Sunday, July 7, 2013

cerpen

CERPEN
(Kisah Umrah)

”ABANG TUNGGU DI SYURGA...”

* mokhtar petah

Pada 5 Julai 2013. Petang berkat. Berhikmat.
Wartawan muda, dari Malaysia, Fuad Wazzan sedang dududuk  bersama isterinya, Farahanan, atas sofa - hadapan - dalam bas yang meluru atas lebuh raya, berkeadaan lebih seratus meter sejam, dari Kota Makah ke lapangan terbang Jeddah.
Bas yang membawa lebih 40 para hamba Allah yang telah berjaya beramal ibadat umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah itu, dipandu oleh lelaki Arab yang seolah - oleh tidak takut mati atas lebuh raya tersebut dan di mana - mana.
Di atas sofa di sebelah kiri pasangan itu duduk sepang suami isteri,  Nik Daud, 58, dan Nik Kalsom, 54. Mereka bersama rombongan jemaah Umrah dan ziarah dalam basa tersebut.
”Allahu Akbar. Allahu Akbar.Laialaha illal Lah, Muhammadur rasulullah,” Suara Nik Daud seperti berbisik. Tunbuh mengigil.
Nik Kalsom sedang kepenantan. Lena.
”Sayang, abang nak gi dah..., abang gi dulu ..., abang tunggu sayang di syurga...,” suara Nik Daud tersangkut pada anak lidahnya.
”Abang kighim salem kepada anak - anak kita, cucu - cucu kita ..., minta demo maghi jugak ke Mekah ni ...,” suara Nik Daud terangkut pada pembuluh lehernya.
”Abang, gi ...,selamat tinggal, sayang ...” Suara Nik Daud lembut lansana bunyi bebunga buluh bergisir pada waktu malam.
”Asy hadu an lailah illal Kah, wa asyahdu anna Muhamadan rasulullah,” suara lemah Nik Daud terluah dari murutnya.
Sepasang bibir Nik Daud pucat. Sepasang biji matanya tidak bercahaya lagi.Hidungnya yang dulu keras menarik, telah seakan - akan bunga padma di bawah panas matahari. Janggut telah kelihatan tiada lagi cahaya , sebagai pengamal sunnah Rasul Allah, Muhammad al amin.
Fuad Wazzan memalingkan wajahnya kje arah poasangan itu. Dia merenung kepada Nik Daud. Rakannya itu kelihatan lemah tubuhnya. Wartawan yang berpengalaman menghadapi orang mati kerana berbagai kemalangan itu, fikirannya dihimbau sangkaan yang rakannya itu akan meningglal dunia.
”La ilaha illal Lah, Muhammadur rasulullah,” suara Nik Daud menerpa lubang telinga isterinya. Wanita setia suami itu terjaga dari lenanya.Tergamam. Sedih. Menangis sambil suaranya lembut serak, memanggil dan membelai suaminya.
Tubuh Nik Daud lemah. Hampir luruh ke lantai bas itu. Fuad Wazzan bangun. Dia bergegas dalam kepenanatan menolong merangkul tubuh Nik Daud. dan Tubuh Nik Daud luruh atas lantai bas tersebut. Tiada siapa yang nampak dalam bada itu; malaikat maut telah mendekati Nik Daud. ’Tiap - tiap yang bernyawa akan mati.’ Tidak boleh tunggu ... walau sesaat.” Laksana kilat malam, nyawanya yang dipinjam Allah itu dibawa malaikat maut pergi enah ke mana.
Pada pagi tadi, hari yang ke empat puluh hari sebelum tangga kata ”pergi dan kubur kata mari,” Nik Daud telah mengajak isterinya membeli anika jenis barang cendera mata untuk anak - anak dan cucu - cucunya, di toko - toko dalam Kota Makkah.
”Kita toksah beli di Jeddah ..., beli di sini, semua barang di sini ada berkatnya ..., tanah haram .., untuk anak - anak, cucu - kita,” katanya kepada isterinya.
Rakan - rakan dalam bas itu datang menolong Nik Daud. Ada yang membantunya mengucap dua kalian syahadat. Ada yang di ragut sedih. Duka. Takut. Ramai yang tidak terdaya menahan air mata mengalir ke pipi.
Mayat Nik Daud berkeadaan duduk atas lantai bas tersebut. Fuad Wazzan duduk semula atas sofa. Bas berlari kencang. Hanya Nik Kalsom  menangis duka di sisi suaminya. Air matanya ayang bergenang dalam telaga matanya, melimpah dan luruh atas pakaian suaminya yang telah kaku itu.
”Aben tinggalkan Som ..., Som tak dak siapa - siapa lagi, aben,” suara hati Nik Kalsom.
”...aben maafkan Som, aben...,” suara Nik Kalson teroletak dalam halkumnya sendiri.
Di lapangan terbang Jedaah, Mayat Nik Daud dibawa ambulan ke sebuah hospital.Tiada isteri dan rakan - rakan dalam rombongan Umarah dan ziarah ituyang mengiringinya. Masing - masing terburu - buru mengurskan segala kepentingan muasfir di rantau orang dan menuju ke kapal terbang untuk kembali ke bumi tempat tumpah darah mereka.
Tamat.

No comments: