Saturday, July 13, 2013

TERKENANG


 SATU GURU SATU MURID
Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim adalah tokoh penting dalam sejarah kebangkitan  umat Islam menentang penjajah dan kemerdekaan Tanah Melayu – kini Malaysia,  dan Nusantara. Seorang idealis Islam. Seorang mualim. Seorang ahli siasah (politik) Islam.. Penggerak ummah ke arah  jihad (perjuangan) menuntut kemerdekaan. Penentu tarikh kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957. (Mungkin saudara dan saudari telah membaca buku karangan saya, Sheikh Abdullah Fahim Penemntu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ‘57’ , 1997 - Pustaka Antara, Kuala Lumpur).
    Lebih lima puluh (50) tahun yang lalu – tahun 1953 – 1955 -, saya adalah murid tunggal kepada Shikh Abdullah Fahim. Saya juga murid kepada puteranya, Allahyarham Datuk Haji Ahad Badwi. Saya adalah murid sekolah agama (rakyat) Darat Arif Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perang.
     Pada tahun-tahun itu juga saya sering bertemu dan bercakap-cakap dengan kanak-kanak cantik, cerdik yang datang ke kawasan sekolah itu pada waktu petang. Dia murid sekolah Tinggi        i (Inggeris) di Bukit Mertajam. Saya pernah katakan kepadanya, “…pada masa akan datang ante akan jadi macam Tunku Abdul Rahman”. Kanak-kanak itu ialah yang kini menjadi pemimpin  kita, Datuk Seri Dr. Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
 Sheikh Abdullah Fahim telah melakukan ibadatnya – wirid atau zikir, mungkin tarekat. pada  tiap-tiap tengah malam Selasa hingga hampir pada waktu Subuh, dalam masjid ( kini Jami’ul Badawi).                                                                                
       Allahyarham telah memperkenankan permohonan saya untuk menuntut tafsir Quran kepadanya. Kerana masalah masa, maka Allahyarham menentukan saya menuntut kepadanya pada tiap-tiap malam Selasa, dari jam 11.00 hingga 12.00. kadang sampai jam 1.00 pagi.
       Saya telah menuntut kepada Allahyarham secara menadah kitab, berbincang atau muzakarah atas sesuatu masalah atau hukum. Sepanjang tujuh bulan saya menuntut kepada Allahyarham, saya telah menggunakan  tafsir Quran, Tafsir Al Bidhawai, Tafsir Tantawi dan Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutb.
       Perbincangan kami tidak menyeluruh, iaitu  ayat-ayat dalam 30 bahagian atau juzuk dan 114 surah itu.
       Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim telah memberi peluang kepada saya untuk menyoal, membincang, mempertikai dan sebagainya mengenai hukum-hukum yang ada dalam Quran dan Hadis.
      Kerana waktu saya belajar itu amat singkat, maka perbincangan itu hanya tertumpu kepada ayat-ayat yang saya musykil atau memerlukan penjelasan dari seorang mualim yang berdasar kepada firman Allah:
 ‘Dan sesungguhnya Yang Kami telah utuskan sebelum kamu itu, ialah beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; oleh itu, bertanyalah kepada orang-orang pandai jika kamu tidak mengetahui’. [1](an Nahl:43)
                                   ‘ Dan Kami tidak mengutus Rasul sebelum kamu – Muhaammad – melainkan dari lelaki-lelaki yang Kami beri wahyu, sebab itu bertanyalah kepada orang-orang pandai, kalau kamu tidak tahu.[2] (al Anbia’:7) *
 Semua ayat Quran dan Hadis serta hukum-hukum yang saya telah menuntut dan berbincang dengan Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim; seperti dalam catatan saya, dengan ikhlas saya merakamkan dalam buku ini dengan harapan dapat dipelajari dan dihayati oleh setiap pembaca.
               A -   KEJADIAN MANUSIA
                Ad Dahri.
    Sesungguhnya Kami mencipta manusia itu dari setitik air mani yang bercampur(bibit lelaki dan bibit perempuan). Kami akan mengujinya (sepanjang hidup0 manusia itu penuh dengan ujian), lalu Kami jadikan orang yang dapat mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami menunjukkan jalan kepadanya, ada kalanya dia tahu berterima kasih atau tidak tahu berterima kasih. 2, 3.
                At tariq
Setiap jiwa ada penjaganya. Sebab itu manusia hendaklah perhatikan dari apa dia dijadikan, 4(al Anbia:7)
Al mursalat
Bukankah mereka Kami telah ciptakan dari air yang kotor?. Dan Kami letakkan pada tempat yang aman (rahim). Sampai waktu yang ditentukan.
Lalu kami tentukan, dan Kamilah yang paling pandai menentukan.
Diciptakan dari air yang tertumpah (mani), 5
Keluar dari antara tulang punggung dan tulang dada,6
               Sesungguhnya kami mencipta manusia dalam perjuangan
               yang sukar.
              Dan mencipta lelaki dan perempuan (Al lail: 3)
             Dan Kami ciptakan  kamu berpasangan. (An Naba: 8)                
            Dialah (Tuhan) yang mengadakan apa yang di bumi    
            untuk kamu  semua. 28.
Sheikh Abdullah Fahim menjelaskan, bahawa Allah menerangkan kepada manusia segala sesuatu yang telah diciptakannya  di bumi ini, termasuk dalam ruang angkasa dan lautan adalah untuk manusia menggunakannya bagi tujuan kehidupan mereka. Semua ciptaan-Nya itu memberi manfaat kepada manusia.
       Manusia yang hendak menggunakan semua ciptaan Allah itu memerlukan ilmu pengetahuan. Mereka mesti memiliki pengetahuan untuk mencari, menggunakannya atau mendapatkan faedah daripadanya. Allah telah memaklumkan dalam surah Al Alaq ( 4 ) dan ( 5 ), iaitu, ‘ (Allah) yang mengajar …………..
     Di antara beberapa ciptaan Tuhan itu, ialah emas dan perak seperti
                1 -  Emas dan Perak, ‘…kekayaan yang melimpah-limpah dari emas dan perak’ [3]
                2 -  Permata dan mutiara, ‘Dari keduanya keluar mutiara besar dan kecil.’[4]  
                3 -  Permata delima, ‘…permata delima dan mutiara.’[5]
                4 -  Besi, “…Kami turunkan besi, di dalamnya ada kekuatan yang besar dan berbagai
                       manfaat bagi manusia.’[6]
                5 -  Tembaga, ‘…Sehingga besi-besi itu telah menyamai kedua tebing gunung itu, dia berkata: Hembuskan api! Ketika besi-besi itu telah menjadi (sebagai) api. Dia berkata pula, bawalah kepadaku hancuran tembaga.’[7]
                6 - Laut dan ikan, “ …ketika kita mencari tempat perlindungan di batu tadi, sesungguhnya aku lupa kepada ikan – dan tidaklah menyebabkan aku lupa untuk mengingatinya hanyalah syaitan – dan dia mengambil jalan di laut itu,amat menghairankan.’[8]
 Manusia boleh menggunakan segala kejadian Allah mengikut kemampuan yang ada pada manusia itu.*
(Bersambung pada Ahad)
             *  Dari manuskrip buku ‘Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara’ ( 750 halam. Belum terbit)


[1]  An Nahl: 43
[2]  Al Anbia: 7.
[3] Ali Imran: 14.
[4] Ar Rahman: 22.
[5] Ar Rahman:58
[6] Al Hadid:25.
[7]Al Kahf: 96
[8]  Al Kahf: 63

No comments: