Wednesday, July 17, 2013
RASUAH
RASUAH ITU DOSA
HARTA HASIL RASUAH HARAM
Ramai orang yang
mempertikaikan erti rasuah. Ada yang mencari jalan cara berfikir sendiri atau
fikiran orang lain, supaya perbuatan itu menjadi halal dan hasil rasuah juga
halal. Ada yang membawa kepada kebudayaan dana dat istiadat sebagai alasan bagi
menghalalkan perbuatan dan hasil tersebut.
Sultan Perak, Almarhum Sultan Iris
Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah, telah bertitah kepada saya, bahawa makan suap atau rasuah, ialah memberi
sesuatu kepada orang yang memegang kuasa dalam kerajaan dan swasta dengan
tujuan untuk mendapat bantuan atau pertolongan daripadanya bagi mendapatkan
sesatu dari kerajaan dan syarikat swasta.
“ Yang terima salah, yang beri pun
salah juga, kerana perbuatan itu salah dan berdosa, dilarang oleh Allah dan
Rasul-nya,”tidak Baginda.
Titah Baginda lagi, “ umpamanya,
sultan, macam teman ni, terima duit dari orang yang teman akan berikan gelaran
atau bintang kebesaran, namanya rasuah juga, menteri besar terima duit dari
orang yang mendapat tanah yang di luluskannya rasuah juga.”
“To kadi, tok imam terima duit dari
pasangan yang hendak kahwin kerana deme tu meluluskan hahwin tu, rasuah juge,
“Titah Baginda lagi.
Perdana Menteri Malaysia pertama,
Almarhum Tunku Abdul Rahman berkata kepada saya, “…saya ka, siapa-siapa sampai
tukang sapu sampah atas jalan, kalau terima rasuah tak selamat hidup, Allah
kenakan bala.”
Hakim terkenal, Allahyarham Tun
Muhammad Sufian bin Haji Hashim telah berkata, Rasuah (corrupt) bahaya kepada
kerajaan, rakyat…mesti dihapuskan.
“...tapi perbuatan ini dah jadi
amalan dari kalangan istana, pengamal undang-undang hingga kepada ketua kampung
dan buruh cuci longkang.”
Pada zaman Perdana Menteri Malaysia,
Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein; seorang rakan saya – Menteri
Besar di sebuah negeri, telah berkata kepada saya, “…I tereima duit ni (dalam tas kulit kira-kira RM500,000) dari
taukeh tu, bukan rasuah, duit ni hadiah kerana I tolong dia luluskan….kepada dia.”
“Apabila Tun Abdul Razak, dia telah
mengarahkan menteri besar itu memulangkan balik wang itu kepada pemberinya,
kalau tidak dia akan mengambil tindakan atas menteri besar itu.
Tafsiran rasuah menurut Undang-Undang
Negara Malaysia, sila baca dalam Akta Mencegah Rasuah, dalam ‘ Tafsiran Rasuah’
di muka surat lain.
Menurut beberapa
orang ulama Islam terkemuka, di antaranya
Imam Ghazal, bahawa tumbuk rusuk,makan suap atau sogokan – rasuah -,
hukumnya haram. Mereka membuat hukum berdasarkan firman Allah dan Hadis Nabi
Muhammad s.a.w.yang bermaksud:
Mereka mendapat kehinaan di
dunia, dan di akhirat (terpaksa) menerima azab yang besar. Mereka yang mendengar untuk berdusta dan memakan yang haram (rasuah).[1]
Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan
penerima
rasuah.[2]
Jika pemberian atau anugerah
(dalam apa saja bentuk wang, kebendaan dan budi atau perbuatan) daripada
raja-raja pemerintah (termasuk khalifah, presiden, perdana menteri dan
sebagainya kepada rakyat jelata dengan tujuan-tujuan tertentu (supaya
menyanjung, menyokong, tidak menentang, mendiamkan diri atas tindakan buruknya,
mendapatkan undi dalam pemilihan dan seumpamanya)
dinamakan rasuah.
Misalnya raja pemerintah atau
pemerintah mengambil orang alim bekerja
atau dalam kerajaan dengannya dengan
tujuan orang alim itu tidak menegur,mengkritik atau menentang
keburukannya. Pere buatan itu rasuah.
Rakyat jelata memberi sesuatu atau
melakukan kebaikan kepada raja pemerintah atau pemerintah dengan tujuan-tujuan tertentu,
seperti untuk mencapai hajatnya, maka hadiah dah perbuatan itu termasuk dalam
rasuah juga.[3]
Bertolak dari memahami pendapat di atas ini,
maka nyatalah, bahawa perbuatan rasuah amat bahaya kepada sesebuah negara dan
rakyat jelata. Ada beberapa buah negara di dunia ini berada di bawah cengkaman
penjajah politik atau penjajah ekonomi atau pun golongan Mafia dadah – rakyat
jelata menderita, kebuluran dan papa kedana -, adalah disebabkan pemimpin atau
orang-orang yang berkuasa di negara-negara itu mengamalkan rasuah.
Perhatikan perbuatan – perbuatan berikut ini yang dihitung
dalam kejahatan atau keburukan rasuah:
1.
Seorang raja pemerintah memberi hadiah
kepada ketua kampung supaya ketua kampung memujuk bapa kepada si gadis
bersetuju menyerahkan anaknya untuk
menjadi isteri atau gundik raja tersebut.
2.
Perdana Menteri ataupemrintgah memberi
sehelai kain batik atau apa-apa benda kepada seseorang, penduduk, orang ramai dengan
tujuan supaya mereka itu mengu ndin partiny atau menyokong kerajaanya.
3.
Seorang pemburu menghadiahkan sekor
kijang kepada seorang pegawai polis dengan tujuan supaya pegawai politik itu
meluluskan lesen senjata apa kepadanya.
4.
Pendatang asing - seorang perempuan muda
jelita -, menyerah tubuhnya kepada seorang pegawai imigresen untuk disetubuhi
dengan tujuan mendapat pertolongan daripada pegawai itu melindunginya.
5.
Seorang petani memberi sekilo sayuran
kepada seorang pegawai pertanian dengan tujuan supaya pegawai itu meluluskan permohonannya mendapatkan benih tanaman dari
kerajaan.
6.
Seorang guru menerima sebatang pena dari
pelajarnya kerana pelajar itu meminta dia meluluskannya untuk mendapat biasiswa
atau melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
7- Guru besar
atau guru-guru sesebuah sekolah makan
Belanja (percuma)
pengusaha kantin sekolah itu
kerana guru besar meluluskan tender kantinnya.
8-
Mufti atau kadi menerima seekor ikan
atau haiwan dari seseorang kerana dia menghukumkan ikan atau hiwan itu halal.
9. Seorang wasi (penerima wasiat) menghadiahkan
menghadiahkan sesuatu, hatta sebatang rokok
kepada
pemegang amanah bapa kepada wasi itu agar,
dia mengubah kata-kata wasiat atau
melebihkan
pemberian
harta kepada wasi itu.
10. Seorang
imam membaca ‘Yasin’ atau ‘sembahyang hajat’ bagi pihak pegawai
dengan tujuan pegawai itu melepaskan dia dari sesuatu kesalahan.
11. Seorang pengarah
syarikat syarikat memberi telefon bimbnit kepada seorang pegawai bank supaya
diluluskan pinjaman.
12. Seorang kontraktor
memberi alat perkakas golf atau bakul bertutup
mengandungi makanan kepada menteri, pegarah dan sebagainya dengan tujuan kontraknya
diluluskan.
13. Ahli
politik menghantar orang-orang partinya untuk mengerja-kan ibadat umrah atau
haji ke Merkah dengan tujuan supaya mereka mengundinya dalam pemilihan di mesyuarat
agung atau mesyuarat agung khas partinya.
14. Mengadakan
jamuan hari raya dan menjemput jiran tetangga atau ali-ali parti dengan tujuan
supaya mereka mencalonkan atau mengundinya dalam parti atau pilihan raya.
15 eorang
bapa mengahwinkan anak lelaki atau anak perempuannya dengan anak seseorang
pembesar dengan tujuan pembesar itu akan menolongnya mendapat apa yang
diperlukan di bawah kuasa atau pengaruh pembesar itu.
Bagi orang Islam, semua hasil dari perbuatan rasuah – wang, harta bergerak
dan tidak bergerak -yang diterima bagi dirinya dan diuntukkan (menanggung) pula
kepada isteri, anak-anak dan ibu bapanya serta tanggungnya, hukumnya adalah
haram. Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
seperti berikut:
Bahawasanya sesuatu yang halal
itu jelas, dan yang haram juga jelas, di antara kedua-duanya ada yang
samar-samar, yang kebanyakan aman usia tidak mengetahui. Maka sesiapa yang
menjaga diairinya dari yang sama-samar (syubhah) itu, maka dia telah membersihkan agamanya
dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa
yang jatuh ke dalam yang samar-samar (syubhah) bererti dia telah jatuh ke dalam hal yang haram.
Ingatlah bahawa dalam tubuh itu
ada sebuku daging (hati),
apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu, dan jika daging itu
rosak (busuk), maka rosaklah seluruh
tubuh itu.[4]
Berdasarkan Hadis Nabi Muktamad
s.a.w. di atas ini,maka kerana hasil dari rasuah itu haram, wang dari hasil
tersebut haram digunakan untuk amal kebajikan ( membantu masjid, anak
yatim,kebajikan umat Islam dan segala yang makruf) dan amal ibadatnya sama ada
fardu,wajib atau sunat (sembahyang, puasa,zakat dan fitrah, haji dan umrah.)
Sesuatu ibadat kepada Allah dengan menggunakan hasil haram dan isi
perut,daging,darah,otak dan hati dari yang haram, maka ibadat itu tidak diterima
oleh Allah dan tidak sah. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang maksudnya
seperti berikut:
Allah tidak menerima sembahyang
seseorang yang dalam perutnya makanan yang haram.[5]
Negara kita adalah sebuah Negara Islam yang
berkonsepkan Islam Hadhari, maka jika masih menerima pemimpin, penguasa,
pegawai dan kaki tangan kerajaan dan siapa sahaja melakukan rasuah – tidak
diambil tindakan untuk menghukum dan menyingkirkannya,maka amat khuatir negara tidak
akan mencapai maksud seperti firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud:
Makanlah rezeki Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepada-Nya! Negara bertuah dan Allah Pengampun (memberi pengampunan).[6]
Walaupun negara
kita kaya raya dengan hasil bumi, pertanian, hasil bumi, industri dam berbagai
lagi,iaitu makmur, tetapi kerana mengamalkan segala yang haram,seperti rasuah,
maka Allah tidak mengampunkan, sebaliknya ditimpa bala dengan berbagai cara, di
antaranya berlaku tidak jujur tidak jujur atau tidak amanah di kalangan
orang-orang yang diberi amanah dalam kerajaan,syarikat,bank dan sebagainya.
Wang berjuta-juta hilang, membelanjakan wang dengan boros berbagai-bagai malapetaka dan kemalangan.*
Taman.
* Dari manuskrip buku 'Pencegahan Rasuah Negara Aman', oleh: Mokhtar Petah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment