KUASA TUHAN
Katakan (Muhammad s.a.w.), Hai Tuhan yang mempunyai kekuasaan! Engkau kuRniakanlah kekuasaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau ambillah kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau (jadikan) mulia siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau rendah (hina)kan siapa yang Engkau kehenhdaki. Di tangan Engkaulah kebaikan. Sesungguhnya
Engkau berkuasa atas segala sesuatu. – Ali Imran: 26.
HADIS
ASOBIAH
Rasul Allah Muhammad s.a.w telah memaklumkan: Ssiapa yang tidak taat ( atau setia) dan keluar dari golongan (umat Islam), kalau dia mati, maka kematiannya di dalam jahiliah (kekufuran). Sesiapa yang berperang (sabilul Lah) dengan sebab yang samar – samar dan prasangka (atau waswas kerana imannya tidak kukuh), dan dia marah kerana didorong oleh golongan asobiah (golongan kebangsaan – kapitalisme, sosialime, komunisme an semua fahaman kebendaan dan membelakangi hukum – hukum dalam Quran) atau menolong kerana asobiah, kalau dia terbunuh, maka kematiannya adalah kematian jahiliah (kufur dan tidik masuk syurga).
Perawi: Imam Muslim.
PETUA
MENJAWAB SALAM
Jika seseorang, sama ada lelaki mahupun perempuan member salam kepada anda, maka jawablah salamnya. Tidak menaruh sangkaan buruk kepadanya, kerana orang itu ditaufik oleh Allah untuk mengucapkan salam kepada anda dan membuktikan dia seorang mulim ataun muslimah.
TAHUKAH?
MENENTANG PERJUANGAN
Pada masa orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris, sebilangan besar orang Melayu yang berpendidikan menengah dan berpendidikan tinggi Inggeris menentang perjuangan itu, kerana menurut mereka, orang Melayu tidak pandai membuat jarum dan mereka takut mati kebuluran jika tiada penjajah Inggeris.
No comments:
Post a Comment