Saturday, July 6, 2013

dialog

  1. DIALOG

    Isteri: Abang,lepas abang sembahyang Jumaat, abang pergi makan di
    kedai Mamak tahu.
    Suami: Ngapa, Ani tak masake?
    Isteri: Tak, Ani nak pergi mesyuarat dengan kawan - akawan Ani peniaga
    kosmetiik.
    Suami: Tak apalah,abang pergi makan dengan Laili.
    Isteri: Abaaaaaang, siapa Laili tu?
    Suami:Cari sendiri, tahulah siapa dia.



  2. r
    FALSAFAHAL QURAN DAN AL HADIS

    AKAN MATI

    Sesungguhnya engkau (Muhammad al amin s.a . w.) akan mati, dan sesungguhnya mereka - semua manusia - akan mati juga. Kemudian, pada hari kiamat - kebangkitan - kalian akan bertengkar (antara pemimpin yang sesat dan tidak mematuhi hukum Allah dengan para pengikutnya yang lurus pda jalan Allah) di hadapan Tuhan kalian.
    - az Zumar (rombongan):30,31

    TERBUNUH DI JALAN ALLAH

    Sebaik - baik sahaja Rasul Allah, Muhammad s.a.w. berkhutbah kepada orang ramai, seorang yang hadir telah bertanya: “ Bagimnana jika saya terbunuh pada jalan Allah, adakah Allah mengampun dosa - dosa saya?”, maka Rasul Allah menjawab tegas: “Ia, sesungguhnya jika saudara terbunuh kerana berjuang pada jalan Allah dan saudara dalam keadaan sabar, mengharapkanb pahala dari Allah, maju ke hdapan dan tidak takbur.


  3. r
    PANTUN SABTU
    (Ulangan)

    Orang petapa di Gua Badak,
    Cintanya terpaut di Bukit Sapi;
    Barang siapa berakal budak,
    Jangan bermaksud perintah negeri.

    Cempaka redup lembabkan bumi,
    Berangan rapat dengan bidara;
    Siapa takut akan bini,
    Jangan harap perintah negara.

    Esok lusa pulang ke Lenggong,
    Beli gigi emak mertua;
    Busuk bangsa kepalang tanggung,
    Cakap meninggi hamba jua.

    Dari Bugis ke Bukit Tinggi,
    Bawa Keris patah hujung;
    Hati sakit diungkit bini,
    Derita diri tidak tertanggung.

No comments: