Mokhtar Petah (03hb Julai 1934)

Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )

Akan terbit!

Mokhtar Petah

2010

Najib Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia


Mokhtar Petah

Noh Omar

Jihadnya

Bela Rakyat Jelata


Mokhtar Petah

Biografi

Tan Sri Ishak Tadin


Mokhtar Petah

Rasuah

Musnahkan Negara


Noor Iskandar

Anwar Ibrahim

Dalam

Sejarah Alam Melayu

About Me

My photo
Mokhtar Petah
"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku". Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2014 (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2013 (95)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (5)
    • ►  August (13)
    • ▼  July (27)
      • Mokhtar Petah: Kemenangvan calon UMNO
      • FALSADAH AL QURAN
      • SELAMAT MENGUNDI Saya mengucapkan kepada para...
      • ...
      • selamat hari lahir
      • cerpen
      • CERPENASEBUAH PERPISAHAN Oleh: Mokhtar Petah Ustaz...
      •  RASUAH                                   ...
      • GAMBAR DI MONGOLIA
      • GAMBAR DI MONGOLIA
      • RENUNGAN HARI - HARI PERTAMA PERDANA MENTE...
      • kerabutaugeh
      • FALSAFAH ALQURAN DAN AL HADIS SEMBAH A...
      • TERKENANG  SATU GURU SATU MURID Allahyarham...
      • FALSAFAH ALA QURAN DAN AL HADIS REZEKI...
      • penulis
      • cerpen
      • suraya ibrahim
      • dialog
      • HARI JADI
      • terkenang
      • falsafah al quran dan al hadis
    • ►  June (13)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (530)
    • ►  October (1)
    • ►  August (60)
    • ►  July (69)
    • ►  June (80)
    • ►  May (79)
    • ►  April (124)
    • ►  March (45)
    • ►  February (28)
    • ►  January (44)
  • ►  2011 (499)
    • ►  December (48)
    • ►  November (33)
    • ►  October (1)
    • ►  September (29)
    • ►  August (64)
    • ►  July (57)
    • ►  June (45)
    • ►  May (53)
    • ►  April (19)
    • ►  March (41)
    • ►  February (45)
    • ►  January (64)
  • ►  2010 (1613)
    • ►  December (44)
    • ►  November (90)
    • ►  October (63)
    • ►  September (166)
    • ►  August (34)
    • ►  July (73)
    • ►  June (79)
    • ►  May (98)
    • ►  April (168)
    • ►  March (237)
    • ►  February (257)
    • ►  January (304)
  • ►  2009 (1867)
    • ►  December (168)
    • ►  November (169)
    • ►  October (94)
    • ►  September (168)
    • ►  August (171)
    • ►  July (161)
    • ►  June (207)
    • ►  May (171)
    • ►  April (129)
    • ►  March (152)
    • ►  February (118)
    • ►  January (159)
  • ►  2008 (652)
    • ►  December (145)
    • ►  November (96)
    • ►  October (79)
    • ►  September (7)
    • ►  August (56)
    • ►  July (87)
    • ►  June (85)
    • ►  May (77)
    • ►  April (20)







































































Tuesday, July 23, 2013

selamat hari lahir

  • SELAMAT HARI LAHIR

    Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Pengasihani, saya, sebagai penulis, sambil mengenang Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allah yarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, saya mengucapkan, 'selamat hari jadi' kepada puteranya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib, pada hari ini - hari mulia dalam bulan Ramadan al mubarak. Dengan doa dan harapan, insya Allah, moga - moga Allah menguniakan taufik dan hidayah kepada beliau, dalam memikul tanggungjawab dan amanah memimpin negara dan semua rakyat yang berbilang keturunan ini.

    Kenangan:

    Hari-hari pertama Perdana Menteri Keenam
    April 7th, 2009 by Najib Razak
    HARI-HARI pertama tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri mendapat perhatian dalam kalangan penulis blog termasuk para penulis blog pemimpin dan mereka yang propembangkang.
    Antaranya ialah Mokhtar Petah (mokhtarpetah.blogspot.com) yang menilai langkah Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke tiga kawasan tumpuan rakyat kecil mengingatkan beliau kepada bekas Presiden Indonesia, Soekarno.
    Penulis juga membandingkan Najib dengan bapanya, Tun Abdul Razak.
    “Najib macam bapanya. Bukan tidak percaya kepada para menteri dan pegawainya, tetapi mahu melihat sendiri apakah di bawah permaidani ada sampah yang baru disapu orang ke bawahnya,” tulis beliau.
    Katanya, beliau yakin jika Najib terus mengadakan lawatan mengejut di manamana dari semasa ke semasa, ia akan dapat menghapuskan kepura-puraan wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang menyapu sampah di bawah permaidani.
    Tambah beliau, apabila Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke satu-satu kawasan, rakyat biasa tidak berpeluang menemui pemimpin mereka untuk menyampaikan masalah kerana dikelilingi oleh para menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
    “Apabila Perdana Menteri mengajukan pertanyaan kepada mereka tentang masalah rakyat di tempat tersebut, jawapan mereka, “OK, baik, bagus…, tak ada masalah YAB.”
    “Setelah Perdana Menteri meninggalkan kawasan itu, sampah bawah permaidani bersepah semula dan masalah orang ramai masih kusut atau tidak selesai juga,” tulisnya.
    Hambali Abd. Latiff (hambali1.blogspot.com) pula menulis agar kerajaan pimpinan Najib meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan elit dan pihakpihak yang selama ini mampu mempengaruhi mereka yang berkuasa.
    “Persoalannya sejauh mana kumpulan ini ‘disisihkan’ dan membuka jalan kepada rakyat untuk dijadikan keutamaan pada pentadbiran ini?” tulisnya.
    Penulis berharap Najib dapat menyampaikan apa yang dijanjikan kerana rakyat akan mengadilinya dan mereka juga menentukan bentuk kerajaan yang akan mentadbir dan menguruskan negara.
    “Kegagalan untuk memenuhi janji -walau sebaik manapun janji berkenaan- akan menyebabkan kerajaan akan ditolak. Apabila kerajaan ditolak, Najib juga akan ditolak dan akhirnya UMNO akan ditolak,” tulisnya.
    Sementara itu, Ustaz Said Beauford melalui blognya ustazsaid.blogspot.com telah menyampaikan warkah kepada Perdana Menteri yang antara lain mengharapkan agar Najib dapat memimpin negara dengan amanah, bijaksana dan penuh tawaduk.
    “Harapan kami Datuk Seri akan terus memacu kemakmuran negara, demi kesejahteraan rakyat jelata.
    “Jangan ada hendaknya rakyat terpinggir dan tersisih di tengah arus kemajuan. Si kaya dan si miskin terus dekat dengan perhatian Datuk Seri, tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit,” tulis beliau.
    Katanya, dalam kesibukan membangunkan negara, Najib diminta tidak melupakan pembangunan luar bandar kerana mereka masih dahagakan kemudahan asas yang belum sempurna.
    Abd. Naddin Shaiddin (abdnaddin.blogspot.com) pula menyentuh mengenai langkah awal Najib ketika mengambil alih teraju UMNO dengan mengajak dua negarawan iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad duduk semeja demi penyatuan Melayu.
    “Saya gembira kerana beliau membebaskan 13 tahanan ISA dan kalau boleh semua tahanan ISA itu dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah.
    “Apabila beliau menarik balik larangan menggantung permit Suara Keadilan dan Harakah, saya berpendapat ia dapat melonjakkan imej Najib.
    “Kita berharap beliau akan terus melakukan pembaharuan-pembaharuan untuk memenangi hati rakyat,” tulis beliau.
    Seorang lagi, Shamsuddin El-Askarey (shamsuddinmoner.blogspot.com) pula menulis mengenai 40 hari Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengulas kerja-kerja yang dilakukan beliau sepanjang dua hari selepas mengangkat sumpah.
    Ulas penulis, tugas pertama Najib iaitu mengadakan lawatan mengejut ke tiga kawasan di ibu negara itu adalah bertepatan dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” seperti yang dinyatakan dalam ucapan sulungnya.
    Manakala perkara kedua yang dilakukan pula ia menerima kemasukan Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Datuk Mokhzani Mahathir ke dalam UMNO.
    “Ini semua akan memberi harapan baru kepada landskap politik dan juga kestabilan ekonomi negara dengan adanya sokongan semula bekas Perdana Menteri yang juga negarawan yang dihormati di peringkat antarabangsa,” tulisnya.
    Kelolaan LUKMAN ISMAIL
    Sumber :Utusan Online
    Facebook:mokhtarpetah
Posted by Mokhtar Petah at 9:20 PM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Mokhtar Petah

NAMA

:Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah

NAMA PENA

:Mokhtar Petah, Akhdiat, M. Fathy, Noor Iskandar. Saiful M.

LAHIR

:03 Julai 1934 di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak.









BIODATA

MOKHTAR PETAH dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan Melayu telah mula dikenal sejak tahun 1950-an lagi. Beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan sewaktu menuntut di Sekolah Agama Teluk Intan, Perak. Tulisan beliau pada peringkat awal banyak tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti Hiboran, Juita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura dan kemudian dalam majalah Belia, Gelanggang Filem, dan Majalah Guru, yang bertulisan Rumi. Selepas itu tulisan beliau banyak mendapat tempat dalam akhbar penting di Malaysia seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu, dan Warta Negara.

Mokhtar Petah ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik. Ayahnya berasal dari Indonesia, sementara ibunya dari Patani, Siam. Ayahnya menetap di Perak dan hidup sebagai petani. Semasa kecil beliau belajar di beberapa buah sekolah agama. Antaranya Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai. Beliau pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Indonesia tetapi beliau tidak dapat memenuhi cita-citanya itu kerana kemiskinan keluarganya. Walau bagaimanapun, beliau berpeluang mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.

Selepas tamat persekolahan, Mokhtar Petah terus menjadikan bidang penulisan sebagai kegiatannya yang utama. Beliau pernah bekerja sebagai pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar tersebut bagi kawasan negeri Perak. Pada akhir tahun 1950-an beliau meninggalkan bidang kewartawanan dan menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang ahli politik yang terkenal pada masa itu, di Kampung Berala, Kuala Kangsar, Perak. Kerana pengetahuan agamanya, beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kerajaan negeri Perak, tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kewartawanan, beliau berhenti dari jawatan tersebut setelah sehari menjawat jawatan itu. Beliau menumpukan minatnya semula dalam bidang kewartawanan dengan menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.

Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah menjadi wartawannya di Perak, di samping terus menulis untuk akhbar dan beberapa buah majalah lain di Malaysia dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti M. Fathy, Noor Iskandar dan lain-lain. Sebagai seorang wartawan yang ingin melihat kemajuan dalam bidang kewartawanan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan para penulis muda, maka dalam tahun 50an dan 60an, Mokhtar Petah telah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh, Perak. Ada di antara para pesertanya telah berjaya menjadi wartawan dan editor yang terkenal hasil daripada kursus yang dianjurkannya itu.

Selain daripada itu, semasa menjadi wartawan di Perak, Mokhtar Petah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Idris Shah dan bergaul rapat dengan anggota orkestra yang dipimpin oleh baginda. Sebab itu, apabila Allahyarham P. Ramlee datang ke Perak dan berbincang mengenai kegiatan muzik dengan anggota orkestra tersebut, Mokhtar Petah berpeluang berkenalan dengan P. Ramlee. Perkenalan tersebut menjadi bertambah erat dan dengan itu beliau sering mendapat peluang berbincang dengan P. Ramlee terutamanya mengenai skrip filem dan tentang seni kata lagu.

Mokhtar Petah mula berminat dalam dunia penulisan setelah banyak membaca karya-karya Arab dan Indonesia. Antaranya yang ditulis oleh Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Bana, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka dan beberapa orang ulama termasuk Haji Agus Salim. Mokhtar Petah pernah mendampingi Hamka sewaktu beliau sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah juga pernah bersua muka dan menemuramah Presiden Soekarno semasa Presiden tersebut memegang kuasa di Indonesia.

Di samping menjadi seorang wartawan, Mokhtar Petah menggunakan masa lapangnya menulis novel, cerpen dan rencana umum. Namun sebagai seorang penulis, Mokhtar Petah mempunyai pendirian tertentu tentang peraduan menulis novel dan cerpen. Beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan. Beliau berpendapat: Penulis yang muncul daripada kemasyhuran kerana menang peraduan tidak semestinya akan kukuh sebagai seorang penulis yang idealis. Beliau mendapat bimbingan dan dorongan menulis daripada tokoh seperti A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin, dan beberapa orang sahabatnya dari Indonesia.

Pada tahun 1973 telah menerbit dan bertanggungjawab sebagai editor akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak, iaitu Berita Perak. Pada masa itu Negeri Perak diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.

Sebagai seorang penulis yang juga menaruh minat terhadap isu-isu kemasyarakatan dan politik, Mokhtar Petah berpendapat: bahawa politik yang berlandaskan AI-Quran dan al Hadis sahaja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Dalam tahun 1978 Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian lalu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kemudian pada awal tahun 1984 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalah Era, Berita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya dan menjadi wartawan dan editor perunding bagi beberapa penerbitan di ibu kota. Kemudian menjadi Editor Perunding untuk Mingguan Famili dan majalah bulanan HAWA sebelum menerbitkan Majalah IMAN pada 1989. Di samping menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.

KARYA:

Novel

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Dinoda

M. Fathy

Singapura

Geliga Limited

1957

40

Janda Lawan Dara

M. Fathy

Singapura

Geliga Limited

1957

40

Terpaut


Ipoh

Pustaka Andalas


91

Kelopak yang Kuncup


Kuala Lumpur

Pustaka Melayu Baru

1965

90

Tandus


Pulau Pinang

Saudara Sinaran Berhad

1967

149

Mereka Hanya Mangsa


Kuala Lumpur

Penerbit Titiwangsa

1977

170

Nekad Anak Watan


Kuala Lumpur

Penerbit Titiwangsa

1977

307

Bunga Mekar yang Ternoda


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1980

128

Cinta Tinggal di Rantau


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1980

181

Detik-detik Perpisahan


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd.

1981

253

Hadiah Dari Batin


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra

1981


Cinta di Langit Zaman


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1983

228

Akibat Dosa


Kuala Lumpur

Pustaka Minda

1992


Kasih Ibuku


Kuala Lumpur

Mata Publication

2005








Cerpen

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Serpihan Hidup(antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar)


Kuala Lumpur

Penerbitan Pustaka Antara

1964

140







Agama

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam


Kuala Lumpur

Wadah Pelita

1989


Falsafah Ibadat Umrah dan Haji


Kuala Lumpur

Mata Publication

1990


Akibat Dosa




1993


Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga


Kuala Lumpur


1994


Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi


Ampang

Selangor Citakhidmat

1995


Soal Jawab Masalah Wanita


Ampang

Selangor Citakhidmat

1997


Jerebu


Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997








Umum

Genre

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan

Biografi

Kota Bharu

Pustaka Aman Press

1965


Bangsa Melayu Menggugat Dunia


Kota Bharu

Pustaka Aman Press

1966


Siapa Bakal Menteri Besar Perak?


Ipoh

Yayasan Massa

1977


Dr Mahathir dan Masa Depan Negara


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra

1982


Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia

Biografi

Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1983

108

Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib


Kuala Lumpur

Karya Bestari

1987


MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana


Kuala Lumpur

Mata Publication

1989


Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO


Kuala Lumpur

Mata Publication

1991


Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu


Kuala Lumpur

Art Media

1993


Reformasi Fikiran dan Pembangunan


Kuala Lumpur

Mata Publication

1994


Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan


Kuala Lumpur

Mata Publication

1994


Kejayaan Bersama


Kuala Lumpur

Mata Publication

1995


Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat

Biografi

Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997


Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57

Biografi

Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997


Abdul Kadir: Peguam Rakyat

Biografi

Kuala Lumpur

Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia

1998


Meniti Derita ke Puncak

Biografi

Kuala Lumpur

Darulfikir

1998


Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya


Kuala Lumpur

Simfoni Gemilang

1999


Terima Kasih Dr. Mahathir


Kuala Lumpur


1999


Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi


Kuala Lumpur

Yayasan Amal Maaruf Malaysia

2004


Abdullah Badawi Penjana Modal Insan



Raspintar Sdn.Bhd

2006








Akan Terbit

Genre

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Patah Sayap Bertongkatkan Paruh

Memoir/

Biografi Penulis

Kuala Lumpur




Cinta dan Jihad

Novel





Bunga Padma Di Lembah Nil

Novel





Kelip-kelip di Kota London

Novel





Madu dan Air Mata Kering Di pipi

Novel





Basmi Rasuah






Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri

Politik





Kedaulatan Raja-Raja Melayu







Berminat mengarang?


*POLITIK*AGAMA ISLAM*BIOGRAFI*NOVEL*

Kami memikul amanah untuk melatih individu yang bercita-cita untuk menjadi pengarang buku-buku tersebut.