Sunday, January 29, 2012
RUMAH REHAT
KEGHOYAT KEGHOYET
Pada Khamis dan malam Jumaat lalu, saya dan isteri menginap di Rumah Rehat, Kuala kangsar - bilik kelas VIP. Sepanjang malam saya rasa tidak puas hati. Selimut macam tak pernah basuh, berbau kurang baik, ada tompok - tompok macam tapak kucing. Kami letak atas sofa. Selimut dengan kain nipis sahaja.
Kopi, krima dan gula dibekalkan. Bila saya bancuh kopi dan hendak minum, rasa tak lalu, kerana kopinya ada terasa hanyir ,... saya tak minum, khuatir sakit perut.
Bilik VIP Rumah Rehat Bandar Diraja, tetapi pintu bilik keghoyat keghoyet bunyinya, kerana kayu dan buatannya murah, macam rumah kampung pendalaman.
Apa macam Tuan D.O dan Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Kangsar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment