Sunday, December 6, 2009

ISU


KONTREKTOR MELAYU PERAK

Selama tiga hari saya tinggal di Ipoh, beberapa orang lama dalam UMNO (menjadiu ahli UMNO sejak tahun 1960 –an) telah menemui saya dan menceritakan tentang keadaan Negeri Perak sejak kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan oleh tangan – tangan berkuasa.

Selain dari lapangan terbang dibuka semula (setelah tgutup pada maza Menteri Besar Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali), negeri itu dalam keadaan mundur disebabkan kedudukan Menteri Besar, Dato’ Dr. Zabry Abdul Kadir tidak diterima oleh rakyat negeri itu secara umum, termasuk di kalangan UMNO dan kaki tangan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat di negeri tersebut.

Mereka tidak menerima Dr. Zambry bukan kerana beliau tidak brpelajaran tinggi dan tidak tahu memerintah, tetapi kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih tidak menentu selagi Mahkamah yang tertinggi belum membuat keputusannya tentang beliau dan kedudukan Menteri Besar dari PKR, Dato’ Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin.

Kebanyakan pedagang dan pengusaha tidak yakin untuk berurusan dengan kerajaan pimpinan Dr. Zambry kerana khuatir, kalau – kalau segala dekumen, suarat waran termasuk cek cek bank tidak diperakuti jika ditandatangani oleh beliau.

Seorang peniaga Melayu dari Kuala Kangsar memberitahu, semenjak Dr. Zamberi memerintah Negeri Perak kebanyakan peniaga Melayu, terutama pemborong – pemborong peringkat kelas e dan f mengalami kesukaran mendapatkan kerja – kerana kerajaan negeri kerana seperti lebih mengutamakan peniaga dan pemborong Cina berbanding dengan peniaga dan pemborong Melayu.

”Saya pernah pohoh satu kererja projek kerajaan negeri, tapi tak dapat, tapi bila saya beri kepada seorang Cina melakukan rundingan dengan MB,...dengan syarat projek itu dia yang menjalankan. projeh bernailai lebih $200,000, saya berjaya mnendapatkannya,” katanya.

” ... kerja – keraja dilakukan oleh pihak orang Cina itulah, saya dapat komisen saja,” katanaya lagi.

”Nampaknya, dalam masa Dato Zambri jadi menteri besar ni, kami terpaksa bergantung kepada orang Cinalah untuk dapat projek kerajaan negeri ..., ” tambahnya.

Menjawab pertanyaan yang kontrektor – kontrektor Melayu di Perak ’hirup kuah’ sahaya, konrektor – konrektor Cina ’makan isi’, katanya, ”dahlah makan kuah, semua bahan binaan, besi, simen, kayu hingga paku terpaksa membeli daripada orang Cina dengan harga mahal, kontrektor – kontrektor Cina beli dengan harga lebih murah.”

Sementara itu, di katakan Menteri Besar Perak kurang perihatin terhadapa rakyat di luar bandar dan pinggir bandar.

Pada masa ini, sekitar Bandaraya Ipoh masih ada ladang babi dan ladangb ayam yangb beluam dipindahkan menyebabkan penduduk – pendudukan mengalami serangan lalat pasa saban hari.

Penduduk – penduduk telah mengadu kepada pihak berkuasa mengenai merkara itu, tetapi tidak diambil endah akan aduan mereka.

Walaupun apa yang saya dengar ini belum pasti kebenarannya, tetapi Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai pemimpin hendaklah perihatin terhadap rakyat yang sedang mengalami berbagai masalah yang amat memerlukan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat itu

Sementara itu, di mana – mana kawasan orang Melayu di seluruh Negeri Perak, terdapat jumlah terbanyak dari mereka yang yakin, bahawa pada pilihan raya umum akan datang Negeri Perak akan diperintah oleh Pakatan Rakyat – PAS, DAP dab Parti Keadilkan Perak. – (mp)

No comments: