Monday, July 22, 2013
cerpen
CERPEN
SEBUAH
PERPISAHAN
Oleh:
Mokhtar Petah
Ustazah Syarifah Munirah, pendakwah wanita tersohor.
Lesung pipitnya laksana pupur puyuh menghias pipi kanannya. Dua ulas bibirnya
bak delima merkah – merah bergincu dari
sebuah negara Kristian, di Eropah. Bedaknya tepung wangi dari negara yang sama.
Dia menjadi idola peminat-peminat ajaran agama Islam kini - Islam liberal.
Setiap
lelaki peminat ajaran Islam liberal menghadiri majlis ceramah Ustazah Syarifah
Munirah. Mereka bagaikan membungkus dan
membawa pulang senyuman, ulas-ulas bibir dan sinar matanya ke rumah
masing-masing. Setibanya di dalam bilik tidur, mereka membandingkan jelita
wajah, cantik senyuman, ulasa-ulas bibir dan sinar mata ustazah itu dengan
isteri masing-masing. Masya Allah,
isteri mereka tidak secantik ustazah yang menjadi idola mereka itu.
“Tengok
muka ustazah, sejuk rasa hati, tengok muka bini aku…, meluat...,” sungut kerani
sebuah bank.
“Kebanyakan lelaki peminat Islam liberal yang datang ke majlis ceramah
Ustazah Syarifah Munirah, tidak ingin mendengar kisah azab kubur. Tidak suka
kepada cerita malaikat auditor mencatat baik dan buruk manusia. Muak mendengar
ajaran malaikat mendera orang yang berdosa. Mereka ngeri dan tidak ingin
mendengar ceramah - ceramah menerangkan
kisah-kisah azab dalam kubur dan neraka.
Para
lelaki peminat Islam liberal berminat mendengar ustazah pujaan mereka itu
menceritakan tentang pahala dan syurga. Berapa banyak balasan pahala dari Tuhan
atas wang dan harta yang mereka telah sedekahkan kepada anak yatim, fakir
miskin, ibu tunggal, surau dan masjid.
Betapa syurga yang indah menanti mereka. Para bidadari jelit menunggu
mereka nanti.
- 2 -
“Wallah, wan nabi,
setiap kali Ustazah tu berucap, ceramah atau tazkirah, memek mukanya, genyit sepasang matanya, gerak dua ulas
bibirnya. liok lentuk tubuhnya,menggoncang jantung saya,”kata Dato’ Kassim
bekas pegawai tinggi kerajaan yang dua tahun telah bertalak tiga dengan botol
arak.
“Sungguh,
jantung saya pun macam tu juga…, cantik, kalau dibandingkan dengan bini kita di
rumah, jauh, jauh ..., dah macam antara permata dengan batu nisan kubur tua
aje...,” sahut Encik Markum bekas pegawai Tentera Laut di Raja Malaysia.
Dato’
Kasim mengidap kencing manis dan burut. Encik Markum mengidap asma dan darah
tinggi.
“Kasian
Datuk Marican tak datang, kalau dia dengar cermah ustazah...,” kata Encik
Markum.
“Dah lima
bula dia lumpuh..., tak dapat bangun, itula, masa muda berjahat dengan bini
orang...,” sahut Datuk Kassim yang tidak sedar percakaoannya itu dibenci
Ustazah pujaannya itu.
“Kita ni
jahat juga..., tapi kita pilih anak dara..., janda...,” kata Encik Kassim.
“Ialah, tapi Datuk Marican macam gajah
jantan ...,”kata Datuk Kasim.
Mereka
ketawa terkekeh-kekeh.
Walaupun
Datuk Kasim dan Encik Markum menghidap sakit kronik, namun nafsu lelaki mereka
masih seperti jentera jentolak. Kerana nafsu jantan menguasai peribadi mereka,
maka, setiap kali mereka hadir dalam majlis ceramah Ustazah Syarifah Munirah,
mereka merenung pendakwah wanita itu dengan mata nafsu berahi masing. Seperti
merenung artis yang menyanyi dengan tubuh liuk lintuk atas pentas. Laksana
menonton penari dedah perut dan pusat.
Orang
yang warak, kuat iman, pengamal ilmu sufi dan tegar hati menyumpah dalam perut
akan ustrazah menggiurkan itu. Mereka menganggap ustazah yang jelita dan
menggiurkan itu kawan syaitan - syaitan
betina. Perempuan yang menempah bala dalam rumah tangganya pada suatu hari
nanti.
- 3 -
“Kita orang
perempuan, kita bergelar isteri mesti pandai layan suami, belai suami, mesra
suami, urut suami…, barulah kita menjadi isteri yang solehah,” kata Ustazah
Syrifah Munirah.
“Suami
kita, nak kita manjakan mereka, nak kita belai mereka, nak kita urut mereka…,
kalau kita tidak layan hajat mereka, mereka akan hilang kasih kepada kita,
mereka akan mencari orang lain jadi kawan kita ..., jadi madu kita…,”kata
Ustazah Syarifah Munirah lagi.
“Puan-puan, adik-adik, nak bermadu?” Ustazah Syarifah Munirah bertanya.
“Tak nak,
getik, meluat...,” suara wanita - wanita yang hadir menjadi satu.
“Bagus,
bagus,” suara pendakwah itu menyambut suara mereka.
“…kami
tentang poligami, ustazah!” sahut para wanita yang hadir.
Ustazah
Syarifah Munirah ketawa. Dua ulas bibirnya merah laksana kuntum bunga mawar kembang pagi. Lesung pipitnya bersinar
dipancar cahaya lampu.
“
…saya tak fikir ada seorang perempuan pun yang rela dimadukan, keran madu itu
pahit ..., madu itu menjatuhkan status isteri..., walau pun dia permaisuri
kepada seorang raja ...,” kata Ustazah Syarifah Munirah.
Ustazah Syarifah Munirah lepasan sebuah universiti seberang laut. Dia
berdakwah macam orang bisenes juga. Mesti pandai jaga hati pendengar.
Mesti setuju dan sokong akan emosi dan
kehendak wanita-wanita yang hadir menentang poligami. Dia mesti jaga hati
mereka. Bersetuju dengan kehendak mereka. Mesti menjaga hati mereka. Cara begitu akan menguntungkannya. Berdakwa
begitu menjamin pendapatan yang lumaian.
“:Dulu, aku belajar tak siapa yang tolong, bapa, ibu aku yang tanggung,
la ni aku mesti pungut duit, ganti balik
duit orang tua aku tu,” hatinya berkata.
“Aku
mesti cari wang sebanyak-banyaknya…,” kata hatinya lagi.
- 4 -
“ sebagai isteri,
kita mesti pandai jaga badan. Makan jamu, berlangir dan berlulut…, supaya wajah
kita, tubuh kita sentiasa cantik,” Ustazah Syarifah Munirah menasihati
wanita-wanita yang hadir.
Ketika
hatinya dibenak kegiatan syarikatnya mengeluarkan ubat-ubatan untuk kaum wanita, terlintas pula dalam ingatannya
berbagai jenis tumbuhan menghijau yang
boleh menjadikan tubuh wanita sihat, bertenaga lahir batin, cantik dan
bernafsu. Tumbuh-tumbuhan kacik Fatimah, janda galak, emas cotek, colek murai,
Haji Samad, cekor, lengkuas ranting, halia bara, tunjuk langit, janda galak,
ubi jaga dan berjenis-berjenis tumbuhan lagi.
“Sambil berdakwah boleh promosi ubat...,” suara dalam otak Ustazah Syarifah Munirah.
Terlintas dalam otak Ustazah Syarifah Munirah untuk memproses belalang
dewan untuk ubat kuat tenaga batin lelaki.
“Kena
cari belalang dewa di gunung Lenggong, Perak, Cameron Highlands...,” bisik
pendakwah berlesung pipit sebelah pipi itu.
*** ***
Ustazah Syarifah Munirah sering mengukur lebuh raya
kehidupan dirinya bersama suaminya, Datuk Bukhara. Lelaki jantung hatinya itu
seorang politikus. Ahli perniagaan terkenal. Orang kaya ria. Mereka bergelar
suami isteri selama dua belas tahun. Tuhan telah mengurniakan kepada mereka
tiga orang cahaya mata. Muhammad Mikail, 5 , Hanim az zahara 3 dan Hasanah
Sofia 2 tahun.
Rahim
Ustazah Syarifah Munirah laksana bunga delima kembang tengah hujan panans;
lambat melekat bibit. Setelah dua tahun mereka merintih kepingin cahaya mata, barulah
anak sulung mereka, Muhammad Mikail
lahir ke dunia ini.
Seperti
falsafah orang tua-tua Melayu; “manusia lapar hendakkan kenyang, dah kenyang
henndakkan senang, dah senang hendakkan menang”.
-
5 -
Datuk Bukhara yang
telah kenyang mahukan senang dan menang. Kerana nafsu meruntun dirinya, dia
menerjunkan dirinya dalam arena politik.
“I nakkan sokongan, nak menang..., nakkan
projek, I guna bomoh, I terpaksa sembah tok pekong, sembah
tokong...,”Datuk Bukhara berbisik kepada rakannya, Politikus Mat Pilus.
“Sampai
macam tu...?” Mat Pilus bertanya.
“Ia,
kalau tak buat macam mana nak dapat, nak harapkan orang Melayu mana nak sokong saya, orang
lainlah..., masuk tokonglah jawabnya,”jawab Datuk Bunkhara.
Mat Pilus
ketawa.
“Tapi,
....you kena tolong I,” kata Datuk
Bukhara.
“Tolong,
tolong apa?” Mat Pilus bertanya. Hairan.
“Bukan
apa, ....malulah I, dia tu orang
alim...,” jawab Datuk Bukhara.
“O.K., kita sama-sama simpan rahsia..., you jangan bocor rahsia I kahwin dengan Yami tu,” kata Mat Pilus.
“Baik,
mesti...,” sahut Datuk Pilus.
(6)
Malam Jumaat. Hujan lebat. Ribut kencang. Kilat
sabung-menyabung. Petir bendentum dentam di sana sini, seperti akan membelah
gunug ganang. Memusnah dunia ini. Datuk Bukhara belum pulang dari Masjid.
Ustazah Syarifah Munirah nyenyak tidur atas katil bertilam empuk. Dua puntung
kakinya mengangkang pada bantal panajang. Dengkur, bunyi gigi sama giginya
bergesel mengocah sepi bening bilik itu.
Air liur basinya melilih atas bantal berapon warna merah muda.
Sidang jemaah asyik mendengar tazkirah
Ustaz Hanafi Al Hafiz. Datuk Bukhara
menelan tangisnya sendiri di pejuru masjid. Jantungnya hampir terbakar bersama
paru-parunya ketika mendengar suara Ustaz Hanafi Al Hafiz.
“...minta
nombor ekor, nak jadi wakil rakyat, nak kaya, nakkan apa-apa aje, kalau sampai
minta kepada penunggu kubur, hantu raya, jembalang..., sembah tokong..., murtad
, jadi kafir musyrik...” jelas Ustaz Hanafi Al
Hafiz.
“Dah mertad,
balik ke rumah tak beritahu isteri..., bersetubuh..., dapat anak..., beberapa
orang anak, semua anak itu, anak luar nikah, anak dari hasil zina..., anak
haram...,” jelas Ustaz Hanafi Al Hafiz lagi.
Kata-kata mualim itu laksana ledakan bom buatan
Iran pada tangkai jantung Datuk Bukhara. Hancur berkecai jantungnya seperti
belulang, daging, tulang temulang Altantuya
Shaariibuu di empangan, Puncak Alam.
“...suami
atau isteri murtad ..., jadi kafir musyrik
..., tercerai dari isteri atau suaminya ..., Allah melarang orang mukmin kahwin
dengan perempuan kafir musyrik...,
perempuan mukminah kahwin dengan lelaki kafir musyrik...,”
Hati jantung
Datuk Bukhara maraung. Melolong. Dia tahu. Insaf. Dirinya telah menjadi kafir
musyrik. Perbuatan menyembah tokong dilakukan sebelum bibit anak Sulungnya
berkembang dalam rahim isterinya.
“...aku dah
lama tercerai dengan Pah..., aku berzina dengan my sweet hert..., anak-anak
kami jadi anak haram..., Allahu Akbar...,”raung hati Datuk Bukhara.
Tazkirah
Ustaz Hanafi Al Hafis hampir sampai ke
hujung. Datuk Bukhara bangun payah. Dengan membungkuk tubuhnya dia berjalan di
celah-relah sidan jemaah menuju ke pintu besar.
“Aku nak
beritahu Pah, aku, dia dah bukan laki bini lagi, dah lama tercerai..., dah lama
kami berzaina, ... semua anak kami, anak haram...,” suara hati Datuk Bukhara.
Sesal
membungkus hati jantung Datuk Bukhara. Dai meredah dalam hujan lebat menuju ke
keretanya, kereta mewah keluaran industri Yahudi.
“Allahu
Akbar, Allaaaah...,”laung Datuk Bukhara sambil memandu keretanya dalam hujan
ribut menuju ke rumahnya.
- 7 -
Pah,
Paaah..., sayang, abang nak cakap, darling,”laung Datuk Bukhara lagi.
“Pah,
kita dan bercerai..., kita dah tak jadi laki bini lagi...,” suara Datuk Bukhara
parau.
Dari
kotak rakaman dalam otaknya, berjela-jela cerita percintaan dia dengan Syarifah
Munirah pada lebih tujuh tahun yang lalu. Pada masa itu dia berkhidmat dalam
sebuah syarikat perdagangan antarabangsa. Di Tanta, Masir. Dia telah bertemu
dengan gadis itu yang masih menuntut di sebuah universiti di sana.
Percintaan mereka itu menjadikan Sungai Nil menjerit. Menjerit duka
kerana mahasiswa Syarifah Munirah dan kekasihnya ditipu syaitan tua. Syaitan
Firaun. Mahasiswi itu telah menyerah kalah kepada kekasihnya. Mahkotanya kopak,
koyak dan rabak dik kerakusan kekasihnya, seorang pemuda berpelajaran tinggi.
Jalan
raya terbenam dalam air hujan. Tiba-tiba bagaikan setimba air menerpa kaca
depan kereta Datuk Bukhara. Dia hilang arah. Kereta meluncur paya dalam air
yang membanjiri jalan raya. Seperti kekasih dengan kekasiah kretanya mencium
sebatang pokok akasia di tepi jalan. Berdetum. Bunyi raung Datuk Bukhara
tenggelam dalam deru indin keretanya dan hujan ribut.
Mulut
Datuk Bukhara menjadi pintu alur darah dari ususnya. Dua kalimat syahadat tidak
dapat diucapkan. Hatinya tertutup dari mengucap kalima-kalimat mulia pada
detik-detik nazaknya.
“...share..., duit..., harta aku...,”hati
Datuk Bukhara bersuara.
“... projek
lebuh raya..., Rancangan M - 9...., kaya..., kaya...,”hatinya melaung.
“...berapa
banyak pegawai nak rasuah, nak duit, nak apa...,aku bagi..., tak bagi
melapaaas,”suara hati Datuk Bukhara menerjah mindanya.
Syaitan-syaitan jantan dan betina mengelilingi Datuk Bukhara. Mereka
ketawa berdekah-dekah kerana manusia yang baru terpisah dari nyawanya itu telah
masuk perangkap mereka.
- 8 -
Dalam
kereta yang masih hidup enjin dan semua lampunya masih menyala dalam hujan
lebat, nyawa Datuk Bukhara direntap malaikat maut tubuhnya. Tubuhnya tanpa
nyawa tersandar longlai atas tempat duduk keretanya.
Darah dari
mulut Datuk Bukhara tumpah dan membanjiri hamparan di bawah dua puntung kakinya yang lesu. Di luar
hujan masih lebat. Bumi sekitarnya menjadi banjir kecil.
Dalam
mahligai di pinggir bukit, Ustazah Syarifah Munirah masih neyeyak tidur. Dua
puntung pehanya masih mengangkang dan mengapuk bantal panjangnya.
(habis)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment