma'unah Mokhtar Petah



*** ***


CARI DIRI DALAM DIRI SENDIRI

Lelaki ini,

Terluah dari rahim ibunya,
Bergelar manusia peribumi,
Cari diri alam diri sendiri,
Dia cari diri dalam diri sendiri,

Laksana cari embun dalam pasir,
Jiwanya di mana,



Dia cari diri dalam diri sendiri,

Politikus ‘fira’unisme’ omong merata,
Suaranya gegar gegunung batu,
Rakyat takut ‘gigil tanpa sendi’.

Dia cari diri dalam diri sendiri,

Tanpa belas kasihan,
Dirinya hakis kekanusiaan,
Warisan Fira’un zaman Musa.

Dia cari diri dalam diri sendiri,

Panjat gunung hatinya,
Renangi laut jiwanya,
Haram temu diri sendiri.

Dia cari diri dalam diri sendiri,

Manusia tanpa budi,
Haiwan berwajah insan,

Dalam gua dosanya jua.

Dia cari diri dalam diri sendiri,

Diri dia dalam dirinya,
Akan tiba esok atau lusa,
Tubuhnya dalam lahad ke neraka.

Lembah Bujang……..Mokhtar Petah



*** ***



TANAH ABANG
(Untuk Rakyat Negeri Perak yang gelisah)


Petang kering,
Kujenguk belukar Tanah Abang,
Makam sepi di bawah langit zaman,
Di situ rakyat setia, Tanah Abang,
Mengirim Sultan mereka ke makam.

Sultan Mudzaffar Shah (1528 – 1549),
Putera Melaka Mahmud Shah,
Raja Melaka berhijrah ke Ke Kampar,
Di seberang laut berglora.

Hilang daulatnya ‘Ketuanan Melayu’,
Rakyat ditinggalkan hidup derita,
1511, Melaka hilang Takhta,
Angkara Portugis penjajah durjana.

Resah gelisah para pembesar Tanah Abang,
Negeri tanpa Sultan untuk dijulang,
Raja Mudzaffar Shah di bawa menyeberang,
Di Tanah Abang hendak didaulatkan.

Sayang, bahtera tiba di muara,
Di Beting Beras Basah bahtera terkandas,.
Para pembesar, pawang berhati resah,
Al kisah, ‘khurapat’ diamal mereka.

Bahtera meluncur lantas Pulau Tiga,
Lari cempera buaya dan tuntun tertinggala telur,
Di Tanah Abang Raja Mudzaffar tiba,
Rakyat kurus berselangka sambut paduka.

Dinobat - daulat mendaki takhta,
Merajai Tanah Abang bumi bertuah,
Negeri Perak tua dalam sejarah,
Teluk Bakung dan Bota ( gergasi tanah).

Petang basah.
Kutinggalkan bumi Tanah Abang,
Makam usang kuyup berhujan,
Raja dan rakyat sama jua,
Di lubang pusara pindah ke alam barzah.

Padang Tenggala ...........Mokhtar Petah

QURAN DAN HADIS

MENGIKUT TAGHUT
Tidak ada paksaan untuk - memeluk - agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah, oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Al Baqarah: 256

NOTA.

Mengikut taghut, ialah:
1 – Keyakinan, pengharapan dan meminta kepada
syaitan, jembalang dan sebagainya.
2- Berpolitik dan memerintah negara mengikut
petunjuk orang – orang kafir dan tidak mengikut
yang ditunjukkan oleh Allah dalam Quran.
HADIS

PENSYARATKAN SESUATU

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memberitahu: Sessiapa yang mensyaratkan sesuatu syarat – peraturan atau undang – undang - yang tidak ada dalam kita Allah – al Quran - , maka ia – syarat – itu batal – tidak baik atau tyidka betul - , walaupun seratus syarat.
- Perawi: Imam Abu Daud dan Al Hakim.

Friday, December 24, 2010

YAKIN BERKUASA

PARA POLITIKUS SELANGOR


Pilihan raya umum agak jauh lagi. Saya telah bertemu dengan beberapa orang berpengaruh dalam UMNO Selangor. Mereka yakin dan berkata: Pada pilihan raya umum akan datang UMNO dan BN akan rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Beberapa orang dari PAS, PKR dan DAP berkata: Kami yakin, kami akan menang lagi. Kerana selama kami memerintah Negeri Selangor, tidak ada amalan rasuah.

Kepada semua politikus itu saya berkata: Tentu menang.

Lalu saya teringat. Negeri Selangor adalah satu - satunya negeri dalam Malaysia yang mewarna warnikan Menteri - menteri Besar, dari Dato Harun Idris hingga kepada Dato Sri Mohd. Khir Toyo.

Bila teringatkan Dato Sri Khair Toyo, maka saya teringat akan nasib Syarikat Sendi Bumi Sdn.Berhad yang telah mendapat kelulusan menyuelia sungai selangor, telah mengalam kerugian, kerana Dato Mohd. Khor Toyo dengan kuasanya sebagai MB dan Exco Negeri Selangor telah membatalkan kelulusan itu sebelum pilihan raya umum lalu dan sebelum beliau gturun dari kerusi kuasanya.

QURAN DAN HADIS


PERTUKARKAN PEMERINTAH

Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka pun mengasihi – Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang – orang mukmin – yang beriman kepada Allah - , yang bersikap keras terhadap orang – orang kafir – yang memusuhi orang Islam - , dan berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. – Al Maaidah: 54.

NOTA

Firman Allah di atas ini telah terbukti berlaku atas negeri – negeri pada zaman para rasul – Nya. Sesebuah kerajaan jatuh dan diganti dengan kerajaan lain yang diperintah oleh orang – orang lain yang taatkan perintah Allah dan para nabi - Nya.
Kuasa Allah itu akan terus berlaku sehingga selagi dunia belum dihancurkan oleh kiamat. Maka, umat Islam di Malaysia mestilah berfikir dan insaf, adakah mereka taat dan sayangkan Allah, iaitu menjalankan peraturan dan pemerintahaan seperti yang ditunjukkan oleh Allah dalam Quran, iaitu dasar negara, politik, ekonomi, sosial dan lain.
Sesiapa pun yang memahami perintah Allah dan Islam adalah Addin, tentulah khuatir, kalau – kalau kerajaan kita sekarang akan bertukar kepada orang – orang lain setelah pilihan raya umum akan datang.
Adakah kerajaan kita mengikut petunjuk dalam Quran, iaitu semua amalan dan peraturan negara dan kehidupan orang ramai mengikut yang ditunjukkan Allah.
HADIS
ORANG MUKMIN MESRA
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Orang – orang mukmin – mereka lelaki dan perempuan yang beriman kepada Allah dan semua dalam rukun iman – itu mesra lagi senang diajak bermesra. Tidak ada kebaikan – kebajikan – pada orang yang tidak mesra dan tidak boleh diajak mermesra – lebih – lebih lagi berbincang - .
- Imam Ahmad, At Tarmizi dan Al Hakim.
------------------------------------------


SETINGGAN MELAYU

Pada sekitar tahun 1970 – 1980-an, penduduk-penduduk Melayu di sekitar kawasan pinggir Bandar Ipoh, kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berpendapatan kecil dan mereka tinggal di rumah-rumah dalam kawasan setinggan, iaitu menduduki tanah kerajaan negeri (state lands) tanpa kebenaran. Di antara kawasan-kwawsan tersebut, ialah Pasir Putih, Pangkalan Pegoh, Seri Kinta, Manjoi, Buntong, Tambun dan Bercham.
Pada pandangan para pegawai pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, semua setinggan terdiri dari manusia-manusia yang tidak diingini, rumah-rumah mereka mesti dirobohkan. Kebanyakan wakil rakyat pihak kerajaan melihat mereka sebagai satu kumpulan insan yang menyusahkan mereka dan kerajaan.
Aku melihat semua setinggan sebagai kumpulan insan yang memberi guna kepada kerajaan dan parti-parti politik yang mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan, di antaranya:
( 1 ) Sebelum mereka pindah ke bandar, mereka hidup sebagai orang-orang kampung yang mempunyai pendapatan terlalu rendah, secara rata pendapatan mereka kira-kira antara RM50.00 dengan RM 120.00 sebulan. Nama mereka tidak wuud dalam buku daftar pembayar cukai pendapatan.
( 2 ) Setelah mereka tinggal sebagai setinggan dan bekerja dan bergaji atau berniaga sebagia peniga kecil, mereka telah menguntungkan kerajaan, kerana mereka termasuk dalam golongan rakyat yang membayar cukai pendapatan.
( 3 ) Menambahkan bilangan penduduk bandar yang membantu kerajaan meluaskan kawasan bandar dan diperbandarkan. Mereka menjadi rakyat yang menjadi pembeli atau pelanggan yang membantu peniaga-peniaga dalam bandar dan dengan demikian menjadikan para peniaga itu terpaksa menambah jumlah cukai pendapatan mereka kepada kerajaan.
( 4 ) Masyarakat setinggan menambahkan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan bandar dan menguntungkan parti- parti politik dalam sesuatu pilihanraya. Contohnya, banadar-bandar yang kurang bilangan penduduk Melayu, seperti beberapa kawasan di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan banar-bandar lain UMNO sukar mendapat kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.
PARTI PEMBANGKANG
Pada tiap-tiap kali pilihanraya, aku telah ditanya oleh kebanyakan pengundi Melayu dalam kawasan-kawasan setinggan, iaitu calon-calon parti manakah yang baik mereka memberi undi. Aku memberitahu kepada mereka, iaitu yang baiknya mereka mengundi calon-calon parti pembangkang. Kalau kawasan yang ramai pengundi Melayu, wakil rakyat dari parti kerajaan terdiri dari orang- orang bukan Melayu, maka mereka sukar mendapat bantuan pembangunan dan sebagainya dari wakil rakyat mereka. Tetapi kalau wakil rakyat itu dari parti pembangkang, maka mereka mudah mendapat dari kerajaan untuk tujuan pembangunan dan kebajikan di tempat mereka
Peruntukkan wang bagi pembangunan dan kebajikan dalam semua kawasan Dewan Rakyat yang diwakili oleh pihak parti pembangkang, disalurkan kepada Pegawai Daerah dan tidak kepada wakil rakyat. Maka mudahlah penduduk-epnduduk mendapatkan bantuan wang untuk pembangunan dan kebajikan.
Ramai orang Melayu dalam kawasan Dewan Rakyat yang diwakili oleh orang bukan Melayu dari parti Kerajaan, mereka sukar mendapat bantuan dari pihak kerajaan, seperti bantuan kebajikan dan yang berhubungan dengan agama Islam seperti untuk surau dan sebagainya.
Sebenarnya hingga pada waktu aku menulis buku ini (Ramadan 1426) masih wujud rasa perkauman di kalangan mereka dalam parti-parti politik yang menyokong kerajaan masih menebal dan sukar dikikis.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Thursday, December 23, 2010

MENGENANG MASA SILAM

WAKIL RAKYAT MAHUKAN PUBLISITI
Pada tahun 1970 - an
Pada masa Haji Kamaruddin Haji Mat Isa masih memegang jawatan Menteri Besar Perak, Sultan Idris Shah telah menganugerahkan kepada aku - dengan kehendak kerajaan Negeri Perak, Pingat Jasa Kebaktian (PJK), tetapi aku telah menolaknya kerana sebab-sebab tertentu.
Tiap-tiap kali sidang Dewan Undangan Negeri Perak, aku telah hadir untuk membuat liputan dan menemui beberapa orang ahli dewan tersebut. Sama ada dalam Dewan Undangan (tempat wartawan-wartawan) mahupun di luar dewan itu, ramai wakil rakyat telah menemuiku; mereka bersungut mengenai ucapan-ucapan mereka dalam Dewan Negeri itu tidak disiarkan oleh akhbar.
Di antara mereka itu: R.M.Idris (Slim River), Munah Tamby (Tapah), Dato’ Haji Mohamad Razlan (Changkat Jering)Dato’ Haji Mohamed Abas (Alor Pongsu), Haji Wan Abdullah Wan In (Temengor) dan Hambal Yeop Majlis (Bota).
Aku telah memberitahu mereka, jika mahu ucapan-ucapan mereka itu disiarkan oleh akhbar, mereka mestilah membuat ucapan dalam dewan itu mengenai perkara-perkara atau isu-isu yang besar dan menarik dan ada kepentingan rakyat jelata di kawasan mereka.
KERAJAAN PUSAT
Kemudian aku telah memabantu mereka dengan menunjukkan perkara-perkara-perkara besar dan penting untuk mereka membawa ke dalam dewan tersebut.
Seperti masalah setinggan dalam bandar, rakyat sukar mendapat tanah untuk bercucuk tanam, peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat tidak mencukupi untuk pembangunan luar bandar dan sebagainya.
Mereka telah mengikut petunjuk dari aku itu. Perkara-perkara atau isu-isu yang mereka bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri itu menarik perhatian para wartawan. Akhbar telah menyiarkan sesuatu yang penting dalam ucapan-ucapan mereka itu.
Aku telah mendapati, kecuali wakil-wakil parti pembangkang, kebanyakan dari ahli-ahli Dewan Negeri pada masa itu tidak serius menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak menyelidik masalah rakyat dalam kawasan mereka atau menjalankan tugas bak melepas batuk di tangga sahaja.
PARTI POLITIK
Mereka juga bersikap berat sebelah, iaitu mereka mengenepikan masalah penduduk-penduduk luar bandar yang tidak menyokong parti politik mereka. Sentimen politiki itu menyebabkan orang-orang kampung tidak lama menyokong mereka atau tidak menyertai parti politik mereka.
Aku juga telah mendapati sebilangann ahli-ahli Dewan Undangan Negeri membaca kertas-kertas menyuarat – laporan,cadangan dan sebagainya-, sebelum dewan sebelum dewan bersidang, tidak membuat homeworks, dan tidak banyak membaca buku. Dan yang paling menyedihkan, ada di antara mereka masuk ke dalam dewan seperti untuk berehat sahaja.
Satu hal lagi, kebanyakkan ahli Dewan pihak kerajaan kerana kuat sentimen politik, telah menolak bulat-bulat semua pendapat atau isu-isu yang baik yang dibawa oleh ahli-ahli Dewan dari pihak pembangkang. Tetapi kalau pendapat dari rakan-rakan mereka sendiri, walaupun tidak baik, tidak berfaedah dan sebagainya, mereka telah menerima.
Mungkin orang-orang yang berasal dari kampung-kampung di luar bandar, terutama petani-petani masih ingat, iaitu sebelum Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Pertanian Malaysia pada tahun 1970 - 1974, dalam sawah padi di seluruh Malaysia terdapat banyak ikan keli, haruan, puyu, sepat dan berbagai jenis ikan dan hidupan lain. Petani-petani tidak susah-susah membeli ikan di pasar kerana terdapat banyak ikan dalam sawah mereka. Tetapi apabila Ghazali Jawi menduduki kerusi Menteri Pertanian, semua sawah di seluruh negara kira telah pupus ikan. Semua jenis ikan sawah seperti keli dan sepat dan terpaksa diimport dari Siam.
RACUN RUMPAI
Pada satu hari Ghazali Jawi telah melawat kawasan Padang Rengas, aku telah menginterviewnya mengenai isu kepupusan ikan-ikan dalam sawah kerana beliau telah membenarkan racun rumpai dari Jepun digunakan oleh petani-petani di Malaysia. Sebaik-baik sahaja dia mendengar pertanyaan dan keteranganku, dia lantas naik berang dan telah memarahi aku.
Aku melihat Penasihat khasnya, Wahi Anwar gelisah dan warna wajahnya berbaur merah dengan putih.
”...Encik Mokhtar, mike wartawan, ...jangan nak campur urusan saya, ....saya Menteri Kerjaan Pusat, ...soal racun bukan tanggung jawab wartawan macam mike...,”kata Ghazali Jawi kepada saya.
”...saya wartawan, Tan Sri, ...saya bertangungjawab kepada orang ramai..., pertanyaan saya ini adalah isu penting bagi kaum tani..., ada sangkut paut dengan ekonomi negara,” aku berkata kepadanya.
”Aaah, saya tak nak jawab,...no comment...,”katanya dengan wajah merah padam.
Beberapa bulan yang lalu, aku telah membaca satu surat berita dari Tokyo mengenai sebuah syarikat membuat racun rumpai di negara Jepun telah menghantar wakilnya ke Malaysia untuk menemui Menteri Pertanian, Ghazali Jawi, untuk memohon jasa baiknya bagi mengimportkan racun rumpai keluaran syarikat mereka ke negara ini.
Berita itu menjelaskan, Parlimen Jepun telah mengharamkan petani-petani menggunakan racun rumpai, kerana semua orang Jepun telah menjadi ’penting’ memakan ikan air tawar. Disegi ekonomi pula, kalau racun itu digunakan, negara tersebut akan mengalami kerugian beribu- ribu yen sehari kerana ketiadaan ikan dalam sawah.
MEMBELI IKAN
Mereka mengambil kira, misalnya seorang petani Jepun telah menangkap ikan dalam sawah mereka pada tiap hari bernilai RM3, kalau 10,000 petani, maka jumlah wang mereka yang selamat sebanyak RM30,000 sehari. Kalau ikan dalam sawah mereka telah pupus, maka mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membeli ikan pada tiap-tiap hari.
Wahi Anwar telah memberi isyarat kepadaku dengan matanya. Aku telah mengalihkan pertanayaan kepada isu lain yang tidak menarik.
Kemararahan Ghazali Jawi tidak lama. Marah orang panas baran; sebelum aku meninggalkan majlis itu, dia telah meminta maaf kepadaku.
Kerajaan Perak pimpinan Haji Kamaruddin Mat Isa telah menghantarku sebagai wakil negeri itu ke Perayaan Hari Sastera di Kuala Terangganu. Beberapa orang dari persatuan-persatuan penulis di negeri Perak telah menyertai aku ke sana. Seorang mereka itu, ialah wakil dari Persatuan Penulis dan Peminat sastera Kinta (PESAKA), Cek Adibah Affendi (kini berkhidmat di RTM Kuala Lumpur).
Kali yang kedua Kerajaan Negeri Perak telah menghantarku ke Perayaan Hari Puisi, di Johor Bharu. Mereka yang ikut serta, ialah anggota Exco Kerajaan Negeri, Allahyarham Ustaz Masu’ud Untoi, Ismail Long (RTM Ipoh) dan Allahyarham Nasaruddin Abu Bakar (Utusan Melayu Biro Ipoh).
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS





ANAK – ANAK DAN HARTA


Hai orang – orang yang beriman, janganlah harta kalian dan anak – anak kalian melalaikan kalian dari mengingati Allah.
Dan berbelanjalah – pada jalan atau perkara kemaikan atau ma’aruf – sebahagian dari rezeki yang Kami telah kurniakan kepada kalian sebelum kematian datang kepada seseorang daripada kalian, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa anda tidak memberi tanggung sekadar sedikit waktu, agar aku memberikan sedekah – belanja - dan termasuk orang – orang yang mengerjakan amalan baik – kebajikan dan ma’aruf - .
Al Munafiqun: 9,10.


NOTA

Semua orang yang berakal baik sayangkan anak – anak mereka. Tetapi kita tidak boleh mengenepikan falsafah orang Melayu, iaitu, sayangkan anak tangan – tangankan. Iaitu jangan membiarkan anak menjadi manusia jahat dan menentang hukum – hukum Allah, penagih dadah, berfoya – paya pada jalan maksia, seperti di kelab malam, rumah pelacuran, kelab perjudian, kelab atau tempat arak dan sebagainya.
Berilah bimbingan dan ajaran kepada anak – anak agar menjadi manusia yang berguna kepada manusia, negara dan tidak dimurkai oleh Allah.


HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memberitahu: Allah tidak mengasihi sesiapa – manusia – yang tidak kasih kepada manusia.
– Perawi: Jari bin Abdullah dan Imam Bukhari.


NOTA

Kasih kepada manusia, iaitu tidak memandang buruk dan hina, tidak memusuhinya, tidak membiarkan dia menderita dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kasih kita kepada mnanusia ada hak dan sempadannya, di antaranya jangan membinasakan iman kita kepada Allah kerana sayangkan manusia, jangan terjajah negara kita kerana sayangkan manusia, jangan hilang bangsa kita kerana sayangkan manysia. Ertinya, sayang kita mesti berpada – pada dan bermusuh kita ada bersebab.
Demikian juga, disebabkan sayangkan perpaduan dengan manusia, kita gadaikan maruah kita sebagai orang Islam, menyertai istiadat atau perayaan agama – agama lain dan sebagainya.


Wednesday, December 22, 2010

MENGENANG MASA SILAM (Ulangan)

RAGAM SEORANG MENTERI

Pada tahun 1974
Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan siri pembunuhan terhadap pegawai-pegawai polis Bahagian Cawangan Khas pada awal tahun 1973. Pegawai Cawangan Khas yang pertama, ialah Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon. Dia telah ditembak di Kuala Lumpur. Pada 12 Julai 1973, Ketua Inspektor Chin Chin Kou telah ditembak mati di Serdang, Kedah. Tiga bulan kemudian Sarjan Chong Kek Oh telah ditembak mati di sebuah restoran di Sungai Siput Utara.
Pada 3 Januari 1974, seorang detektif Lee See Kaw telah mati ditembak oleh pengganas komunis, di pekan Malim Nawar, Perak, diikuti pula dengan pembunuhan ke atas sarjan Lee Yoon Chin di Melaka pada 20 April 1974. Pada 24 April 1974, Detektif Ong Soon Chua ditembak mati di Chemor.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie (King Gaz) telah datang ke Malim Nawar pada 3 Julai 1934 dan menziarah keluarga mendiang Detektif Lee See Kaw. King Gaz telah datang ke sana dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia. Turut datang ke Malim Nawar, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak, Ishak Tadin dan anggota-anggota jawatankuasa tersebut.
Aku bersama beberapa orang wartawan dari Ipoh telah pergi ke sana. Selain daripada bertujuan melihat tempat kejadian dan menemui keluarga detektif itu, kami bercadang hendak melakukan interview dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu.
PERAKAM SUARA
Sebaik-baik sahaja Ghazali Shafie keluar dari balai polis Malim Nawar, para wartawan telah mengerumuninya.Wartawan RTM, Puan Maizatul Akmam Yahaya telah menyuakan kepala perakam suara kepada King Gaz. Alangkah terkejutnya kami, menteri itu telah menengking kami sekuat-kuat suaranya. Maizatul Akmam terkejut kerana ditengking menteri yang garang itu. Dia telah menangis seperti di hadapan kami.
Ghazali Shafie telah tidak memberi sebarang kenyataan kepada kami. Dia menaiki helikopter dan kembali ke Kuala Lumpur. Telah menjadi kebiasaan pada masa itu, jika menteri, peegawai kerajaan atau sesiapa yang melakukan kekasaran atau menghina wartawan, di negeri Perak, maka akulah orangnya yang ke hadapan untuk menyanggah atau mencari penyelesaian.
Salah satu dari beberapa kejadian aku telah menyanggah orang yang melakukan kekasaran kepada wartawan, ialah pada satu kejadian keretapi yang membawa sepasukan Askar Malaysia telah tergelincir dekat Padang Rengas, pada tahun 1972. Seorang pegawai askar berpangkat kapten yang menyertai anggota-anggota askar yang tersadai di stesen keretapi Kuala Kangsar, itu telah melakukan kekasaran terhadap seorang pemberita suratkhabar Cina yang telah mengambil keretapi yang tergelincir itu.
Pegawai itu telah merampas kamera dari pemberita itu dan telah menarik keluar filem dari kamera tersebut. Dalam keadaan marah, dia telah mencampak kamera pemberita itu ke atas padang rumput dekat stesen itu. Aku telah mengadu pekara itu kepada Sultan Idris Shah, di Idris Kelab, Kuala Kangsar. Sebentar kemudian Baginda telah datang menemui pegawai tentera itu. Baginda telah menampar mukanya dan menitahkan pegawai itu supaya membayar harga filem pemberita tersebut.
”...mike pegawai askar jangan biadap kepada wartawan...,negagha kite ni ada undang-undang,” titah Sultan Idris Shah.
WARTAWAN RTM
Pegawai itu telah meminta ampun kepada Baginda.
Kali kedua aku telah mengambil langkah membantah orang yang melakukan kekasaran kepada wartawan, iaitu terhadap Ghazali Shafie, di Ipoh, pada 4 Januari 1974, kerana dia berkasar dengan wartawan RTM Maizatul Akmam Yahya di Malim Nawar.
Pada hari Ghazali Shafie melawat mayat konstebel Lee See Kaw di Malim Nawar, iaitu pada 3 Januari 1974, kerana hujan lebat dan kolam lombong roboh, maka telah berlaku banjir mengejut dalam Bandar Ipoh dan telah menenggelamkan kawasan Gunung Rapat, rumah Berhala Sam Foo Thong dan jalan raya Ipoh – Kampar sepanjang setengah kilometer. Kerana banjir itu Ghazali Shafie telah datang sekali lagi ke Ipoh pada keesokkan harinya dengan helikopter Tentera Udara Malaysia juga.
Ketibaan Ghazali Shafie telah disambut oleh Menteri Besar Perak, Haji Kamruddin Haji Mat Isa, Ishak Tadin dan Ketua Pegawai Polis Kontinjen Perak dan anggota-anggota Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak.
LAPANGAN TERBANG
Aku bersama lebih dua puluh orang wartawan telah turut menunggu ’menteri garang’ itu. Setibanya Ghazali Shafie di dewan menunggu Lapangan Terbang Ipoh, dia telah memekik dengan kata-kata kesat kepada pegawai-pegawai kerajaan di hadapan kami.
”...awak semua tak guna, tak boleh harap, ...mengapa tak beritahu saya banjir semalam...?” Tanya Ghazali Shafie dengan memekik.
Menteri Besar, Kamaruddin Mat Isa dan semua pegawai-pegawai diam. Mereka dalam keadaan seperti kena pukau. Dalam keadaan marah-marah itu, Ghazali Shaafie telah berangkat ke kawasan banjir dengan diiringi Menteri Besar dan anggota-anggota Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak.
Sebelum mereka bertolak ke kawasan banjir, aku telah memberitahu Ishak Tadin, yang aku akan mengecam Ghazali Shafie, kerana memarahi pegawai-pegawai kerajaan dan tidak menghormati Menteri Besar Perak. Aku telah menjelaskan sikap Ghazali Shafie terhadap para wartawan di Malim Nawar semalam.
Pada waktu Ishak Tadin dalam kereta bersama Ghazali Sahafie, dia telah memaklumkan kepada menteri itu yang aku akan mengecamnya. Ghazali Shafie telah memberitahu Ishak Tadin yang dia akan mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang sebelum dia terbang ke Johor Bharu. Dia akan meminta maaf kepaa semua wartawan.
KAWASAN HITAM
Pada dua tiga hari yang lalu hingga pada hari Ghazali Shafie berada di Ipoh, penduduk-penduduk dalam ’kawasan hitam’ iaitu Chemor, Tanah Hitam, Tanjung Rambutan dan beberapa buah kampung lagi-, telah mengalami krisis minyak, kerana mereka tidak mendapat bekalan minyak tanah. Minyak tanah menjadi bahan keperluan bagi mereka, selain untuk digunakan untuk pelita, mereka menggunakan untuk bahan api memasak makanan, ternakan dan sebagainya.
’Kawasan hitam’, ialah kawasan yang masih ada orang-orang Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjalankan kegiatan menghasut rakyat yang terdiri dari orang-orang China dan India supaya membenci kerajaan.
Dalam sidang akhbar Ghazali Shafie di lapangan terbang itu, beberapa orang wartawan telah bertanya beberapa perkara kepadanya dan dia telah menjawab dengan mesra seperti Menteri Luar yang bijak, di peringkat Antarabangsa.
”Saya nak tanya dua perkara kepada Tan Sri...,”aku berkata sambil mengangkat buku ’press notes book’ di tanganku.
”...ia, you don’t marah me,...tanyalah,”kata Ghazali Shafie.
”Mengapa di Malim Nawar semalam King Gaz marah-marah kepada wartawan-wartawan, pagi tadi marah kepada pegawai- pegawai kerajaan, ...tetapi di Kuala Lipis, kawasan Parlimen King Gaz sendiri, ...orang tua dan anak-anak orang Asli, King Gaz peluk...?” Aku bertanya.
”....saya bukan marahkan wartawan, ...saya sayang wartawan, ...saya marahkan pengganas komunis,” jawabnya.
”Ia, tapi mengapa wartawan King Gaz marah?” Aku bertanya lagi.
“...ooo, saya tak marah wartawan. …saya sayangkan wartawan,”jawabnya sambil ketawa.
Dia telah memeluk aku sejenak.
PENGGANAS KOMUNIS
Kamarudin Haji Mat Isa, Ishak Tadin dan semua yang hadir ikut ketawa.
”...satu lagi pertanyaan, ...mengapa King Gaz biarkan krisis minyak tanah di Tanah Hitam, Chemor..., rakyat di sana jadi susah?”Aku bertanya lagi.
” Ooo, itu bukan tanggungan saya...,”jawabnya.
”Mengapa King Gaz kata bukan tanggung jawab King Gaz, ...bukankah di sana kawasan hitam, masih ada kegiatan pengganas komunis....,itu bukankah tanggungjawab Menteri Dalam Negeri?” Aku telah mengajukan pertanyaan kepadanya.
Ghazali Shafie bangun. Sambil ketawa, katanya, ”...ia tanggungjawab saya, is my duty...,saya akan arahkan pegawai-pegawai saya supaya selesaikan perkara minyak tanah di sana.”
Semua yang hadir ketawa lagi.
Dalam sidang akhbar di Johor Bharu pada petang itu, Ghazali Shafie telah memberitahu para wartawan, bahawa aku telah mengecamnya di Ipoh.
Ghazali Shafie satu-satunya menteri dari Asia yang bersuara lantang di peringkat antarabangsa. Wajahnya serius dan bila bercakap kelihatan garang. Ramai wartawan-wartawan muda takut kepadanya.
Aku telah bertemu semula dengan Ghazali Shafie setelah dia berhenti dari jawatannya sebagai wakil Malaysia ke Pertubuahan Bangsa Bersatu(PBB). Dia dan aku telah sama-sama hadir dalam majlis Hari Patriotik, di Sekolah Bistari, Kuala Lumpur, pada hujung tahun 1998.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS

HUKUM DARI ALLAH
Dan hendaklah anda – Nabi Muhammad s.a.w. - menjalankan hukum - undang – undang di antara mereka – sekelumpuk manusia, masyarakat, negeri dan negara - dengan apa – hukum – yang telah diturunkan oleh Allah dan jangan kalian menurut – terpengaruh – dengan kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga – jagalah agar mereka tidak memesung – pengaruh – kan kamu dari sesuatu hokum yang teloah diturunkan oleh Allah kepada kamu . Kemudian, jika mereka berpaling – enggan menerima hokum Allah itu - , maka, ketahuilah, sesungguhnya, hanya Allah mahu menyiksa mereka dengan sebab mereka dengan sebab setengah dari dosa – dosa mereka; dan sesungguhnya, kebanyakan dari umat manusia itu orang – orang yang fasik – jahat dan melawan Allah.
Setelah itu, apakah mereka berkehendakkan lagi kepada hukum – hukum jahiliah – orang kafir Rum Tua, Kristian, Yahudi, Budha dan lain? Pada hal kepada orang – orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.
– Al Maaidah: 49, 50.
NOTA

Ayat ini diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. setelah sekelumpuk orang Yahudi Madinah munawwarah menghadapi Junjungan dan meminta hukuman atas seorang dari mereka yang telah membunuh seorang dari orang – orang Yahudi. Pada waktu Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat Junjungan memberitahu yang dalamn kitab Allah kepada orang – orang Yahudi ada hukum qisah – bunuh balas - , tetapi mereka menyembunyikan atau menidakkan hukum dalam kita mereka itu.
Berlaku juga hokum demikian dalam kita yang asali telah dibuang atau diputar belitkan oleh orang – orang alim Yahudi.
Maka, dari firman Allah di atas dan Al Maaidaah: 44 dan 45 di atas, ternyata firman dan perintah Allah adalah meliputi semua hukum atau undang – undang yang dijalankan dalam Negara Islam dan ke atas umat Islam.



HADIS

PEMBUNUH DAN TERBUNUH BERDOSA

Apa bila dua orang Islam bertarng dengan pedang masing – masing, maka, pembunuh dan orang yang terbunuh sama – sama – berdosa besar - masuk neraka.” Sabda Rasul Allah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Ditanya oleh sahabat kepada Junjungan: “Ya Rasul Allah, pembunuh itu – dihukum – masuk neraka, bagaimana dengan orang yang terbunuh?”
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab – muktamad: “ Kerana dia – orang yang kena bunuh – juga bertujuan- niat buruk - untuk membunuh sahabatnya – orang Islam .
– Perawai: Imam Bukhari, Imam Muslim dan An Nasaa’
i.

NOTA

Mempelajari Hadis di atas ini, maka, ternyatalah, orang - orang Islam yang bergaduh atau bermusuhan dengan senjata, tidak bersenjata, perkataan, tulisan termasuk caci hamun dan memfitnah, sama ada denganlisan mahupun melalui media seperti berlaku di kalanagan orang – orang dalam parti beberapa politik, juga berdosa.

Tuesday, December 21, 2010

MENGENANG MASA SILAM

MELAYU MENGHIRUP KUAH CUMA

Pada masa Tan Sri Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak kali yang kedua(1974-77), satu pembangunan raksasa bagi negeri itu telah berjaya dilaksanakan oleh Lembaga Letrik Negara, iaitu pembinaan Ampangan Temenggor. Ampangan itu yang merentangi Sungai Perak, di Temengor, Grik telah dimulakan pada zaman Menteri Besar, Ahmad bin Said (1969 -1970).
Sebuah kampung Melayu yang tua, iaitu Kampung Temengor yang terletak dalam rimba raya telah tenggelam bersama sebuah masjid, sekolah rendah kebangsaan, sawah dan ladang serta tanah perkuburan.
Aku telah mengikuti oprasi menggali semua perkuburan di sana. Pekerja-pekerja telah menggali semua kubur itu pada waktu siang. Manakala kerja memungut semua tengkorak dan tulang temulang tanah bercahaya kala maya pada waktu malam. Semua tengkorak, tulang temulang dan tanah dari tiap-tiap kuburan itu dimasukkan dalam karung-karung plastik.
Semua mayat yang telah reput dalam kuburan-kuburan baru dan semua tengkorak, tulang-tulang dan tanah bercahaya kelamayar itu telah dipindah dan dikebumkan semula dalam beratus-ratus buah kuburan baru, dekat perkampungan baru, Kampung Belum Baru, Air Ganda, dekat Bandar Grik.
MAYAT TIDAK REPUT
Satu pengalamanku sebagai penulis tidak dapatku lupakan, iaitu aku telah mengambil gambar dan menulis kisah dua mayat tidak reput yang terdapat dari dua buah kuburan Kampung Temengor. Dua mayat itu tidak reput, berambut panjang, berkuku panjang, kain kapan masih melekat pada tubuh masing-masing dan tubuh mereka tidak ada yang rosak.
Kedua-dua perempuan itu telah meninggal dunia kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Mereka berkhidmat sebagai bidan dan guru membaca Quran kepada kanak-kanak, di kampung tersebut.
Aku telah merujuk perkara dua mayat itu kepada beberapa orang ulama di negeri Perak. Menurut mereka, bahawa ada terjadi, dengan kuasa Allah, orang-orang yang membaca dan menghafal ayat-ayat Quran dan berbuat baik sesama manusia pada masa hayat mereka, maka mayat mereka tidak reput walaupun telah lama meninggal dunia.
Aku telah menerima banyak sungutan daripada orang-orang Melayu yang menjalankan perusahaan kayu balak, dalam kawasan Hulu Perak mengenai nasib mereka seperti telah dianak-tirikan oleh kerajaan negeri Perak dalam pengagihan kawasan balak. Pada satu hari aku telah menemui Ghazali Jawi dipejabatnya untuk bertanyakan isu tersebut.
SYARIKAT ORANG MELAYU
Ghazali Jawi berkata, bahawa pemberian kawasan kayu balak, di negeri Perak tidaklah boleh diagihkan kepada semua syarikat pembalak kerana pihaknya terpaksa menimbangkan banyak masalah.
Beliau memberitahu, pemberian kawasan kayu balak kepada syarikat-syarikat orang Melayu hanyalah seperti ’durian runtuh’, bukanlah satu perniagaan dan perusahaan, kerana banyak syarikat orang Melayu yang telah mendapat kawasan-kawasan kayu balak, tetapi mereka tidak menjalankan perusahaan itu, sebaliknya mereka menjualkannya kepada syarikat-syarikat China.
”Tujuan kerajaan memberi kawasan kayu balak kepada syarikat orang Melayu dengan tujuan supaya deme berusaha, tetapi deme tak buah kerja, ...jualkan kepada syarikat-syarikat orang lain,” katanya.
”I kira, cara macam tu bukan berniaga, ...hanya nak dapatkan ’durian runtuh’, nak duit segera, ...sudahnya deme tak pandai berniaga balak,” tambahnya.
Kerajaan Negeri Perak telah mewajibkan semua syarikat perusahaan kayu balak bertaraf ’sendirian berhad’ dan ’berhad’. Setiap syarikat membayar lesen pembalakan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebanyak RM300 setahun. Tetapi tidak semua syarikat itu yang mendapat kawasan kayu balak. Walaupun bagitu banyak pula syarikat yang telah mendapat satu kawasan balak telah mendapat kawasan lagi. Ada syarikat kayu balak yang telah mendapat lebih dari tiga kawasan membalak.
’Kalau diteliti secara mendalam, iaitu mengikut sains politik dan sains kemasyarakatan, bahawa kedua-dua sistem itu (pembalakan dan pemberian tanah komersial) tidak menolong membangunkan ekonomi orang Melayu, sebaliknya meninggikan ekonomi orang-orang bukan Melayu, menguntungkan kerajaan Perak dan pihak-pihak lain.
Pengagihan tanah dan kayu balak, pada hakikatnya seperti ’mee segera’ untuk menghabiskan tanah kerajaan dan kayu balak. Akibatnya orang Melayu anak cucu para pejuang tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan tinggal dalam keadaan, ’menghirup kuah’ sedangkan isi yang lazat orang bukan Melayu yang ratah.
Kedua-dua sistem pengagihan itu kalau tidak diubah atau tidak dilakukan pembaharuan oleh Menteri Besar sekarang, maka dalam tempoh sepuluh tahun akan datang orang-orang Melayu di negeri Perak yang melibatkan diri dalam perusahaan tanah dan perusahaan balak akan menerima nasib ’Pak Pandir’ dalam Dasar Ekonomi Baru atau seperi kata orang Perak, ’lebih labun dari lonjak’.
Yang paling teruk lagi dalam Wawasan 2020 yang dilaung-laungkan oleh orang-orang Melayu di Perak akan menyimpan dalam file keramat masing-masing, ialah resit bayaran permohonan tanah dari Pejabat Tanah, resit bayaran lesen tukul besi dan resit bayaran lesen kayu balak kepada pejabat Perhutanan Negeri dan surat membuktikan diri mereka telah muflis dari mahkamah tinggi.’
SULTAN IDRIS SHAH
Sungutan-sungutan rakyat dari perkara yang paling kecil hingga ke perkara besar seperti kawasan kayu balak dan sebagainya telah tiba ke pengetahuan Sultan Idris Shah. Aku telah dipanggil oleh Sultan Idris Shah ke Istana Firuz, dalam bandar Ipoh.
Dalam pertemuan aku dengan Sultan Idris Shah dan disertai oleh Toh Muda Orang Kaya Besar, Dato’ Sayed Ahmad Jamalullail (bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi) dan beberapa orang Orang Besar-Besar Negeri lagi, Baginda telah bertanya kepadaku mengenai sungutan- sungutan rakyat itu.
Aku telah memberitahu Sultan Idris Shah, ” ...kira o.klah tu, ...dia (Ghazali Jawi) akan selesaikan, ...mana ada pemimpin yang dapat memuaskan hati semua rakyat.”
”Ngapa” Sultan Idris Shah bertanya.
”...ialah, karenah rakyat, Tuanku,” aku menjawab.
Sultan Idris Shah merenungku, kemudian merenung Syed Ahmad Jamalullail.
”...ampun Tuanku, ...Tuanku kena bertindak, ...jangan dibiorkan...,”kata Syed Ahmad Jamalullail.
”Ini yang susahnya, ....aku tak boleh campur politik....,” titah Sultan Idris Shah.
Aku senyum.
”...ngapa senyum, tentu ada ape-ape ni?” Sultan Idris Shah bertanya.
”....begini, Tuanku tak boleh campur politik, tapi Tuanku tak boleh biarkan orang politik menggunakan politik untuk membelakangi Tuanku dan kepentingan rakyat Tuanku,...rakyat tangungjawab Sultan...” aku berkata.
”Itu benor, ...aku tak boleh biorkan, ...deme nak maghah, maghah le, ...lantak...,” titah Sultan Idris Shah.
JAWATAN MENTERI BESAR
Perkara sungutan rakyat itu telah menjadikan Baginda bertambah tidak puas hati terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, di bawah Ghazali Jawi. Baginda telah mengungkit; pada hari-hari sebelum Ghazali Jawi dilantik memegang jawatan Menteri Besar Perak kali yang kedua, Baginda telah keberatan melantiknya memegang jawatan Menteri Besar, disebabkan ’isu’ pada masa beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak kali pertama.
Sultan Perak menganggap ’isu’ yang lalu, sebagai belum selesai kerana tidak dihadapkan ke mahkamah. Tetapi oleh kerana dengan nasihat Perdana Menteri, maka mahu tidak mahu Baginda terpaksa menandatangani watikah perlantikan ke atas Ghazali Jawi untuk memegang jawatan Menteri Besar itu.
Baginda telah memberi syarat, bahawa Baginda boleh menandatangani watikah perlantikan itu, tetapi jawatan yang dipegang oleh Ghazalai Jawi itu sementara beberapa bulan sahaja. Pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju.
Syed Ahmad Jamalullail yang pernah memegang jawatan Pegawai Penerangan UMNO di Ibu pejabat parti itu, adalah seorang yang paling rapat dengan Sultan Idris. Kadang-kadang nasihatnya kepada Baginda, seperti Penasihat British kepada Raja-Raja Melayu pada zaman penjajah Inggeris dulu. Ada kalanya pula dia seperti tukang lawak raja atau badut (clown) dengan Sultan.
Kira-kira seminggu kemudian, Sultan Idris Shah telah meminta aku membantu Baginda, iaitu menjadi Penasihat Hal Ehwal politik kepada peribadi Baginda. Aku telah telah bersetuju dengan permintaan Baginda itu. Di antara tugas-tugasku, ialah menulis titah ucapan baginda (kecuali ucapan rasmi), dan memberi pandangan kepada Baginda mengenai hal ehwal politik (kekadang isu- isu mengenai agama Islam) dan mendapatkan mungkin sungutan-sungutan rakyat mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan kerajaan dan wakil-wakil rakyat.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS

MENGEMBARA KE SERATA DUNIA

Maka tidak sedikit – banyak – negeri yang Kami telah binasakan kerana kesaliman penduduk – penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan – bangunan; dan tidak sedikit pula perigi – telaga – yang terbiar dan istana – istana yang terseregam – seperti istana Firaun, istana Namrud dan lain – telah kosong dan ditinggalkan – disebabkan para penduduknya terbunuh dan lari.
Oleh itu, bukankah ada kebaikannya mereka mengembara – melancong - di muka bumi – seleuruh dunia – supaya – dengan melihat – memerhati – kesan – kesan – sejarah – tersebut mereka – yang mengembara atau melancong – menjadi orang – orang yang ada hati – fikiran dan perasaan – yang dengan demikian meeka dapat memahami, atau ada telinga yangb dengannya mereka dapat mendengar. (Tetapi kalau mereka mengembara – melancong – pun tidak juga berguna – tidak boleh faham atau berfikir - , kerana keadaan yangb sebenarnya bukanlah mata kepala meeka yang buta, tetapi yang buta itu, ialah mata hati yang ada dalam dada.
– Al Haj: 45, 46.

NOTA

Mengembara atau melancong adalah baik bagi manusia. Mereka tidak sahaja untuk menghiburkan hati dan perasaan, bahkah dapat mempelajari sejarah di tempat – tempat yang mereka telah lawati itu. Jika melancong ke kawasan peninggalan para Nabi Allah, mereka dapat melihat dan mempelajari sejara umat manusia pada zaman sila, terutama yang telah dibinasakan oleh Allah disebakkan mereka menderhakakan Allah.
Misalnya, sesiapa yang dapat melancong ke Palestin, tentulah dapat mempelajari dan mengetahui, betaspa zalimnya umat Yahudi. Begi juga jika melawat ke Vietnam, Afghanistan dan Iraq, mereka dapat mengetahui betapa zalimnya orang – orang Amerika.
Saya mengesyirkan, para penulis elok banyak melancong dan setelah kembali mereka menulis artikel atau buku mengenai pengalaman mereka itu untuk dibaca oleh orang ramai.
Orang yang paling dungu – bodoh dan tidak dapat diajar - , ialah mereka yang tidak mengetAhui sejarah, tiak mahu mempelajari sejarah atau buta sejarah.


HADIS

SEMBAHYANG DAN JIHAD
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Pokok utama segala sesuatu ialah agama Islam dan tiangnya – agama Islam – ialah solat – sembahyang – dan kemuncaknya, ialah berjihad di jalan Allah.
Jarak seseorang lelaki – perempuan – dengan kekafiran, ialah meninggalkan sembahyang.
– Perawi: Imam Muslim dan Imam At Tarmizi

NOTA
Setiap individu Islam mestilah menunaikan sembahyang wajib lima waktu pada sehari dan semalam. Jika seseorang Islam tidak menunaikan sembahyang, maka, dia samalah dengan orang kafir. Walaupun dia berbuat amalan yang baik, tetapi Allah tidak menerimanya.
Ada orang – orang Islam yang jahil berkata: Tak sembahyang tidak apa asalkan hati baik. Perkataan itu srelain menunjukkan kejahilannya, maka dia juga dari golongan umat manusia yang dilaknat oleh Allah.


----------------------------------------------


KATAK BETONG

Katak betong, ialah katak besar yang berbunyi kuat dan sering berada dalam paya, kubang dan sebagainya.Daging katak ini ada khasiatnya, iaitu:
1 - Gadis atau wanita yang mahukan muka tidak berjerawat, kulit licin halus dan suara menarik,
makanlah sup katak ini pada tiap - tiap pagi.
2 - Lelaki yang rasa malas bekerja, tidak minat berkahwin dan kurang yakin diri, makan sup katas ini.
Katak betong dan katak hijau - yang melompat jauh - sedap dimakan, jika digoreng rangup.

Monday, December 20, 2010

MENGENANG MASA SILAM





GADIS HITAM DAN KAPAL TERBANG

Pada tahun 1954
Pada satu hari Luchmy telah mengajak aku datang ke rumahnya, di George Town. Dia mahu memperkenalkan aku kepada ibu dan bapanya. Ketibaan aku di rumah Luchmy telah disambut dengan mesra oleh ibu dapa bapanya. Luchmy telah memperkenalkan aku kepada ibu dan bapanya.
Bapa Luchmy sedang menjalankan perniagaan sebagai seorang ’Keling botol’ atau peniaga besi buruk (scrap). Setelah kami minum teh, bapa Luchmi, S. Virasamy telah membawa aku ke sebuah rumah tempat dia berniaga dan tempat dia menyimpan besi-besi buruknya.
Dalam rumah lama dan di kawasan belakang rumah itu yang dipagar dengan zink buruk, ada bertimbun besi-besi buruk berbagai berbagai jenis. S. Virasmy telah menerangkan kepadaku; dia dan beberapa orang rakannya yang berniaga besi buruk di Jalan Bandar, Ipoh, telah mengeksportkan berbagai jenis besi buruk ke beberapa buah nagara lain yang memerlukannya.
Perniagaan besi buruk menjadi salah satu dari banyak perniagaan yang mmepunyai rangkaian di seluruh dunia. Berniaga besi buruk sepertri juga orang yang bercinta antara lelaki dengan perempuan, iaitu selagi dunia masih bernama dunia dan masih belum hanyut dalam kiamat, besi buruk menjadi salah satu keperluan bagi manusia-manusia yang mahu meneruskan kehidupan.
LADANG GETAH
Pada waktu aku melihat besi-besi buruk itu, mindaku seolah-olah telah meninggalkan diri, ia terimbau ke sebuah kapal terbang perang Jepun yang telah terjatuh dalam ladang getah Sungai Biong Estate dekat kampungku, pada tahun 1942.
Seperti yang aku telah ceritakan, bahawa aku telah melihat kapal terbang itu terbang laju di udara atas ladang bapaku, di Paya Pak Banon pada tahun itu. Kapal terbang itu terbang dengan mengeluarkan asap berkepul-kepul di bahagian buntutnya sebelum jatun terhempas ke dalam ladang getah tersebut. Aku percaya bangkai kapal terbang itu masih ada sana.
’7 December 1941, on Sunday morning, 7.55 Honololo time, Japanese planes from carrieres attack Pearl Harbor, Hawaii, where most of the US Pacific Fleet lier at anchor. Nineteen ships (including 8 battleship)are sunk or disibled; 188 planes are destroyed; 2403 soldiers, sailors and civilians are killed, 1178 wounded. Japanes palnes and ship also attack US bases in the Philippines, Guam, and Midway, as well as British base in Hong Kong dan the Malay Peninsula, within the next 24 hours.’
Aku telah bertanya kepada S.Virasamy kalau-kalau dia hendak membeli besi buruk bangkai kapal terbang Jepun. Aku juga bertanya akan harga besi dan aluminium kepadanya. Sebaik-baik sahaja mendengar pertanyaanku, S.Virasamy telah termenung sejenak. Mungkin dalam mindanya tidak dapat menggamabarkan kapal terbang yang aku katakan itu.
“…mana boleh dapat itu kapal terbang…?”Dia bertanya.
“Adala, …kalau aya mau,”jawabku.
BESI BURUK
Dia sengeh. Dua biji matanya yang bulat warna hitam dan putih kekuningan merenung kepada anaknya, Luchmy yang sedang berjalan ke arah kawasan besi buruk itu. Aku telah merenung kearah Luchmy. S.Virasamy mengalih renungannya dari anaknya dan merenung wajahku.
S.Virasamy seperti kebanyakan perniagaan yang berpengalaman, dia cepat nampak keuntungan dari sesuatu barang yang akan diperniagakan. Dia senyum dan memberitahu kepadaku, sekiranya ada bangkai kapal terbang, dia sanggup membelinya.
“…besi kalau, ada macam-macam, …harga ada 35 sen dampai 65 sen, …aluminium kalau, macam-mamam juga, …taka pa saya kira 35 sen sapai 70 sen,”katanya.
Percakapan S.Virasamai terhenti kerana Luchmy telah tiba di hadapan kami.
“…adakaaa? S.Virasamy bertanya.
“Ada…,”jawabku.
“Apa, apa,…Encik Mokhtar?” Luchmy bertanya.
“Kapal terbang Jepun,”aku menjawab.
“Ini Encik Moktar mau jual kapal terbang Jepun…,”S.Virasamy memberitahu kepada anak gadisnya.
“Kapal terbang Jepuuun, …di mana, you berniaga kapal terbang…?” Luchjmy bertanya.
Setelah aku menerangkan sebuah kapal terbang Jepun ada dalam ladang getah dekat kampungku, barulah S.Virasamy yakin. Pada ketika itu kalau tidak ada bapanya, sudah tentu Luchmy memeluk tubuhku kerana gembiranya.
KAPAL TERBANG
S.Virasamy telah bersedia untuk membeli besi-besi buruk bangkai kapal terbang itu. Dia akan menghubungi rakannya yang berniaga besi buruk di Jalan Bendahar, Ipoh, supaya rakannya itu dapat bekerjasama dengannya membeli besi-besi buruk bangkai kapal terbang itu dari aku.
Aku telah memaklumkan kepada S.Virasamy, iaitu pada hari Jumaat, lusa, aku akan pulang ke kampungku untuk mengambil besi-besi buruk bangkai kapal terbang tersebut. Kebetulan pula, mulai esok sekolahku bercuti selama beberapa hari.
Luchmy telah meminta izin kepada bapa dan ibunya untuk mengikut aku pulang ke kampungku. Dia hendak melihat bangkai kapal terbang perang Jepun itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat bangkai kapal terbang Jepun. Di samping itu di samping dia ingin melawat kawasan luar bandar, di negeri Perak.
Bapa dan ibunya telah membenarkan dia mengikut aku. Mereka telah berpesan kepadanya, supaya dia menjaga dirinya, di tempat orang.
MENCUBIT PIPI
Pada pagi lusanya aku dan Luchmy seperti sepasang kekasih telah menumpang kereta api dari stesen keretapi Perai menuju ke Kuala Kangsar. Dalam sepanjang perjalanan dalam keretapi itu, aku baru tersedar yang Luchmy ada menaruh hati kepadaku, iaitu setelah aku meneliti gerak geri atau body languagenya. Dia telah beberapa kali meramas tanganku, melilitkan lengannya ke pinggangku dan dua tiga kali dia telah mencubit pipi dan menjemput hidungku.
Kesedaranku itu kerana aku telah menilai keperibadian, jiwa dan perasaan cinta seseorang gadis yang baik lagi bermaruah; dia tidak akan melakukan kepada seseorang lelaki seperti yang telah dilakukan oleh Lachmy kepadaku, kalau tidak wujud dalam sukmanya perasaan cintanya kepada lelaki itu.
Aku anak lelaki yang menjadi peneliti dan cinta manusia. Aku telah menghargai cinta Luchmy kepadaku. Seperti sumpah pemuda Indonesia atas tanah airnya, maka begitulah aku bersumpah tidak akan mencintai Luchmy guruku apa lagi untuk mengahwininya, kerana aku telah menganggapnya seperti kakakku.
Allah Maha Kuasa, sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy turun dari kereta sewa yang membawa kami dari stesen keretapi ke perhentian bas dalam bandar Kuala Kangsar, aku telah tertembung dengan jurutera Mohd. Noh, kawanku apada masa aku menuntut di Padang Rengas dulu. Setelah aku memberitahu kepadanya yang aku mahukan dia bekerjasama denganku untuk membuka besi-besi bangkai kapal terbang Jepun dan menjualkan kepada peniaga besi buruk, maka dia telah bersetuju dan berjanji akan datang ke rumahku pada pagi esoknya.
RUMAH TUMPANGAN
Mohd. Noh telah tinggal sementara di kampung Sauk, kerana dia telah menjalankan kerja-kerja kontrak bersama rakannya, di Ampangan Perak River Hidro.Rumah tumpangannya kira-kira tiga kilometer dari ibuku.
Sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy tiba di rumahku, aku melihat dua biji mata ibu dan bapaku terbeliak dan mereka seperti terkena pukau, kerana mereka telah menyangka aku telah membawa balik menantu mereka, seorang perempuan India. Setelah aku perkenalkan Luchmy kepada mereka dan menjelaskan tujuan kedatangan gadis itu, barulah kelihatan mereka senyum dan mesra dengan Luchmy.
Pada malam itu rumah ibukuku telah dikunjungi ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku. Mereka telah datang untuk melihat Luchmy. Mereka telah hairan, Luchmy seorang gadis India, guru bahawa Inggeris dan tinggal dalam bandar Pulau Pinang, telah sudi datang ke kampung mereka.
Pada esok paginya, aku, Luchmy, Mohd.Noh dan bapa saudaraku, Haji Ahmad dan abang saudaraku, Hasanuddin telah menaiki dua buah perahu dayung (aku pinjam dari tuannya), menyeberangi tasik Chenderoh, di Changkat Duku, telah pergi ke kawasan hutan – pokok-pokok rotan, buluh, mengkudu dan berbagai pokok lagi -, yang terletak dalam ladang getah, Sungai Biong Estate.
BIMBINGAN JURUTERA
Bangkai kapal terbang perang Jepun itu telah buruk dan usang dalam hutan kira-kira 50 ela dari tebing tasik Chenderoh. Pokok-pokok rotan, dedaun akar dan semak samun sedang menyelimuti bangkai kapal terbang itu.
Pada sepanjang hari itu kami telah membuka badan kapal terbang itu dengan bantuan dan bimbingan jurutera Mohd.Noh. Bangaki kapal terbang itu telah dapat kami buka dan mengasingkan bahagian –bahagian badannya. Kami berhenti kerja pada waktu makan dan sembahyang Zohor dan Asar sahaja.
Kira-kira jam 5.00 petang, kami telah mengangkut lima kali dengan tiga buah sampan akan semua besi-besi waja, besi biasa, aluminium dan lain-lain ke pengkalan perahu, dekat jalan raya, di Changkat Duku,dekat kampungku.
Pada tengah hari esoknya, bapa Lachmy telah datang bersama orang-orangnya dengan dua buah lori besar. Semua besi-besi aluminium buruk dan kawat-kawat tembaga telah timbang dan dimasukkan ke dalam lori-lori tersebut.

MINYAK PELINCIR
Bapa Luchmi telah membayar harga besi-besi, semua aluminium dan kawat-kawat tembaga bersama minyak pelincir kapal terbang itu kepadaku, sebanyak $4,653.40. Pada ketika aku menerima wang dari S.Virasamy, hatiku telah berkata, Kamulah orang Melayu pertama menjual kapal terbang perang Jepun.”
Luchmy telah mengikuti bapanya dalam lori besi buruk itu pulang ke Pulau Pinang.
Pada petang itu kami telah mebahagikan wang $4,653.40 itu sesama banyak antara kami, setelah ditolak kos-kos lain termasuk sewa tiga biji sampan.
Aku berterima kasih kepada Kerajaan Jepun dan General Hideki Tojo. Walaupun mereka telah menzalimi ramai penduduk Tanah Melayu dan manusia-manusia seluruh Kepulauan Melayu dan Asia, tetapi tindakan kejam mereka itu telah membuka mata orang-orang Melayu untuk menuntut kebebasan dari penjajah Ingeris.
TANAH MELAYU
Kapal terbang Jepun yang aku dan kawan-kawan telah menjual kepada ’Keling Botol’ di Pulau Pinang telah menjadi titik indah dalam sejarah hidupnya. Yang penting; Jepun dan penderitaan penduduk Tanah Melayu telah menjadi seperti ubat penawar kepada orang-orang Melayu supaya bangun sebagai manusia sejati, menuntut hak untuk hidup, iaitu kemerdekaan dan kemanusiaan sejagat.
Tindakan tentera-tentera Jepun mengebom pelabuhan Pearl Harbor pada 7 Dicember 1941, adalah dengan kehendak Allah jua dan ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku mempunyai catatan dalam sejarah hidupnya menjual sebuah kapal terbang terbang perang milik negara berani memusnahkan Pearl Harbor.
’Responsible as premier for leading Japan into war with the United State, General Hideki Tojo epitomized the militarism the gained the ascendancy in Japan during the 1930s. Impressed by Hitler’s power, angered by American oil embargoes the placed a strain on Japan’s economy, he rushed into ill-advised war on the United States with the surprise attack on Pearl Harbor (7 December 1941). While hispopularity ran high during early victories, as America gained strength he was discredited and forced to resign as premier. The son of, with an exclusively military background, Tojo failed at retual suicide before being arrested as Japan’ chief war criminal. He was convicted on nine counts of war crimes, condemmned, and executed.’
Sebatang besi wajah dari bangkai kapal terbang Jepun itu – untuk kenang-kenanganku - , telah digunakan oleh ibuku sebagai halu lesung tangannya untuk menumbuk emping, beras dan kopi. Beberapa lama kemudian, besi wajah itu telah hilang entah ke mana.

Besi waja buatan Jepun,
Jadi halu lesung ibu,
Padi huma ibu tumbukkan,
Kini hanya ingatan terhimpun,
Bumi Melayu terpesung tuju,
Laksana Jawi peranakan.
Cucu, cicit nanti bertanya,
iakah kita Melayu,
atau laksana bertam di nyiru.
Adakah bumi kita milik Melayu,
kita berdagang di bumi sendiri?
Seminggu kemudian, dengan wang hasil menjual kapal terbang perang Jepun itu, aku telah membeli sehelai sari dari India, sepasang kasut buatan England dan sebotol air wangi jenama tersohor, di sebuah toko pakaian, di George Town dan aku telah hadiahkan kepada guru dan kakak angkatku, Luchmy S. Virasami.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS

MATI SYAHID

Jangan kalian mengira – menyangka - mereka yang gugur – mati dalam perjuangan – pada jaloan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendpat rezeki.
(dan juga) Mereka dalam keadaan sukacita disebabkan kurniaan Allah yang diberikan – Nya kepada mereka dan mereka dalam keadaan gembira dengan berita baik mengenai (saudara – saudara mereka) orang – orang Islam (yang sedang berjuang), yang masiah tinggal di belakang (yang belum) sampai kepada mereka. (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlaku kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka gembira dengan balasan nikmat dan limpah kurnia dari Allah. Dan (ingatlah) Allah tidak menghilangkan pahala orang – orang yang beriman. – Ali Imran: 169 – 171

NOTA

Berjuang pada jalan Allah, di Malaysia tidak ada peperangan sabilullah, maka, berjuang pada jalan Allah, ialah dengan cara membantu organisasi politik atau tidak yang bertujuan menegakkan negara Islam – negara Allah - , amal ma’aruf, derma kepada sekolah agama Islam, sekolah biasa dan lain.

HADIS

JAWATAN KEHORMAT
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya, kami – saya dan badan pemerintahan Islam – tidak akan memberi tugas – melantik – ini kepada seseorang yang ghairah meminta untuk mendapatkannya. – Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

NOTA

Tugas dalam hadis di atas, ialah jawatan kehormat dalam pemerintahan, seperti: kHALIFAH, gobernor, menteri dan sebagainhya. Jawatan – jawatan itu tidak boleh diminta oleh seseorang Islam kepada pemerintah. Jawatan – jawatan tersebut menjadi tanggungjawab ketua pemerintah untuk diberikan kepada seseorang yang telah dikaji akan peribadi yang meliputi, iman kepada Allah, taqwa, jujur, amanah,dedikasi, berpelajaran dan berakhlak mulia.

---------------------------------------------------

SI CERDIK BODOH

Kebodohan tidak berada pada orang - orang yang bodoh sahaja, tetapi ada pada orang - orang yang berpelajaran menengah dan tinggi serta mereka yang dipandan intelektual atau bijaksana. Perhatikan di antar beberapa kebodohan pada orang - orang cerdik berpelajaran, cerdik dan bijaksana di bawah ini:
1 - Orang politik - politikus berucap berdegar - degar di hadapan orang ramai dengan membanggadiri,
pekerjaan dan perjuangannya, menyalahkan orang - orang lain dan membangga dirinya sahaja
yang betul. Di adalah orang bodoh kerana berbohong, melawan aturan Islam yang tidak boeh
sombong dan menyalahkan orang lain.
2 - Guru mengajar seseorang murid, setelah dia tidak dapat membentuk diri murid itu, dipukul atau
diapa - apaan kepada murid itu. Guru itu adalah bodoh kerana dia tidak pandai mengajar
muridnya.
3 - Hakim menjatuhkan hukuman ke atas seseorang dengan hanya berpandukan siasatan polis dan
peguam negara sahaja, sedangkan dia tidak melakujkan siasat san penyelkidikan. Maka hakim itu
bodoh.
4 - Bakas perdana menteri atau presiden sesebuah negara yang menyalahkan orang kemudiannya
dan menyalahkan orang lain dan dirinaya sahaja yang betul dan cerdai. Dia adalah orang bodoh
kerana dirinya telah nyanyuk.
5 - Sultan yang menjatuhkan hukuman - macam sultan Melaka zaman silam -, tidak menimbang
dengan akal fikiran sendiri yang brpandukan pelajaran, tidak mengambil tahu akan kesusahan
rakyatnya, maka, sultan itu bodoh.
6 - Politikus yang memaqki hamun orang - orang politik lain atau parti politik lain kerana tidak sama
denganpolitiknya, maka dia adalah bodoh, kerana tidak berjaya memahahami parti politik lain dan
tidak berdaya mengajak orang - orang itu bersamanya.
7 - Suami berpekaian selekeh dan isterinya berpakaian cantik pada waktu ke masjail atau ke mana -
mana. suami itu
bodoh kerana tidak tashu menjaga hati isterinya dan maruah dirinya.
8 - Isteri mendeahkan aurat - termasuk rambutnya - di khalayak ramai. Dia adalah orang bodoh
kerana orang Islamtidak tahu hukum Islam dan mengikut cara orwang kafir.
9 - Pendakwah dalam masjid yang banyak menceritakan tentang dirinyua yang baik, adalah bodoh,
kerana dia membuang waktu yang sia - sia dan membanggakan diri sendiri.
10 - Anak - anak yang tyelah remaja, belia dan dewasa yang tidak taat kepada dua ibu bapa, tidak
membantu mereka dan lebih mengutamakan isteri dan adik beradik sebelah isteri. Mereka itu
bodoh kerana tidak mengetahui hukum Islam dan ayat Quran dalam surah Luqman. - mp

Friday, December 17, 2010

QURAN DAN HADIS





LARANGAN BERSETIA DENGAN MUSUH ISLAM


Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang kalian dengan orang – orang yang kalian musuhi dari kaum kerabat kalian itu - dengan menjdikan mereka itu insaf dan memeluk agama Islam – menerima Islam sebagai addin, iaitu agama yang menyeluruh bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Bermakna bernegara dan berpolitik mengikut dasar Quran dan beribadat mengikut usuluddin – pokok pangkal agama Islam - , iaitu Allah dan tauhid - . Dan - ingatlah – Allah Maha Kuasa dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak melarang kalian daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada – orang – orang kafir - yang tidak memerangi kalian kerana agama kalian – Islam – dan tidak menghalaukan kalian dari kampung halaman – negeri atau negara - , sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah melarang kalian daripada menjadi teman rapa – front atau organisasi orang – orang kafir yang memerangi kalian kerana agama kalian – Islam – dan menghalauj kalian dari kampung halaman – negeri atau negara, serta membantu orang lain – musuh – untuk mengusir kalian. Dan – ingatlah – sesiapa yang menjdikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang – orang yang zalim. – Al Mutahanah: 7 – 9.

NOTA.

Ikatan kerjasama antara UMNO dengan MCA, MIC dan parti – parti orang bukan Islam dan kerjasama antara PAS dengan DAP dan parti – parti politik bukan Islam selagi para para pemimpin dan ahli parti – parti poolitik bukan Islam itu tidak memusuhi orang Islam, mengkhianati agama Islam dan menghalau orang Melayu – Islam – dari negeri dan negara ini.
Orang – orang Islam – UMNO dan PAS mestilah ingat, jangan kerana kepentingan perpaduan mereka merelakan diri mengikut kehendak atau kemahuan orang – orang bukan Islam, tunduk dan menyertai adat dan perayaan untuk agama bukan Islam. Perbuagtan itun boleh menjadikan orang Islam syubhat dan ikut menjadi orang menganu agama bukan Islam. Kita memohon perlindungan daripada Allah dari berlaku syirik atau murtad atas diri kita.
Di sinilah letaknya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak wajib meminta nasihat atau tunjuk ajar dari para ulama – tidak menghampu – untuk melakukan sebarang kerjamasama dan sebagainya dengan orang – orang kafir di negara ini. – mokhtar petah



HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Hendaklah kalian – umat Islam – mendengar dan mematuhi perintah – berhubungan dengan agama dan peperintahan Islam - , walaupun yang dilantik untuk memerintahi kalian itu – adalah – seorang hamba dari bangsa Habsyi – berkulit hitam legam – rambutnya bagaikan buah anggur kering. – Perawi: Anas bin Malik dan Imam Bukhari.


NOTA

Hadis ini memberi pengajaran kepada umat Islam, bahawa Allah dan Rasul – Nya, Muhammad s.a.w. tidak mementingkan kedudukan, mertabat atau kasta amanusia, kerana manusia sama sahaja, meliankan orang yang beriman dan taqwa kepada Allah.
Hadis ini memberi fahaman, Islam tidak mementingkan ’ketuanan Arab’ dan apa jua ketuanan sesuatu bangsa, termasuk ’ketuan Melayu’. Ketuanan satu – satu bangsa itu tidak mengikut ajaran Islam, tetapi mengikut asal usul dari kerajaan Rom tua, orang – orang Hindu dan mereka yang beragama lain dari Islam.
Bangsa Melayu mesti dipertahankan. Bangsa Melayu menjadi pemilik – bukan tuan – negara ini atasu Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh kepulauan Melayu. Ertinya kita mahu ’ kekanusiaan Melayu ’ bukan ’ ketuanan Melayu’. Jika ada ’ ketuanan Melayu’ maka tentulah ada ’ kehambaan Melayu’. Berlaanan dengan Islam. – mokhtar petah


------------------------------------------------

GANTUNG

Saya menyanjung ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd. Nazri bin Abdul Aziz Yeop - asal usul Melayu Pattani - kerana mengamukan usul menggantung Pemimpin Pembangkang dalam Dewan Rakyat, Dato' Seri Anwarf Ibrahim dan di ikuti tiga ahli Dewan Rakyat di gantung selama 6 bulan. Selema itulah mereka tidak boleh menghadiri sidang Dean Rakyat.
Saya juga memuji Speakar Dewan RWakyat, Pendekar Amin Mulia kerana menggunakan kuasanya dan timba atau neraca untuk menerima usul tersebut. Dan empat orang ahli Dewan rakyat dari PKR itu di gantung.
Banyak benar kata 'gantung' digunakan di kalangan bangsa Melayu sejak pada zaman silam hingga pada zaman ini.Iaitu:
1 - Gantung diri - ertinya seseorang itu membunuh diri.
2 - Gantung tidak bertali - Iaitu seseorang isteri dikenakan tindakan hukum nusuz kerana derhaka
atau apa - apaan yang salah terhadap isterinhya.Dia diceraikan dan tidak boleh berkahwin lelaki
lain selama masa ditentukan.
Di Kota Lama Kiri, Kuala Kanmgsar, pada tahun 1960 - an, seorang wanita ahli UMNO, Hajah Zaleha
telah diantung tidak bertali oleh suaminya hingga ke akhir hayatnya.
3 - Gantung kahwin atau kahwin gantung - iaitu paangan yang berkahwin sebelum diadakan istiadat
kehnduri klahwin.
Semua gantung itu ada baik dan ada buruknya.
Gantung terhadap Anwar Ibrahim dan tiga lagi orang - orang dari parti pembangkang, baiknya ada, tetapi sedikit. Bujruknya ada, tetapi banyak. Tindakan menggantungkan mereka itu seperti memberi amaran perang besar akan bermula. Pilihan raya umum akan diadakan, mungkin pada Mei tahun ini. Maka, akibat dari 'Gantung' itu akan diterima oleh UMNO dan parti - parti sahabatnya. Perang berlaku - pilihan raya umum - akan menjadikan seluruh negara ini Dewan Semua Rakyat - orang ramai akan memilih parti - parti pembangkang untuk menjadi parti politik induk kerajaan Malaysia.
Kalau 'gantung' itu berlaku, tentulah - kuasa Allah jua yang memakbulkan doa hamba - hambanya ayang teraniaya - UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan parti - parti lain akan menjadi seperti perempuan yang menerima hukuman nusuz atau 'gantung tidak bertali'.
Saya menyangka, ada kemungkinan juga, tindakan Nazri Abdul Aziz yeop itu adan jadual tertentu. Dengan langkahnya, UMN O dan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang dan Najib Razak tidak jadi Perdana menteri lagi.
Pada zaman Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein Perdana Menteri Malaysia, sebahagian besar orang – orang Melayu Pattni, marahkan beliau, kerana beliau telah bekerjasama dengan Kerajaan Thai – Siam – untuk melemahkan perjuangan menuntut kemerdekaan bagi empat wilayah Pattani di Selatan Thailan.
Tetapi saya tidak fikir Nazri Abdul Aziz Yeop memendam dendam orang – orang Pattani tersebut. – mokhtar petah

Thursday, December 16, 2010

MENGENANG MASA SILAM

KEMERDEKAAN SELATAN THAILAND

Perjuangan umat Islam menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam dari dijajah oleh Kerajaan Siam telah memakan masa yang terlalu lama. Aku mengambil kira dari masa yang pendek sahaja, iaitu dari zaman kerajaan Siam pimpinan Phibul Songgram sekitar pada hujung tahun 1938.
Perjuangan itu berlanjutan di bawah kezaliman kerajaan Siam sehingga mereka membunuh peminpin Gerakan Umat Islamn Pattani, Pimpinan ulama Allahyarham Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir. Dia telah dibunuh oleh polis Siam pada 13 Ogos 1954, seperti yang aku telah jelaskan dalam bahagian 13 di atas.
Perjuangan mereka itu tidak mendapat perhatian yang serius dari kebanyakan kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebab utama perjuangan mereka telah tidak diberi perhatian, kerana mereka itu umat Islam yang menuntut hak dari kerajaan bukan Islam.
Sebenarnya perjuangan orang Melayu dan umat Islam Selatan Siam sama dengan perjuangan umat Arab di Palestin. Beribu-ribu orang telah terkorban syahid akibat kezaliman umat manusia beragama lain dari Islam.
UMAT ISLAM
Semenjak peristiwa itu aku telah didesak oleh keinginanku sendiri untuk menemui Tok Janggut. Menurut banyak punca, bahawa pemimpin mujahidin Selatan Siam itu tidak akan mendedahkan nama sebenarnya. Dia hanya memperkenalkan dirinya dengan nama ’Tok Janggut’.
Menurut cerita yang masih samar-sama, bahawa gelaran ’Tok Janggut’ telah wujud sejak umat Islam menentang penjajah Siam pada zaman silam. Apabila Tok Janggut telah meninggal dunia, muncul orang kanannya bergelar Tok Janggut juga dan begitulah hingga kepada Tok Janggut pada masa kini. Nama itu diturunkan kepada pengganti-penggantinya seperti yang telah berlaku pada wali abdal’(berganti) di Iraq.
Pada bulan Januari 1974, aku telah pergi ke Bandar Betong, sebuah bandar kecil kira-kira 8 kilometer dari bandar kecil Pangkalan Hulu Perak. Di sana aku telah bertemu dengan seorang yang dikatakan orang Tok Janggut. Dia seorang guru agama Islam (tidak sebut namanya), tinggal di Kampung Rambung. Aku telah meminta bantuannya suapaya aku dapat bertemu dengan pemimpin gerila itu.
Pada satu hari dalam bulan Februari aku telah menerima surat dari Pengkalan Hulu. Surat itu dari seseorang dan memberitahu kepadaku, yang Tok Janggut sedia menemui di suatu tempat di Grik, Hulu Perak pada 27 Mac 1974. Dia telah meminta aku menghubungi Penolong OCPD, Balai Polis Grik, ASP Faizol bin Uda Sohor.
CAWANGAN KHAS
Pada tahun 1974, Pegawai Daerah Grik, Kamaruddin Ma’amor, OCPD, Datuk Zaman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Polis, ASP Faizol bin Uda Sohor (telah lama meninggal dunia di Taman Keramat, Kuala Lumpur dan Pegawai Polis Bahagian Cawangan Khas, Ahmad bin Susah.
Sebelum aku pergi ke Kampung Pelang, aku telah menghubungi ASP Faizol di Balai Polis Grik menerusi telefon. Dia telah ketawa terkekeh-kekeh dalam telefon sebaiki-baik sahaja mendengar maksudku itu.
”...you datang, I tunggu, ...I tak pernah jumpa dia, I takut...,”ASP Faizol berkata.
”...you tau le, ...wartawan macam I ni mana ada rasa takut,”aku berkata.
ASP Faizol ketawa lagi.
Setiap kali Tok Janggut datang ke kawasan negeri Perak, dia telah bertemu dengan ASP Faizol. Mereka seperti dua rakan yang sukar dipisahkan. Tetapi pegawai-pegawai atasan ASP Faizol tidak mengetahui akan perhubungannya dengan ketua mujahidin di Selatan Siam itu.
Aku telah tiba di Bandar Grik pada petang 26 Mac 1974. Aku telah menginap di Rumah Rehat Grik. Sebaik-baik sahaja kami selesai makan malam di Rumah Rehat itu, kami telah pergi ke Kampung Pelang dengan menaiki kereta ASP Faizol. Kampung Pelang teletak di luar Bandar Grik, iaitu hala ke Pengkalan Hulu. Rimba raya di belakang kampung itu sambung menyambung dengan rimba raya di Selatan Siam.
PERGERAKAN MUJAHIDIN
Dalam perjalanan ke Kampung Pelang, ASP Faizol telah menceritakan kepadaku akan latar belakang Tok Janggut. Pergerakan mujahidin itu mempunyai wakil-wakil atau pejuang-pejuangnya di beberapa buah negara umat Islam di seluruh dunia, di antaranya, Libya, Iran, Arab Saudi, Sudan dan Indonesia.
”...you berani, ...I puji you, ”kata ASP Faizol kepadaku setelah kami tiba di kampung Pelang.
”Mengapa?” Aku bertanya.
”Ialah, tak ada orang yang berani jumpa orang tua tu, ...I dulu baru jumpa dia, menggigil you...,”jawabnya.
Aku telah memberitahu kepada ASP Faizol yang aku membawa amanah dari sebuah negara umat Islam, yang mahukan laporan lengkap tentang Tok Janggut dan perjuangannya. Akulah orangnya yang akan membuat laporan itu. Negara itu mahu membantu wang kepada Tok Janggut dan organisasinya. Aku telah diberitahu, wang bernilai $1juta telah disediakan oleh negara itu, di kedutaannya, di Kuala Lumpur.
ASP Faizol telah memberhentikan keretanya di bawah pokok besar, dekat sebuah rumah berdinding buluh dan beratapkan daun rumbia atau daun sang. Kami telah dibawa oleh dua orang lelaki Melayu, ke sebuah rumah penduduk kampung itu.
Di beberapa buah kampung di sekitar Pengkalan Hulu, Kelian Intan dan Grik banyak kaum kerabat Tok Janggut. Setiap kali Tok Janggut datang menziarah kaum kerabatnya di sana, tidak ada siapa pun yang menyangka dia seorang pemimpin gerila umat Islam Selatan Siam, kerana dia berpakaian sebagai seorang lebai-lebai di Selatan Siam dan di Malaysia.
MUSUH SIAM
Dalam pertemuan aku dengan Tok Janggut, aku telah memaklumkan kepada- nya mengenai hasrat sebuah negara Islam untuk membantunya.
”...Allahu Akbar, kami ni dok jihad tak sudah-sudah... Selagi negeghi kami tak bebas daghi musuh Siam, kami tak beghenti, ...kami jihad kerana Allah, ...kami nak bebaskan umat Islam daghi oghang kafir yang duk jajah negeghi kami,”katanya.
”...adat oghe bepeghe, biasalah..., kalau kami tak bunuh oghe, oghe pulak bunuh kita..., tapi kalau mati kami..., mati syahid,”katanya.
”Kami ni duk sambung pejuange oghe dulu, ....pejuange kami akan disambung pulak oleh anak cucu kami, ...selagi bumi kimi tak bebas daghi penjajah Siam, sampai bila pun kami bejuang...,”tambah Tok Janggut.
Tok Janggut memberitahu, Kerajaan Siam telah menjalankan tindakan memperkecilkan penduduk-penduduk Islam di sesuatu tempatan dalam wilayah Selatan Siam dengan menempatkan orang-orang Siam dan Cina yang didatangkan dari tempat-tempat lain.
Tanah milik orang-orang Islam telah diambil oleh kerajaan Siam dengan sesuka hati dan diberikan kepada orang-orang Siam dan China mendudukinya. Tindakan itu telah menjadikan umat Islam hidup dalam kemiskinan.
Tok Janggut juga memberitahu, askar dan polis Siam sering menjalankan tindakan menculik alim ulama yang mereka sangka telah menyebelahi pergerakan pemisah di sana. Ramai dari mereka itu telah dibunuh dan mayat mereka di campak dalam sungai atau dalam longkang. Ramai pula dari ulama-ulama itu telah hilang kerana diculik oleh askar dan polis Siam.
MEREDHAKAN PERJUANGAN
Dalam pertemuan itu, Tok Janggut memberitahu kepadaku, yang dia dan orang-orangnya hanya mengetahui namaku sebagai salah seorang penulis Islam, tetapi mereka tidak pernah mengenali aku secara dekat. Tok Janggut juga memberitahu, bahawa buku karanganku, ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ telah menjadi buku bacaan pejuang-pejuang Islam di sana.
Sepanjang percakapanku dengan Tok Janggut, ASP Faizol tidak banyak bercakap. Sebelum kami meninggalkan rumah itu, Tok Janggut dan kami telah sama-sama berdoa kepada Allah memohonkan umat Islam di Selatan Siam dan di seluruh dunia dipeliharakan oleh Allah dan meredakan perjuangan mereka.
Pada waktu dalam perjalanan pulang, ASP Faizol memberitahu, bahawa dia bersimpati dengan perjuangan Tok Janggut, kerana mereka bukan pengganas, tetapi rakyat yang berjuang menuntut hak negara mereka sendiri.
Pada masa itu Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Siam untuk membasmikan musuh-musuh kedua negara termasuk gerila-gerila pemisah yang berjuang menuntut kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam. Mereka itu dianggap sebagai pengganas oleh Kerajaan Siam.
Kerjasama Malaysia dengan Siam telah terikat dengan satu perjanjian yang telah dibuat pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Perjanjian itu dikuatkan lagi oleh maufakat negara-negara dalam ASEAN.
Sesuai dengan perjanjian itu, satu batalion Polis Hutan Malaysia telah ditempatkan di bandar kecil Betung, dalam wilayah Yala. Aku sering melawat ke khemah Polis Hutan Malaysia di sana bersama pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia dengan menaiki helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Dalam tahun 1970-an juga batalion Polis Hutan di Betong telah ditarik balik ke Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara penting dalam OIC. Aku berharap, Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi akan dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Selatan Thailand. Sejarah mengajar kita, bahawa wailayah Selatan Siam adalah hak orang Melayu di sana. Mana-mana jua negara yang menguasai negara orang lain adalah dianggap penjajah. Maka masalah itu perlu diselesaikan oleh organisasi-organisasi dunia dan Asia.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah