Monday, July 15, 2013
kerabutaugeh
KERABU TAUGEH
(cara orang Patani)
Sediakah:
1. Lengkuas,
2. Serai.
3.Bawang merah,
4. Cili api atu cabai burung,
5. Udang kering,
6. Garam.*
(sediakan secukup rasa)
* Tumbuk atau gunakan penghancur alat
letrik)
Bahan tambahan:
1. Sedikit beras, goreng hingga rangup,
2. Sedikit kelapa parut, goreng untuk buat kerisi
3.
Air asam gelugur/ asam limau nipi.
4.
Daun kesum, hiris halus.
* Tumbuk dalam lesung batu hingga jadi seakan
tepung (beras) dan tumbuk hingga jadi
kerisik (kelapa parut yang
digoreng)
TOGEH, dicelor (jangan jadi hempuk).
Cara: Gaulkan semua itu dengan pati santan
kelapa pekat, tidak
perlua banyak. Elok berkuah pekat.
Hidanglah. Kalau tidak sedap, marahkan
saya.
(Boleh juga untuk sayuran: Bayam, umbut
kabung, pucuk salang dan lain)
--------------------------------------------------------------
MAKANAN
(Jika isteri kepenatan)
SALADA SAYANG
Sediakan:
1. Timun jenis makan
dengan laksa
2. Buah tomato
3. Cili pedas, cili besar muda atau cabai Melaka
4. Bawang merah kecil
5. Daun salad (sebarang jenis)
6. Udang kering.
7. (bebiji petai Jawa/ petai belalang*
8. Telur ayam *
9. Garam buki (secukup rasa)
Caranya:
1 - 5 , di hiris atau rincik
agak nipis
6 - Tumbuk lumat
7 -
Mentah
8 -
Direbus seperti telur bagi bunga telu pengantin(belah empat*
* Kalau perlu
(Semua itu gaulkan. Lelaki
gaul dengan senduk atau camca. Perempuan yang tidak ada apa - apa panyakit di tangan, dengan tangannya)
Nota: Boleh dimakan dengan
nasi, roti atau makan ia sahaja.
------------------------------------------------------------------
SAJAK
PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA MELAYU
Rashid Maidin putera Kinta,
Berjuang bersama para pahlawan bangsa,
Dr Burhanuddin, Ishak Muhammad pujangga,
Membela bangsa memerdekakan negara.
Abdullah CD putera kasteria,
Menentang Inggeris sedaya upaya,
Menuntut merdeka negara bangsa,
Kini Melayu ’bangsa Malaysia’.
Mat Indera guru agama,
Berjuang menentang penjajah bangsanya,
Di dibunuh penjajah manusia
Melayu juga tuduhnya derhaka,
Shamsiah Fakeh Puteri Negeri Sembilan,
Wanita Melayu menentang penjajahan,
Bergerak berjuang dalam hutan,
Menentang Inggeris penjajah ber’syaitan’.
Baik budi pm Mahathir,
Bersama dua timbalan keseolamatan,
Bantu Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu
Samah,
Tunai fardu Haji di Makkah.
Mezium Negeri Kedah, Alor Setar ....... Mokhtar
Petah
-----------------------------------------------------------------
FALSAFAH ALQURAN DAN AL HADIS
SEMBAH ALLAH DENGAN IKHLAS
Katakan (Muhammad s.a.w.): Sesungguhnya,
saya diperintahkan menyembah Allah, ikhlas beragama keranaNya semata - mata.
Dan saya (Muhammad s.a.w.) diperintahkan
menjadi orang awal yang menyerahkan diri kepada Allah (orang pertama memeluk
agama Islam pada mula Islam, setelah wafat para rasul Allah).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Jika saya
mendurhaka kepada Allah, sesungguhnya saya takut ditimpa siksaan pada hari yang
hebat (hari pembalasan di akhirat).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Saya menyembah
Allah dengan tulus ikhlas. Beragama kepadanya semata - mata. *
- Az Zumar:11,12,13,14
* Setiap orang Islam yang sembahyang ,mempunyai
hati dan perasaan ikhlas. Tetapi, kebanyakan orang Islam yang sembahyang dalam
masjid, sama ada pada hari Jumaat, mahupun hari lain, nampak mereka tidak
ikhlas. Kerana mereka sembahyang dengan memakai pakaian ‘ambil ada’ sahaja.
Pada satu hari Jumaat, terdapat seorang remaja sembahyang dalam masjid Ibu Kota
Kuala Lumpur, bada belakang baju ‘T’nya, ada iklan arak.
Terdapat di beberapa masjid orang - orang sembahyang memakai baju ada
iklan syarikat perniagaan dan sebagainya.
Pada bulan puasa ini ada ucapan menerusi
radio dan televisyen yang menasihat - menyeru orang Islam berpuasa untuk
mengukuhkan perpaduan semua rakyat di negara ini.
Saya anggap nasihat dan seruan itu salah
dalam ilmu tauhid dan tasawwuf, kerana kita beribadat kerana Allah, ikhlas
kepada Allah dan tidka untuk kepentingan lain.
Saya berarap, sesiapa yang hendak bucap perkara
yang ada hubung - kait dengan ibadat
kepada Allah, eloklah berhati - hati, agar tidak berlakudengan ucapan itu menampakkan
diri ‘jahil’. Lebih dahsyat lagi mementingkan perpaduan dari Allah.
SEDEKAH
PADA JALAN ALLAH
Sahabat
Rasul Allah,Muahammad al amin, Ibnu Abbas radiallahu ‘an memberitahu, bahawa
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah melakukan sembayang ‘Indidul fitri’ (raya
puasa) dua rekaat. Junjungan tidak solat sebelum dan selepasnya.
Kemudian
Junjungan telah pergi bersama juruazan, Bilal radiallahu ‘an, ke tempat para
wanita dalam bahagia masjid An Nabawi. Junjungan menyeru mereka agar bersedekah (pada jalan Allah). Mereka
bersedekah. Ada yang bersedekah subang atau anting - anting dan ada yang
bersedekah rantai lehir masing - masing.
(Dari buku ‘Sahih Bukhari’, 1988,
halaman:281
--------------------------------------------------------------
DIALOG
PERPADUJAN
May Lee: Encik Amin, bagaimana nak jadikan
perpaduan yang
sebenar antara rakyat berbagai
keturunan di negara kita?
Amin: Mudah, Cik May Lee.
May
Lee: Mudah, macam mana tu?
Amin: Gadis - gadis Cina, jejajaka - jejaka
Cina memeluk agama
Islam dengan ikhklas ..., berkahwin dengan jejak atau gadis
Melayu.
May
Lee: Benarke macam tu?
Amin:
Ia, kalau dah jadi keluar, tentulah ada perpaduan sebenar.
May
Lee: Ooo, kalau macam tu May Lee nak kahwin dengan Amin.
Amin: Al hamdulillah, saya dah lama
berhajat.
May Lee: Samalah kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment