Monday, January 9, 2012
RAJA
RAJA DAN RAKYAT : Sultan Azlah shah
"Sesungguhnya, takhta merupakan satu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh perlembagaan. Sebelum perlembagaan waujud, maka Raja yang bertakhta yang mewujudkan perlembagana dan undang - undang. Undang Melaka dan Undang - Undang 99 di Perak telah digubal oleh Raja yang bertakhta satu abad sebelum didatangi peenjajah Portugis.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah - setengah negara, takhta dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad ke sembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu, kepada 240 buah dalam abad ke dua puluhan, dan pada hari ini - pada dekad kelapan abad kedua puluh, hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialihkan dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, khabarnya, takhta Merak Pahlavi (Shah Iran) telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa takhta dialihkan dari istana ke muzium sejarah, adalah hasil (akibat) dari salah nasihaqt yang diberi oleh penasihat - mpenasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat - penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspairasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak pelurus bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemaraan asmirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata itu dikabulkkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
Nota:
Raja, iaitu Sultan dan Raja yang berkuasa atas negara. Maka negara itu dinamakan Kerajaan, ke -Raja - an.
Negara tidak beraja, iaitu dipimpin oleh Presiden (seperti Republik Indonedia) di namakan Pemerintah.
Titah Sultan Azlan ini di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, iaitu pada masa Baginda belum menaiki takhta Kerajaan Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment