Sunday, January 1, 2012

TITIK - TITIK SEJARAH



                      MELAYU BERPECAH KERANA BERBEZA TUJUAN


Pada 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Islam ; Hizbul Muslimin, sama tujuan untuk masa depan Tanah Melayu dan orang Melayu serta rakyat negara ini, iaitu:
* Satu negara, Negara Melayu,
* Satu bangsa, bangsa Melayu (semua rakyat negara ini jadi Melayu),
* Satu bahasa, Bahasa Melayu ( mengguna bahasa Inggeris,Arab dan lain),
* Agama Islam, Agama Negara ( Tuhan yang Maha Asa, dan bukan ketuhanan).
Pada 1951, UMNO yang ditubukan pada tahun 1946, berjuang mengikut yang dicapkan oleh pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman, iaitu:
1 - Bangsa asing sebanyak lebih kurang 60 peratus dibekalkan dengan kekuatan iktisad (ekonomi) dan ilmu pengetahuan tidak akan berdiam diri jika tidak diberi peluang memerintah (negara ini ) bersama - sama.
2 - Sekiranya kita telah bekerjasama dengan mereka (bukan Melayu) itu bukankan kita membawa huruhara dan kacau - bilau dalam negeri yang baru merdeka.
3 - Sekiranya kacau - bilau berlaku sanggupkah orang Melayu menyelesaikannya tanpa 'habuan' yang menasabah dan memuaskan hati orang bukan Melayu.
4 - Kalau akhirnya kita terpaksa memberikan hak kepada orang bukan Melayu, " Kenapa kita tidak berkira bicara secara damai dan berbaik - baik dari sekarang?"
5 - "Apakah sengaja hendak mengaakan kacau - bilau, kemudian terpaksa menyerah?" "Kalau kita menyerah dengan terpaksa, perasaan benci itu akan selama - lamanya di antara satu bangsa dengan (bangsa - bangsa) yang lain." - Mokhtar Petah

No comments: