Saturday, July 13, 2013




FALSAFAH ALA QURAN DAN AL HADIS


REZEKI

Katakan (Muhammad s.a.w.):Sesungguhnya Tuhan mencukupkan dan membatasi rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba - hambaNya. Dan sesuatu yang kalian belanjakan (di jalan kebaikan termausk belanja sepanjang bulan puasa ini), nescaya Allah akan menggantikannya, dan Dia (Allah)lah yang mengurniakan sebaik - baik rezeki. *
- Saba:39
*   Setiap diri kita yang beragama Islam (termasuk orang Melayu) hendaklah sedar, bahawa segala rezeki yang kita dapat, adalah dari Allah, oleh yang demikian, janganlah kita bakhil untuk berbelanja bagi isteri, anak - anak, ibu bapa dan mereka yang fakir, dan juga ’jihads fi sabilillah ’ perjuangan pada jalan Allah.
Orang - orang yang murah hati dan ikhlas menghulurkan bantuan atau pertolongan dengan sedikit dari harta dan wangnya, nescaya Allah akan membalasanya kepadan rezekit yang belipat ganda.


WASIAT

Rasul Allah, Muhamma s.a.w. memberi makluman kepada uamt Islam, yang maksudnya: Sesiapa yang hendak memberi wasiat (di luar pesaka) kepasa sesaorang atau organisasai dan lain, hensaklah dia menulis surat (surat akuan wasiat) dengan segera (adakah dua saksi yang tidak fasid), sebab, siapa atahu, bahawa ajalnya akan datang pada ketika dia sedang tidur pada waktu malam.
- Perawi: Ibnu Umar radhiallahu ’amhu.
* Elok diesembangkan di sini,suara wasiat ini perlu dibuat, terutama untuk memberi harta dan wang kepada anak angkat lelaaki atau perempuan. Jika tidak ada surat wasiat, ada kemungkinan anak - anak kandungnya tidak mahu memberi apa - apapun kepada anak angkatnya. Maka, selain dari anak angkat tidak mendapat apa- apa, maka maksud yang memberi itu tidak tercapai.
Satu perkara, sesiapa yang mengambil anak angkat, jangan menamakan bapa anak itru dengan namanya, kerana, yang demeikian akan mengakibatkan, tidak baik dan berdosa. Di antaranya:
1 -  Kalau anak angkat lelaki akan membolot harta peninggal bapa angkatnya itu dn anak - anaknya sendiri (terutam perempuan akan teraniaya).
2 -  Bapa angkat akan menikahkan anak angkatnay atau memberi izin nikah kepada anak angkatnya yang perempuan, maka, pernikahan itu tidak saha.
3 - Anak kandung sesesorang, perempuan dan adan akangkat lelaki yang napa bapanya sama dengan nama anak perempuannya, jika dia menjadi wali nikah adiknya (disangka adik kandung),  pernikahan itu tidak sah.
 -  Anak angkat itu duduk dalam rumahnya tidsak mengetahui  beza batas - bata anak angkat dengan anak  kandung, seperti dengan ibu angkat dan adiak - adiak atau kakak - kakak angkatnya.
Nota: Pada hari saya di Alor Setar, Kedan, pada Rabu lalu. Seorang memberitahu saya, bahawa seorang lelaki dan isterinya kaya raya.Mereka ada seorang anak perempuan dan seorang anak anagkat lelaki dengan menamakan bapa anak angkat itu dengan namanya,maka, setelah mereka meninggal dunia, sebahagian besar dari harta mereka berepindah menajdi harta anak angkat mereka.







                                                                             ***                                         ***







PANTUN

Olah hati ke Pekan Rabu,
Hendak beli ketayap putih*;
Harap hati beristeri satu,
Allah beri ’tambah’ lebih.

* Kupiah lebai atau kupiah putih.
Petua saya: Lelaki yang layak berpoligami, iaitu sempurna akalf, berpengetahuann, terutama pengetahuan Islam, tubuh badan sihat, tidak nyanyuk atau gila, segar dan ’lelaki sejati’ - the mas, kaya atau kaya raya, tidak mahu-tidak dapat berpolitgami kerana takutkan isteri - bukan kerana ’cintakan kasihan’ akan isterinya -, maka dia adalah lelaki dayus.
Ada sebuah hadis Rasul Allah, Muhammad s.a.w., yang bermaksut, ’Addayuth la yadkhuul jannah’ - ’lelaki dayus tidak (dibenarikan) masuk syurga’.







No comments: