ALLAH TUNGGAL
Allah berfirman: Jangan kalian bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang Tunggal; maka kepada Aku sahaja yang hendaknya kalian gerun gementar. – An Nahl: 51
HADIS
KAUM PEREMPUAN
Rasulullah Muhammad s.a.w. telah ditanya oleh Ummu Salamah: “Ya Rasulullah, kaum lelaki berperang (jihad pada jalan Allah), tetapi kaum perempuan tidak berperang dan bagi kami hanya separuh dari warisan.” Maka Allah Taala telah menurunkan ayat: Jangan kalian iri hati terhadap apa (sesuatu) yang dikurniakan kepaa sebahagian kalian lebih banyak dari bahagian yang lain.
Perawi :Imam Ahmad.
PETUA
Jika anda mahu menjadikan diri anda seorang yang pandai dan bijaksana, lakukan lima perkara, iaitu: 1 – Sentiasa belaja dari alam, 2 – Banyak membaca walau pun membaca urat pada daun, 3 – Elak dari telalu banyak makan, 4 – Bergaul dengan orang – orang yang pandai dan bijaksana, 5 – Melancong ke mana – mana untuk memerhatikan kelebihan Allah
TAHUKAH?
UMNO
Sebab – sebab yang menjadikan UMNO tidak disukai oleh sebilangan besar orang Melayu, ialah: 1 – Kerana dasar parti itu tidak berubah kepada Islam, 2 – Ada di kalangan pemimpin lalai dan tidak beramanah, 3 – Di antara pemimpin banyak berjanji sedikit tertunai, 4 – Amalan rasuah di kalangan sebilangan anggotanya, 5 – Sikap sebilangan pemimin melakukan boros terhadap wang Negara, 6 – Amalan mmentingsakan diri sendiri dan pilih kasih di kalangan kebanyakan pemimpinnya, 7 – Ada di antara anggota UMNO secara sedar atau tidak sedar menghina
PENDAPAT MANUSIA
SISTEM ISLAM
Kemanusiaan akan berterusan berhadapan dengan kesengsaraan yang kian merebak di tangan para ahli atheis (tidak percaya wujudnya Allah) yang sesat dan diperhatikan oleh tamdun (jahiliah modan) yang sesat (jua), melainkan manusia mengikut system Islam yang akan membawa manusia kea rah keadilan, disiplin (akhlak mulia) dan keamanan. (Syyed Qutb, anggota parti Islam, Ikhwanul Muslimin Masir, dari bukunya Islam and Universal Peace. – American Trust Publication 1977).
No comments:
Post a Comment