Monday, September 7, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


MANUSIA

Maka manusia hendaklah memerhatikan dari apakah dia diciptakan. Manusia diciptakan dari air (mani) yang memancut, yang keluar di antara tulang sulbi (tulang punggung) dan tulang rusuk. – At Ttariq:5,7

Dia (Allah) menciptakan kalian dalam kandungan (rahim) ibu kalian (dengan) peringkat demi peringkat masa dalam tiga suasana yang gelap gelita: Az Zumar: 6

HADIS

HUKUM HALAL DAN HARAM

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menegaskan: (sesuatu) yang halal itu yang dihalalkan Allah dalam kitab (Quran) – Nya dan (sesuatu) yang diharamkam dalam kitab (Quran) – Nya. Sesuatu yang didiam (tidak ditentukan hukum) kan, maka ia termasuk dalam perkara – perkara yang dimaafkan.

Perawi: Salman Al Farisi, Abnu Majah dan Al hakim.

PETUA

MAHU JADI MUALIM

Jika anda berhasrat untuk menjadi seorang mualim (dari ulama), maka bersedialah untuk mengetahui segala yang ada dimuka bumi, langit dan alam ghaib, tetapi jangan menghampu dan membantu mereka yang mengutamakan keduniaan, asobiah dan mengenepikan hukum – hukum Allah dalam Quran, jika anda menjadi penghampu, maka anda sama dengan dua jenis makhluk bernyawa dan makhluk tanpa nyawa; lembu kereta dan kereta lembu, sama – sama bergerak ke sana ke mari tampa fikiran.

TAHUKAH?

ALLAH TIDAK REDA

Allah yarham Haji Mat Sama Kati* dan Ustaz Haji Abdul Samad Noh, Padang Rengas, berpendapat, Kerajaan Malaysia tidak akan mendapat keredaan dari Allah – kerajaan berkeadaan resah, parti politik mendukung keajaan, gelish dan rakyat tidak bersatu -, selagi Tugu Negara an patung Tunku Abdul Rahaman wujud dan dimuliakan, kerana makhluk batu itu termasuk likisan yang ditegah oleh Nabi Muhammad sallal Lahu alaihi wa sallam.

* Liahat buku, Ilmu tasawuf , Haji Mat Sama Kati, oleh: Mokhtar Petah.

No comments: