Tuesday, January 10, 2012

RAGAM MANUSIA

                                     

                                        BERJUANG DENGAN LAIN NIA


                           ORANG RAMAI TERPENDAYA AWAK KECUNDANG
Saya mengambil sedikit dari cebisan sejarah manusia yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama, iaitu sejak tahun 1946 hingga kini, pada umumnya mereka yang berjuang dengan ikhlas mencapai maksud hingga ke hujung jalan, tetapi yang berjuang berlainan dari niat asalnya jatuh tersunggu dan dibenci orang ramai.
Ada manusia berjuang dengan niat suci, iaitu kerana Allah untuk membela negara, bangsa dan agama Islam, dan ada pula manusia yang berjuang dengan tujuann untuk mendapatkan habuan - kekayaan, kedudukan dan senjungan orang ramai.
Manusia yang berjuang dengan hati yang jujur atau ikhlas, tidak mementingkan kebendaan, kedudukan dan menolak amalan tidak amanah dan amalan rasauah. Tetapi manusia sebaliknya, iaitu lain dari niat dan tidak dengan hati yang jujur, dia menggunakan landasan perjuangan untuk membina dirinya sendiri, seperti kekaayaan, kedudukan dan kekuasaan.
Manusia yang berjuang tidak dengan hati tidak ikhlas, dia sanggup menepuk dada, melaungg sampai kelangit kononnya untk membela negara, bangsa dan agama Islam, selagi saku dan tabungnya berisi banyak wang atau selagi dirinya ada kedudukan, tetapi kalau wang tidak ada atau tidak masuk saku dan tabungnya, kedudukannya telah hilang, dia akan menjadi orang lemah seperti tikus kehujnanan takutkan kucing.
Orang yang begini, berada dalam organisasi kebangsaan dan organisasi kebangsaan dan agama Islam. Dan orang begini bolehlah dianggap sama dengan tokoh Yahudi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah ibnu Ubai.
Allah sentiasa merenung dengan kuasa - Nya terhadap manusia - manusia yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama Islam. Jika mereka berjuang di atgas landasan kejujuran dan keranaan Allah, maka Allah selamatkan mereka, tetapi kalau mereka tidak jujur, mementingkan diri sendiri, bertujuan mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa, maka Allah jatuhkan mereka hingga mereka menjadi hina di hadapan orang ramai.
Kita dapat memahami orang - orang yang tidak jujur kepada perjuangan dengan merenung percakapan dan tingkal laku. Di antara:
1 - Tidak jujur kepada organisasinya sendiri dan mudah dipujuk oleh para musuh politiknya,
2 - Bercakap sentiasa mengankat diri seperti mengangkat diri sendiri dalam bakul,
3 - Bercakap atau berucap di hadapan orang ramai lebih mengutramaka n wang dan
      kebendaan daripada agama, maruah dan semangat.
4 - Percakapan dan ucapan diselit atau dilaungkan dengan suara untuk memberi atau
      membantu orang ramai dengan wang ringgit dengan tujuan orang ramai menyokongnya.
5 - Banyak janjinya kepada orang ramai tidak ditunaikan.
6 - Dengan kuasa di tangannya, segala nikma negeri dan negara diutamakan kaum kerabat dan
suku sakatnya sahaja,
7 - Amalan tidak amanah atau penelewengan dan rasuah menjadi amalan biasa baginya.
Kita orang Melayu telah lama di hanyut arus perjuangan. Terlalu ramai orang Melayu yang berpelajaran tinggi dan bijaaksana. Maka, untuk mengelakkan bangsa kita, negara kita dari kemusnahan dan rakyat menderita, maka, berhati - hatilah dan berjuanglah dengan ikhlas. - mokhtar petah



No comments: