Mokhtar Petah
Pada masa Persekutuan Ranah Melayu diistiharkan sebagai sebuah negara mereka dalam Komanwelth,pada 31 Ogos 1957, saya berada pada usia remaja dan bekerja sebagai pemberita surat khabar Melayu.
Sebagai seorang pemberita, saya bergaul luas dengan beberapa orang Raja Melayu, para pemimpin Melayu dan mendekati para pemimpin orang Cina dan orang India.
Saya menyimpulkan pada hari peristiharan kemerdekaan itu, bahawa semua yang terlibat dengan kemerdekaan itu berkeadaan gemnbira ria.
Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO gembira kereana mereka berjaya memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu mengikut segala yang mereka rancang, cita – cita dan perjuangkan.
Para pemimpin orang Cina dan India gembira, kerana dengan kemerdekaan itu orang – orang mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang Melayu, dan mereka akan lebih maju dalam bidang ekonomi berbanding dengan orang Melayu.
Penjajah Inggeris bergembira kerana mereka berjaya memaksa Raja – Raja Melayu dan para pemimpin Melayu, Cin dan India bersedia mengikuti kehendak dan jejak mereka setelah Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Para pemimpin Melayu yang digelar golong kiri (tidak pro Inggeris), di antaranya, Dr, Buhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, sedang meringkuk dan menderita dalam khemah tahanan politik yang diwujudkan oleh Inggeris di bawah Undang -Undsng Darurat dan Internal Security Act – ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Pada malam peristiharan kemerdekaan tersebut para pemimpin golongan kiri Melayu, menangis – air mata titik atas lengan, atas paha, atas lantai simi dalam khemah tahanan kerana mereka sedih dan amat sedih.
Demikian sebilangan besar orang Melayu yang menyertai perjuangan mereka turut menangis. Air mata mereka menitik dan melimpah di mana – mana, kerana perjuangan dan cita – cita mereak seperti berikut telah musnah sama sekali:
1 – Satu Negara, Negara Melayu;
2 – Satu bangsa, Bangsa Melayu;
3 - Satu bahasa, Bahasa Melayu;
4 - Agama Islam, Agama Negara.
Pada tahun 1966, saya telah menulis sebuah buku kecil – sebuah catatan ringkas mengenai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan di luar pengaruh dan kehendak Inggeris. Buku itu saya namakan Bangsa Melayu Menggugat Dunia.
Setelah buku itu diterbitkan dan diedar di seluruh negara ini, ia telah menjadi bahan bacaan tambahan (tidak wajib) bagi para maha siswa Universiti Malaya yang mengikuti jurusan sejarah dan lain.
Pada hari kita menyambut kemerdekaan ini, saya dapati elok saya sdiarkan di sini beberapa cabutan dari buku tersebut:
Di atas timbunan mayat anak – anam Melayu yangmatik kerana menolong penjajah Inggeris, penjajah Jeoun membina negara jajahannya yang baru. Indonesia dan Tanah Melayu serta Kalimantan dikuasai oleh penjajah Jepun.
Dalam masa pemerintahan Jepun inilah bangsa Melayu mengalami penderitaan yang perit untuk dipikul. Jepun tidak kurang ganasnya dibandingkan dengan Inggeris.
Angan – anagan kalangan orang Melayu yang hendak bersenang – senang dalam pemerintahan Jepun telah hilang sama sekali. Orang Besar – Besar yang pada zaman pemerintahan Inggeris dahulu begitu renggan dengan rakyat dan orang – orang kampung, dalam masa Jepoun mereka menebalkan muka dan menyhembah orang – orang kampung untuk meminta makanan dan meminta perlindungan seperti meminta ddua tiga ketul ubi, dua tiga biji pisang dan makanan lain untuk mengisi perut mereka yang memberontak.
Sultan – Sultan Melayu, terutama Sultan Perak, Almarhum Sultan Abdul Aziz telah mempunyai kesedaran yang cukup, bahawa dalam masa pemerintahan Jepun itu meengajar setiap Sultan dan Raja yang berkuasa sedar akan keruntuhan sultan – Sultan dan keruntuhan Raja – Raja. Maka kerana kesesdaran inilah Sultan Abdul Aziz sentiasa mendampingi rakyatr dan hati Baginda memberontak menentang penjajah Jepun.
... Pada masa pemerintahan Jepun jugalah lahirnya beberapa orang pejuang bangsa Melayu, seperti Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad,Abdullah Sani atau Ahmad Boestamam, Taha Qalu, Ibrahim Haji Yaakob (sekarang tersingkir dari negara ini), Harun aminur Rashid (Singapura), Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan beberapa orang lagi.
Penderitaan yang diterima oleh bangsa Melayu akibat Jepun ini telah mengajar bangsa Melayu memilih jalan sendiri, mengajar bangsa Melayu bediri di atas kaki sendiri dan mengajar berbagai pelajaran ke arah mencdari tapak hidup dan untuk membebaskan diri daripada tekanan penjajah.
Dalam masa ini jugalah lahirnya Pasukan Tentera Wataniah yang bertujuan untuk menentang Jepun daiamping itu pula tumbuh pertubuhan – pertubuhan bawah tanah untuk menentang Jepun juga.
Dalam Pasukan Tentera Wataniah itu sendiri ada dua pihak atau dua pendapat. Satu pihak mahu menghancurkan Jepun dan mahu menegakkan kerajaan Melayu dan satu pihak lagi sekadar untuk menghancurkan penjajah Jepun dan menerima penjajah Inggeris yang dipandang sebagai bapa tiri yang boleh diterima segala kesenangan daripadanya.
Beberap orang pemimpin Melayu seperti Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi serta anggota anggota pertubuhan bawah tanah yang lain menentang tujuan untuk menerima kembali penjajah Inggeris,
Sebelum Indonesiua mengistiharkan kemerdekaannya ke seluruh dunia dan sebelum Sukarno – Hatta menaiki jeep kuning mengistiharkan kemenangan rakyat untuk rakyat, kedua orang pemimpin itu – Sukarno dan Hatta telah datang secara diam – diam ke Tanah Melayu dengan sebuah kapal terbang. Mereka mendarat di lapangan terbang Taiping pada 12 Ogos 1945.
Dalam pertemuan itu pemimpin - pemimpin Indonesia itu telahj mengesyurkan supaya kemerdekaan Tanah Semenanjung dan tentunya termasuk Kalimantan Utara dan Brunei diistiharkan sebagai sebuah negara yangmerdeka pada hari Jepun menyerah kalah dan serentak pula dengan peristiharan (kemerdekaan) yang dilakukan oleh Indonesia.
... Dato’ Onn mengadakan tindakan sendiri dengan membuka jalan bagi orang – orang Caina Singapura supaya masuk ke Semenanjung dan dengan kemasukan itu Inggeris yakin cita – citanya untuk menajdikan rakyat negeri Melayu satu rupa bangsa atau satu warga negara akan berjaya juga.
Dato’ Onn juga dengan kuasa yang ada padanya telah menanda tangani perintah menangkap pemimpin – pemimpin perjuangan bangsa Melayu dana kuat kuasa tangkapan itu hingga ke tahun lima puluhan.
Ishak Haji Muhammad , Bustamam dan beratus – ratus pejuang Melayu termasuk saudara Rashid Maidin (sekarang brada di Peking) telah ditangkap dan ditahan dalam khemah khemah – khemah tahana seperti di Pulau Jerjak, Tanjung Berus dan beberapa tempat lagi.
...Inggeris mensyaratkan pula,kemerdekaan negeri ini tidak akan diberi kepada bangsa Melayu sahaja, tetapi akan diberi kepada tiga bangsa yang terbesar dalam negeri ini melalui parti – pareti politik mereka.
... maka kemerdekaan negeri ini diistiharkanlah pada 31 Ogos 1957. (mp).