Sunday, July 14, 2013




FALSAFAH ALQURAN DAN AL HADIS


SEMBAH ALLAH DENGAN IKHLAS


Katakan (Muhammad s.a.w.): Sesungguhnya, saya diperintahkan menyembah Allah, ikhlas beragama keranaNya semata - mata.
Dan saya (Muhammad s.a.w.) diperintahkan menjadi orang awal yang menyerahkan diri kepada Allah (orang pertama memeluk agama Islam pada mula Islam, setelah wafat para rasul Allah).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Jika saya mendurhaka kepada Allah, sesungguhnya saya takut ditimpa siksaan pada hari yang hebat (hari pembalasan di akhirat).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Saya menyembah Allah dengan tulus ikhlas. Beragama kepadanya semata - mata. *
- Az Zumar:11,12,13,14
* Setiap orang Islam yang sembahyang ,mempunyai hati dan perasaan ikhlas. Tetapi, kebanyakan orang Islam yang sembahyang dalam masjid, sama ada pada hari Jumaat, mahupun hari lain, nampak mereka tidak ikhlas. Kerana mereka sembahyang dengan memakai pakaian ‘ambil ada’ sahaja. Pada satu hari Jumaat, terdapat seorang remaja sembahyang dalam masjid Ibu Kota Kuala Lumpur, bada belakang baju ‘T’nya, ada iklan arak.
Terdapat di beberapa masjid  orang - orang sembahyang memakai baju ada iklan syarikat perniagaan dan sebagainya.
Pada bulan puasa ini ada ucapan menerusi radio dan televisyen yang menasihat - menyeru orang Islam berpuasa untuk mengukuhkan perpaduan semua rakyat di negara ini.
Saya anggap nasihat dan seruan itu salah dalam ilmu tauhid dan tasawwuf, kerana kita beribadat kerana Allah, ikhlas kepada Allah dan tidka untuk kepentingan lain.
Saya berarap, sesiapa yang hendak bucap perkara yang ada hubung  - kait dengan ibadat kepada Allah, eloklah berhati - hati, agar tidak berlakudengan ucapan itu menampakkan diri ‘jahil’. Lebih dahsyat lagi mementingkan perpaduan dari Allah.


SEDEKAH PADA JALAN ALLAH

Sahabat Rasul Allah,Muahammad al amin, Ibnu Abbas radiallahu ‘an memberitahu, bahawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah melakukan sembayang ‘Indidul fitri’ (raya puasa) dua rekaat. Junjungan tidak solat sebelum dan selepasnya.
Kemudian Junjungan telah pergi bersama juruazan, Bilal radiallahu ‘an, ke tempat para wanita dalam bahagia masjid An Nabawi. Junjungan menyeru mereka agar bersedekah (pada jalan Allah). Mereka bersedekah. Ada yang bersedekah subang atau anting - anting dan ada yang bersedekah rantai lehir masing - masing.
(Dari buku ‘Sahih Bukhari’, 1988, halaman:281


--------------------------------------------------------

SAJAK

PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA MELAYU

Rashid Maidin putera Kinta,
Berjuang bersama para pahlawan bangsa,
Dr Burhanuddin, Ishak Muhammad pujangga,
Membela bangsa memerdekakan negara.

Abdullah CD putera kasteria,
Menentang Inggeris sedaya upaya,
Menuntut merdeka negara bangsa,
Kini Melayu ’bangsa Malaysia’.

Mat Indera guru agama,
Berjuang menentang penjajah bangsanya,
Di dibunuh penjajah manusia
Melayu juga tuduhnya  derhaka,

Shamsiah Fakeh Puteri Negeri Sembilan,
Wanita Melayu  menentang penjajahan,
Bergerak berjuang dalam hutan,
Menentang Inggeris penjajah ber’syaitan’.

Baik budi pm  Mahathir,
Bersama dua timbalan keseolamatan,
Bantu Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu Samah,
Tunai fardu Haji di Makkah.

Mezium Negeri Kedah, Alor Setar ....... Mokhtar PetahAJAK





No comments: