Tuesday, January 31, 2012

MENGENANG SULTAN

SULTAN DAN SETINGGAN

 
(2)

"...ngamput, siapa samsing ni suluh oghang tak tentu fasal." terdengar suara seorang lelaki memarahkan kami.
Mereka itu tidak menyangka yang datang itu sultan mereka.
Saya memberanikan diri berjalan ndi hadapa Sultan Idris Shah dan mendapatkan mereka. Sultan idris Shah berdiri dalam gelap dan saya benar - benar di hdapan mereka dalam cahaya lampu kereta.
...eh, eh, kamu Mokhtar ..., orang surat kabor. apa cekeh (kes)nya datang malam - malam ni?" Seorang dari setinggan - setinggan itu bertanya kepada saya.
Kebanyakan setinggal dalam kawasan Ipoh kenal akan saya.
" ...eh, jangan berani sangat, tengok dalam gelap tu, siapa?" Saya bertanya kepda lelaki garang itu.
"Siapa, taukeh yang nak bina rumahke?" Dia bertanya.
Belum sempat saya menjawab, Sultan Idris Shah telah tiba di hadapan mereka. Sultan yang berpakaian baju sport biru, seluar panjang kelabu dan selipar kulit itu, senyum.
"Au, Tuanku, weh," kata seorang lelaki yang agak tua.
Mereka mengangkat sembah kepada Sultan Idris Shah dan ada ayang mencium tangan Baginda.
Saya melihat seorang lelaki yang berselimut telanjang terluruh kain sarungnya dalam cahaya kereta kerana terkejut akan ketibaan Sultan Idris Shah. Dia berbogel seketika.
"Kalau ia pun, jangan telanjang...," titah Sultan Idris Shah kepada lelaki itu.
Masing - masing ketawa.
Di tepi kolam lombong itulah setinggan - setinggan itu mengadu kepada Baginda yang Kerajaan Negeri Perak tidak pedulikan nasib mereka dan sekitar kawasan mereka itu telah diluluskan kepada beberapa buah syarikat perumahan.
" ...kaume ni oghang - oghang kampung, ngapa nak duduk di sini, kan di kampung lagi baik?" Sultan Idris Shah bertanya.
"Tinggal di kampung apa nak dicekek (makan) Tuanku, haghga getah mughah, padi tak menjadi, anak ghamai, semuanya bersekolah ..., di sini senang makan, anak - anak mudah ke sekolah," wakil mereka mengaku kepada Sultan Idris Shah.
"Tu aku tau ...,"titah Saultan Idris.
"...engkaume yang pilih ... (wakil rakyat),"titah Sultan Idris Shah.
"Patikme tak pilih, Tuanku, dia bukan dari kawasan keme, Tuanku,"kata orang tadi.
Sultan ketawan terkekeh - kekeh.
"Bior aku yang keghejakan (bertindak) ...,"Sultan Idris bertitah menyejukkan hati mereka.
"... ai, malangnyaaa ...,"kata seorang lelaki setinggan yang ergeolar Anak Man 555, di bekerja di Lembaga Letrik Negara Kinta.
(Bersambung esok)

MAKSUD DARI AL QURAN



                                                                MEMESONG HATI

Ya Tuhan (Allah) kami, jangan Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmnat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang mengurniakan pemberian yang melimpah - limpah.
Ya Tuhan (Allah) kami, sesunguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan semua manusia tidak mengira bangsa dan warna kulit - untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak waham padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
- al Baqarah:8,9.

Monday, January 30, 2012

MAKSUDDARI AL QURAN



QURAN DAN JALAN YANG LURUS

Hai ahli kita (manusia - manusia yang beriman dengan kitab - kitab Allah, Zabur, Taurah dan Injil), sesungguhnya telah datang kepada kalian Rasaul Kami (Muhammad s.a.w.) dengan menerangkan kepda kalian, banyak dar (keterangan dan hukum -erundangan termasuk hudud) yang telah kalian sembunyikan dari kitab suci, dan ia menfaatkan kalian (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kalian sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya kebenaran (Nai Muhammad s.a.w.) dari Allah dan sebuah kitab (Quran) yang jelas keterangannya.
Dengan (Quran) itu Allah menunjukkan jalan - jalan keselamatan dan kesejahteraan kepaa sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang dengan izinNya; dan (dengan itu juga) Alklah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
- al Maaidah:15,16.

CERITA DONGENG




HANG TUAH TIDAK WUJUD

Saya setuju dengann pendapat para ilmuan dan bijak pandai, Hang Tuah, tidak wujud. Cerita itu ditulis oleh pengarang yang mungkin takut kepada Raja atau tiak mahu namanya terkenal. Dia menulis cerita itu dongeng. Macam cerita Lailat dan Majnun. Atau macam cerita Sang Kelembai dan cerita kononnya Imsm Mahadi akan menjelma ke Tanah Melayu. Bagi saya cerita Hang Tuah ditulis untuk melemah dan membodohkan orang Melayu, atau bodoh - bodoh cerdik. Macam rambutan jantan, orang berbunga awak berbunga, orang berbuah awak tidak.



Sunday, January 29, 2012

RUMAH REHAT




                       KEGHOYAT KEGHOYET

Pada Khamis dan malam Jumaat lalu, saya dan isteri menginap di Rumah Rehat, Kuala kangsar - bilik kelas VIP. Sepanjang malam saya rasa tidak puas hati. Selimut macam tak pernah basuh, berbau kurang baik, ada tompok - tompok macam tapak kucing. Kami letak atas sofa. Selimut dengan kain nipis sahaja.
Kopi, krima dan gula dibekalkan. Bila saya bancuh kopi dan hendak minum, rasa tak lalu, kerana kopinya ada terasa hanyir ,... saya tak minum, khuatir sakit perut.
Bilik VIP Rumah Rehat Bandar Diraja, tetapi pintu bilik keghoyat keghoyet bunyinya, kerana kayu dan buatannya murah, macam rumah kampung pendalaman.
Apa macam Tuan D.O dan Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Kangsar?

MAKSUD DARI AL QURAN

                                   


                                                     ORANG MUNAFIK


Orang - orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang pada jalan Allah) itu, bersukacita disebabkan mereka ditinggalkann di belakang Rasul Allah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta bernda dan jiwa mereka pada jalkan Allah (kerana mereka kafir) dan mereka juga (menghasut dengan) berkata: 'Janganlah kalian keluar beramai - ramai (untuk berperang) pada musim panas ini." Katakan (hai Muhammad s.a.w.): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar." Kalaulah mereka itu orang - orang yang faham.
Oleh demikian, bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banak (diakhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah lakukan.
 - at Taubah:81,82.

Saturday, January 28, 2012

BUKU

                                 







                                     NAJIB RAZAK
                                     DI BAWAH
                                     SANG SAKA 
                                     BANGSA
                                     penulis: Mokhtar Petah

"Sesungguhnya ramai rakyat negara ini telah membendung keyakinan masing - masing, bahawa pada satu masa nanti, Najib akan terlonjak namanya ke langit zaman, seperti ayahandanya."
 kata pengantar buku ini.

DALAM WARONG


MENTERI BESAR

Di Kuala Kangsar, pada pagi semalam, saya duduk menghadapi meja dalam warong sambil mi num kopi tanpa susu; dua lelaki dari kampung sayong duduk di hadapan saya. Mereka senyum, saya senyum.Saya tidak tahu isi hati mereka. Kata seorang dari dua mayong (mnahanusia Sayong): : ...bebenor Moktar, kami tak pengonah nengok muka Menteghi Besor Peghak tu, sebabnye dia tak pengonoh datang jengok ke kampung kami, Sayongke, Bendang Keringke, Manorake, Rambai Tujuhke.
Kata yang seorang lagi: " ...Menteghi Besar la ni tak macam Dato' Shaari Fie, Dato Kamaguddin, Ghazali Jawi ..."

RIANG - RIANG



                                                               ORANG POLITIK

Semenjak zaman berzaman orang - orang politik bercakaran atau bersengketa bersama mereka. Pada zaman khalifah para ulama politik Islam menubuhkan mazhab, lalu bermusuhan sesama mereka.Beitu juga pada zaman ini orang politik Melayu pacak gigi sebatang bermusuhan dengan orang politik Melayu. Tetapi nasib orang Melayu,macam riang - riang bising dalam rimba, hanya makan air empun. Lalu terus meneruslah keadaan, antan sama antan bertingkah dalam lesuang, ayam juga yang kenyang.

MAKSUD DARI AL QURAN



MAKSUD DARI AL QURAN


Jika Allah menghendaki, nescaya Dia (Allah)musnahkan kalian (apa banysa jua, termasuk orang Melayu), wahai umat manusia, dan Dia (Allah) datangkan penggantinya dengan umat - umat yang lain. Dan Allah itu Maha Kuasa (melakukan demikian).
 - An Nisa:133.

Friday, January 27, 2012


SEEKOR IKAN TALAPIA BAKAR RM20.00

Di Kuala Lumpur dan Putrajaya, ikan talapia merah kira RM7 sekilo (lima ekor). Saya dan isteri telah makan tengahari, di warong Melayu, tepi sungai Perak, Kuala Kangsar, pada tengah hari tadi. Saya makan dengan ikan talapia bakar (kira - kira 5 ekor sekilo), harga seekor RM20.00. Saya makan sepinggan nasi dan air suam, isteri saya makan setengah pinggan nasi, semangkuk laksa, dua keping kecil tempeh,sedikit sambal tempoyak, harganya berjumlah RM25.50 sen. "Macam makan dalam coffee house. Saya doa kepada Allah, agar peniaga yang pandai pasang perangkap ini lekas kaya."

Thursday, January 26, 2012

NAKSUD DARI AL QURAN

ISTERI DAN ANAK

Hai orang - orang yang beriman, sesungguhnya, ada di antara isteri - isteri dan anak - anak kalianyang menjadi musuh bagi kalian (disebabkan isteri dan anak, ada suami dan bapa yang tgerdorong melakukan kejahatan, maksiat, ke3zaliman dan lain); oleh yang itu berjaga - jagalah kalian terhadap mereka. Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahkan (mereka) serta mengamounkan kesalahan mereka (maka Allah yang berbuat demikian kepada kalian), kerana sesaungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya, hartabenda kalian dan anak - anak kalian itu hanyalah menjadi ujian (agar Allah menegakkan yang benar dan menghapuskan yang salah (syirik dan kufur), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
-al Anfal:8) - at Taghaabun:14,15.

Huraian.
Terdapat suami dan bapa yang terlalu mengikut kemahuan isteri dan anak, iaitu mendesak supaya suami dan bapa itu mengejar kemewahan hidup atau hidup dalam keadaan moden, maka suami dan bapa itu terpaksa melakukan segala macam kesalahan dalam agama Islam dan undang - undang, seperti melakukan rasuah, penipuan, perjudian dan berbagai lagi.
Kebanyakan orang Islam yang berkuasa, pegawai tinggi kerajaan dan swasta, menteri dan menterri besar, hatta sultan, perdana menteri dan peresiden terjerumus kepada kejahatan, sepertri rasuah, tidak beramanah kepada negara dan rakyat dan kezaliman adalah disebabkan isteri atau anak.
Peribahasa Melayu mengajar kita, iaitu: Sayangkan isteri tinggal - tinggalkan, sayangkan anak, pukul - pukulkan, maknanya, ketepikan segala hajat dan permintaan isteri dan anak - anak pada jalan yang tidak baik atau kejahatan ataupun ke arah melakukan dosa. - mokhtar petah

Wednesday, January 25, 2012

PENULIS





PENULIS TUA DAN PENULIS MUDA

Individu - individu penulis terdiri dari orang - orang yang tidak berdagang, berniaga atau penebit buku. Mereka menulis apa jua buiku, diterbitkan para penerbit dengan cara - cara yang ditentukan bersama.
Apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengurniakan wang RM5 juta untuk membantu penulis - penulis muda untuk menerbitkan buku - buku karangan mereka melalu PENA dan Institut Terjemahan Negara, maka, penulis - penulis tua senyum dan senyum dalam gelap atau dalam cahaya muram.
"Kita banyak dan tulis buku, tapi tak dapat terbit, sebab kita bukan penerbita,"kata seorang penulis dari Pantai Timur.
"Nampaknya, kita ni tak adak sapa nak bantulaaa," katanya lagi.
"Tapi, saya menulis terus, walau tak ada siapa nak tolong ..., saya jadikan pesaka,"tambahnya.
"Agaknya lepas pilihanraya - ke 13 Najib umumkan pula peruntukan untuk terbit buku - buku penulis tua, "kata seorang penulis dari Utara.
"Nak harap Dewan Bahasa dan Pustaka dah tak boleh ...,"sungut penulis tua dari Perak.

MAKSUD DARI AL QURAN


BENCANA DI BUMI

Tidak ada satu kesusahan atau bencana (bala) yang ditimpakan di muka bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kalian , melainkan telah seddia ada dalam Kitab (ketentuan Kami - Allah) sebelum Kami (Allah) menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu, adalah mudah bagi Allah.
(Kalian diberitahu tentang bencana (bala) supaya kalian tidak berdukacita akan apa yang terlah luput - hilang - daripada kalian, dan tiak pula menggembirakan (dengan cara sombong atau takbur) denga apa yang dikurnaiakan Allah kepada kalian. Dan (ingatlah), Allah tidak suka - kasih - kepada orang - orang yang sombong - takbur.
- al Hadid:22,223.

Tuesday, January 24, 2012

CEMBURU



                                             JIKA ISTERI TERLALU CEMBURU

 
Seorang lelaki duduk atas bangiku kayu sambil minum kopi hitam tanpa gula bercakap dengan saya, pada satu pagi di sebuah warong di Hulu Klang.
Lelaki: "Spa tak sayang bini, tapi kalau bini terlalu cemburu, susah ..., susah ..."
"Saya bercakap dengan perempuan jual kuih, isteri saya cemburu, minum kopi di kedai oghang perempuan, isteri saya cemburu, saya cakap dengan polis perempuan, isteri saya cemburu...,"katanya.
Saya: "Takkan macam tu kut."
Lelaki: Haaa, ia, saya sembahyang, berdoa, isteri saya cemburukan bidadari di syurga..., dia kata, danlah di dunia ni laki aku orang perempuan lain nak kebas, di syurga bidadari pula rapat dengan laki aku ..., aku dapat apa?".
Saya senyum.
Lelaki itu mengeluh.



MAKSUD DARI AL QURAN





                                                             LEMAH DAN JADI KUAT

Allah yang mencipta kalian bermula dengan keadaan lemah, selepas perkeadaan lemah itu, Dia (Allah) menjadikan kalian kuat. Setelah itu Dia (Allah) menjadikan kalian lemah pula serta tua beruban. dia menciptakan apa yang dkehendakiNya, dan Dia (Allah)lah juga yang Maha Mengetahui. lagi Maha Kuasa.
- Ar Rum:54

Saturday, January 21, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN

                                       MENYAKITKAN ORANG LAIN

Sesungguhnya orang - orang yang melakukan perkara - perkara yang tidak diredakan Allah dan RasulNya, Allah melaknat kan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab yang menghina.
Dan orang - orang yang mengganggu dan menyakiti orang - orang lelaki yang beriman dan orang - orang perempuan yang beriman dengan perkataan dan perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan mereka, maka, sesaungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan melakukan doa yang amat nyata.
- al Ahzab:57,58

 
Nota.
Perbuatan atau amalan demikian berlaku di kalangan para ahli UMNO dan PAS dan PKR.
Sekarang Dato' Dr Hassan Ali sedang melakukannya menerusi media dan lain.
Sebilangan orang Islam di negara ini melimparkan tuduhan, kutukan dan berbagai lagi kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim.
Kita melihat, pada masa akan datang adakah mereka itu akan mengalami apa yang dimaklumkan Allah dalam ayat - ayat Quran di atas ini. - Mokhtar Petah

Friday, January 20, 2012

PAKAIN




                                 PAKAIAN UNTUK SEMBAHYANG JUMAAT

Setiap orang Islam dan mukmin yang hendak menghadiri perhimpunan di masjid - masjid untuk sembahyang Jumaat, sedaya upaya pakailah pakaian yang sesuai untuk sembahyang dan sesuai untuk mgenyertai dalam perhimpunan umat Islam berhimpun dalam masjid dan menghadapi Allah, iaitu:

                                                          PAKAIAN BERADAB

1 - Pakaian sampin, iaitu pakaian cara Melayu, atau,
2 - Baju Melayu dan palikat serta berkupiah - songok atau ketayap dan lain, atau,
3 - Pakaian cara peladang Arab (baju kurung labuh) atau berjubah, atau,
4 - Berseluar panjang dan berkemeja.

 
                                                       PAKAIAN TIDAK BERADAB

1 - Pakai seluar paras bawah lutut. Kerana, bila sujud, lutut terdedah dan batal sembahyang.
2 - Pakai baju T yang ada iklan perniagaan di hadapan, belakang atau dua lengan.
3 - Pakai kain dan batu T.
Kita bekerja untuk mencari wang ringgit dengan tujuan untuk kebaikan diri kita, iaitu makan dan minum, pakaian dan perhiasan diri. Untuk isteri, anak, ibu bapa dan lain. Maka, gunakanlah hasil kerja kita itu untuk memberi pakaian yang sesuai untuk sembahyang dalam masjid dan sembahyang Jumaat.
Elaklkan diri kita dari menajdui orang bakhil, datang sembahyang ke masjid berpekaian sebagai orang miskin dan bangsat, sedangkan kita orang yang berkemampuan.
Jagalah adab atau kesopanan sebagai orang mukimin sejati.
- mokhtar petah





MAKSUD DARI AL QURAN

                                                    
                                                      PERKATAAN YANG BAIK

Katakanlah (Muhammad s.a.w.) kepada hamba - hambaKu, (supaya) mengucapkan perkatan yang lebih baik (benar, jujur, sopan atau berakhlak mulia, bermanfaat untuk diri sendiri, orang lain); sesungguhnya syaitan (syaitan sebenar dan manusia yang menjadi mahasiswa universiti syaitan) itu menyebarkan (melalui lidah, media dan lain) perselisihan di antara mereka (manusia), dan syaitan itu memang menjadi musuh yang terang bagi manusia.
             Dan Allah lebih mengetahui tentang kalian, kalau Dia (Allah), (hendak) diberikannya kaliah kurnia, dan kalau Dia (Allah) menghendaki kalian(jatuh dan sebagainya), di siksakanNya kalian, dan Kami (Allah) utus engkau (Muhammad s.a.w.) bukanlah sebagai penjaga mereka (orang - orang yang mengikut syaitan).
- al Isra:53,54.

Thursday, January 19, 2012

PAS



                                     MENTERI BESAR DAN PAS SELANGOR

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'mempunyai kuasa' dan kuasa masing - masing berbeza, maka, lahirlah satu catatan baru dalamsejarah negeri tersebut yang naggota Exco yang diberi kuasa menjaga hal ehwal agama Islam tidak lagi orang PAS tetapi oleh PKR dan Menteri Besar sendiri.
PAS sebagai sebuah parti tidak didaftarkan sebagai jv atau usahasama dengan Pakatan Rakyat dan DAP, tidak boleh berungut akan perkara itu; kerana Sultan perkenan MB jaga hal ehwal Islam dan MB menerimanya, kerana dia orang Islam.
Mungkin Sultan dan MB khuatir, jika ehwal agama Islam diberi kepada orang PAS, ada kemungkinan, berulang kembali lalang tumbuh dalam ladang padi seperti yang dilakukanm oleh Dato' Dr. Hassan Ali.
Hassan Ali Ali, selain dari menyakitkan hati para pemimpin dan dan ahli - ahlinya dan meragukan Sultan dan Menteri Besar, dia telah menjadi seperti burung murai menderaikan bunyinya pada sarang burung enggang atau kenyakang pada batang kayu yang kukuh.
Menggunakan kesempatan ini, saya mengucap tahniah kepada Abdul Khalid Ibrahim dan kepada Dr Shafie Abu Bakar(Bangi) kerana dilantik Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang) kerana dilantik anggota Exco, Pengerusi Jawatanikuasa Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
----------------------

                                            HASSAN ALI TIDAK WUJUD


Mursyidul 'am PAS dan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bahawa, beliau menganggap Dr. Hassan Ali yang akan melakukan penjelajahan ke selulur negara untuk mendedahkan ' apa yang dituduh ada dalam PAS', sebagao individu yang tidak wujud dalam PAS.
Perkata Nik Aziz itu menasabah dan patut disanjung uleh semua umat Islam, kerana Hassan Ali yang dipecat oleh PAS itu disebabkan kesalahannya sendiri dan bukan sebab orang lain.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., junjungan tidak menerrima Abdullah Ibnu Ubai duduk dalama mana - mana badan Islam, kerana Abdullah menjadi 'ulat koyak daun dalam Islam' dan begitu jugalah Hassan Ali, dia telah menajdi ulat koyak daun kepada PAS.

-------------------

                                      KONTREKTOR MELAYU


Beberapa aorang kontrektor Melayu dalam kawasan Parlimen Tasik Gelugur menyhatakan dukacita, kerana ahli Parlimen kawasan tersebut, Dato' Mohd. Nor Yaacob lebih mengutama menolong para kontrektor golongan Mamak dalam kawasan terseut dari kontrektor Melayu.
"Kami susah nak jumpa dia, dahlah tak ada di sini, dia pula macam utamakan kontraktor dari golongan Mamak, dari kami,"kata seorang kontrektor Melayu kepada saya.

-------------------

                                                    TANAH PERTANIAN

 
Satu kawasan tanah beratus ekar milik Jabatan Pertanian Selangor yang terletak berhampiran lebuh raya Jalan Tun Razak Kuala Lumur - Putrajaya, dikatakan, digunakan oleh peladang Cina - menanam kelapa sawit - dengancara yang sukar diketahui, sama ada disewa, diberi kebenaran sulit oleh pihak Jabatan Pertanian atau diterika secara haram.
Tanah tersebut tidak dapat gunakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan pertanian .
Beberpa penduduk sekitar meminta SPRM campuar tangan dan menyiasa perkara tersebut.







MAKSUD DARI AL QURAN



                                                   MELANCONG DI MUKA BUMI

Apakah mereka tidak melancong - berjalan - atasamuka bumi ini, dan memerhatikan bagaimana kesudahan - hidup - orang - orang yang sebelum mereka? Mereka itu (orang - orang zaman silam) lebih kuat dari mereka ini (sekarang); mereka itu (orang - orang zaman silam) mengejakan (berusaha) tanah dan mengadakan pembangunan (seperti membina mahligai dan bangunan - bangunan lain termasuk ampangan), melebihi pembangunan yang yang diadakan oleh mereka ini (sekarang); kepada mereka datang juga Rasul - rasul Allah dengan (membawa) ketgerangan yang jelas, (tetapi) mereka itu menolak atau menentang). Allah tidak hendak menganiaya mereka, malah, mereka itulah yang menganiayakan diri mereka sendiri.
Kemudian itu akibat orang - orang yang mengejakan kejahatan itu adalah (balasannya) kejahatan juga, kerana mereka mendustakan keterangan - keterangan Allah dan mereka sentiasa memperolok -olokkannya.
- Ar Rum:9,10.
Nota.
Berjalan adalah makna dari kata siru dalam ayat di atas, saya ertikan dengan kata melancong (dan boleh juga sesiapa yang hendak memaknakan dengan merantau, menyelidik dan lain).
Orang - orang pada zaman silam, walaupun orang sekarang menganggap mereka itu kuno, iaitu tidak kemajuan seperti sekarang, tetapi mereka berjaya membangun dan membina segala macam bangunan, termasuk ampangan di Ma'rij, Yaman. Mereka itu tidak mahu mengiku para Rasul Allah dan segala keterangan yang diberi oleh para Rasul Allah dan dalam kitab - kita suci Allah, seperti Taurat, Zabur, Injil dan mashaf - masham,maka nereka oleh telah ditimpakan bala oleh Allah, seperti banjir besar, gempa bumi dan lain.
Pada masa ini pun kebanyakan orang Islam di dunia dan di negara kita mengingkari keterangan - keterangan dalam al Quran dan Hadis - hadis Nabi Muhamma, maka, kita mendapati pada masa ini, rakyat negara ini telah menjadui miskin, sentiasa berharapkan bantuan kerajaan dalam semua segi.
Wang kerajaan menjadi binasa begitu sahaja, perniagnaan yang besar dan pada awalnya terpampang di langit zaman, akhirnya jatuh merudum.
Allah akan membinasakan umat Islam dan manusia di Tanah Melayu ini pada masa akan datang di sebabkan:
1 - Tidak mengikut atau menolak hukum hakam Allah dalam al Quran.
2 - Negara kita masih bersifat nasionalis dan kapitalis, tetapi ada ulama yang mementingkan diri, mengumumkan negara ini adalah Negara Islam.
3 - Amalan riba dan mengelabukan mata umum wang hasil riba dijadikan wang Islam.
4- Amalan dan menggunakan wang zakat yang tidak betul.
5 - Amalan rasuah, dan perkara - perkara lain yang bertentangan dengan Islam.
 - mokhtar petah.

Wednesday, January 18, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN




                                                              MENIKUT SYAITAN

 
Sebahagian dari umat manusia itu adalah membantahi ( menentang, ingkar, tidak mengikut hukum hakam dalaam Quran dan sebagainya) Allah, tidak dengan pengetahuan, dan mereka mengikut setiap syaitan (dan manusia yang berhati dan perangai syaitan) yang durhaka (kepada Allah).
Telah ditetapkan (oleh Allah), bahawa sesiapa yang mengikut syaitan, pasti akan disesatkan dan akan dipimpinnya menuju kepada apai yan menyala (neraka).
Hai umat manusia! Kalau kalian masih ragu ragu dengan - hari - kebangkitan (hari akhirat dan manusia dihidupkan kembali), maka, ingatlah, bahawa Kami (Allah) telah menciptakan kalian (Nabi Adam dari tanah), kemudian itu dari setetes air mani (air mani lelaki bercampur mani perempuan), kemudian itu dari segumpal darah beku, kemudian itu dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami (Allah) jelaskan kepada kalian (bagaimana kekuasaan dan kebijaksanaan Allah), dan Kami (Allah) tetapkan dalam kandungan (rahim wanita). Yang mana Kami (Allah) kehendaki, sampai pada waktu yang ditentukan; kemudian itu Kami (Allah) keluarkan kalian sebagai bayi, kemudian kalian menjadi dewasa; dan sebahagian kalian akan diwafat (mati)kan (pada masa kecil atau remaja) dan sebahagian sampai kepada usia yang amat lanjut (terlalu tua), sehingga dia tidak mengetahui lagi apa - apa sebelumnya (sebelum dia tua), setelah mereka mengetahui. Dan kalian lihat bumi itu kering kuntang, dan apabila Kami (Allah) turunkan ke atasnya air hujan, ia bergerak, menggembung dan menumbuhkan segala macam tanaman yang indah permain.
- Al Haj:3,4.

Tuesday, January 17, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN

                                                              
                                                                               SABAR
Hai orang - orfang yang beriman! Sabarlah, da cukupkanlah kesabaran, dan perteguhkan kekuatan kalian dan takwalahkepasa Allah, agar kalian menjadi beruntung.
- Ali Imran:200.
Nota.
Setiap orang Islam, sama ada bekerja, berjuang dan melakukan apa sahaja, hendaklah sabar - menyerah diri kepada Allah dan mengawal diri dari perasaan yang merosakkan moraol diri dan nama bai orang lain.
Ayat ini p[atut diamalkan oleh bekas Exco Kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri tersebut, Dato Hassan Ali.
Beliau dipecat dari PAS bukan kerana orang lain, tetapi kerana beliau tidak sabar, melanggar diisiplin organisasi dan lekasa memburuk - burukkan orang lain serta mengaku diri sendiri yang paling benar.







Monday, January 16, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN



                                                              MENJADI KAFIR

Kalian jangan berdukacita, kerana mereka segera menjadi (orang kafir atau murtad); sesungguhnya mereka itu tidak merugikan Allah sedikitpun. Allah tidak hendak memberi bahagian kepada mereka pada hari akhirat dan mereka akan mendapat (ditimpa) azab yang besar.
- Ali Imran:176

Sunday, January 15, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN



                                                  MEMAKAN HARTA BATIL


Jangan kalian memakan harta yang lain daripadsa kalian dengan jangan yang batil (salah) dan (jangan) mengemukakan (urusan) harta itu kepada hakim (muka pengadilan), supaya kalian dapatg memakan sebahagian dari harta orang lain itu dengan (dengan jalan) melakukan dosa, pada hal kalian mengetahui (tentang harta itu)
- Al Baqarah: 188

 
Nota:
Antara harta - hara yang batil atau salah ialah:
1 - Hasil samun dan curi.
2 - Hasil zina, lacurf dan filem yang lucah dan lakonan yang ditegah Islam.
3 - Riba.
4 - Rasuah atau hasil menyelewengan sebagai poegawai kerajaan dan lain.

Saturday, January 14, 2012

SAJAK


MELAYU DAN QURAN

 
Quran dan Melayu,
Melayu dan Quran,
Quran ajar Melayu,
Melayu nyanyikan Quran,
Ramai Melayu buta Quran.

 
Quran lengkap segala,
Dari ibdah dan undang - undang,
Melayu nyanyi Quran,
Beriman pada Quran,
Melayu tolak banyak hukum Quran.

 
Melayu dan Quran,
Ramai yang baca, menyanyi,
Minta brkat dan azimat,
Laksana baca buku kelasik,
Sebab itu ramai Melayu fasik.

 
Melayu dan Quran,
Quran dan Melayu,
Bangsa darat dan laut,
Tidak akan berpadu,
Selagi Quran dibiar di kepala tiang.

 
Ada Melayu Islam,
Islamnya, hanya pusaka,
Islamnya, jadi dua muka,
Ismlamnya, jadi dia derhaka,
Islam bentuk Melayu bertakwa.

 
Bukit Genting, Pahang ......... Mokhtar Petah

NAKSUD DARI AL QURAN




                                                                         AL QURAN

Jangasn kalian menjadi seperti orang - orang yang telah melupakan (perintah - perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan - amalan yang baik untuk menyelamatkan diri mereka), mereka itulah orang - orang yang fasik (derhaka kepada Allah).
Tidak sama ahli neraka dengan ahli syurga; ahli syurga (ialah) orang - orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang mereka inginkan).
Sekiranya Kami (Allah) turunkan Quran ini atas sebuah gunung, nescaya kalian melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah) misal - misal perbandingan ini Kami (Allah) kemukakan kepada umat manusia, agar mereka memikirkannya.
- al Hasyr:19 - 21



Friday, January 13, 2012

BUKU



                               ANWAR IBRAHIM DALAM SEJARAH ALAM MELAYU

Saya telah menulis dua buah buku mengenai Tun Dr. Mahathir Mohammad, tiga buah buku mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sebuah buku mengenai Dato' Seri Najib Tun Razak akan dilancarkan pada masa terdekat.
Maka, saya inginkan pendapat para penulis, politikus dan siapa sahaja; iaitu bagaimana, kalau saya menulis sbuah buku mengenai Anwar Ibrahim dengan nama :

 
                                        ANWAR IBRAHIM DALAM SEJARAH ALAM MELAYU?

 
Saya telah kenal dan mendekati Anwar Ibrahim pada masa dia menuntuk di Malay College, KUala Kangsar. Saya pernah menjadi salah seorang pengadil perahan antara pelajar di kolej tersebu. Anwar Ibrahim telah menjadi johan.
Pada ketika saya berucap sebagai pengadil setelah kemenangan diumumkan, dan saya katakan : Orang yang jadi johan pidato ini, saya ramalkan akan menjadi pemimpin negara ini pada masa depan."
Anwar Ibrahim melaung dan melompat.

maKSUD DARI AL QURAN



                                        RAMAI INGIN TAHU MENGENAI SAYA

 
Pada masa usia saya yang hampir ke hujung ini, menanti jemputan ke alam baqa, ramai orang muda - penulis dan pelajar bertanya mengenai diri saya. Maka, untuk memudahkan semua, sila tekan atau layari mokhtarpetah. Semua yang ingin mengetahui mengenai diri saya, boleh membaca keterangan mengenai diri saya.

---------------------------------------------------------


      MAKSUD DARI AL QURAN






                                                    SELALU GELISAH
Sesungguhnya, manusia itu diciptakan dalam keadaan selalu gelisah. Apaila ada bahaya menimpanya, diapun berkeluh - kesah. Dan apabila dia mendaoat kebaikan, yakni mendapat rezeki yang banyak, dia amat kikir (kedekut). Ini adalah selain dari orang - orang yang mengejakan solat. Yang sentiasa tetap dalam melaksnakan solat.
- Al Ma'arij:19 - 23

Wednesday, January 11, 2012

HAKIM



                                          HAKIM DAN KEADILAN KERAJAAN

Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa hakim dan mahkamah tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan diumumkan tidak bersalah atas tuduhan melewa pemuda berkenaan, menunjukkan hakim bebas dan kerajaan tidak menekan ataun mengongkong hakim.
Saya juga setuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahthir Mohamad atas pendapat yang sama dengan Najib, tetapi mengenai hakim menjatuhkan hukuman mengharamkan UMNO 1946, saya kena fikir banyak kali.
Saya ada bercakap dengan Hakim Harun Hashim, beberapa bulan setelah penghukuman itu dilaksanakan, bahawa hukuman yang dibuat mengharamkan UMNO 1946, ialah untuk menyelamatkan Dr. Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO, kerana, jika UMNO 1946 tidak diharamkan Dr Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO tidak selamat.
Pada masa itu kalau Dr Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO tidak selamat, maka, negara yang dikendalikan oleh Barisan Nasional akan kucar kacir.
Sesungguhnya, para hakim adil dan tidak teringkat dan tidak diikat. Hakim menjatuhkan hukuman setelah meneliti segala catatan, percakapan penerangan pertuduhan. Ertinya, kalau kertas pertuduhan itu dipengaruhi oleh orang - orang politik mempunyai bukti yang tidak meragukan hakim, maka yang kena tuduh akan menerima hukuman penjara atau denda atau pun dihantung sampai mati.
Di mana - mana negara, biasanya pihak yang mahu menjatuhkan sesorang melalui mahkamah, mereka menggunakan polis dan saksi - saksi. Ketgerangan polis dan saksi - saksi itu dapat memberi keyakinan kepada hakim, maka, yang menjadi mangsa tuduhan akan menerima hukuman.
Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd. Khir Toyo, adalah hakim yang baik, adail dan berperikemanusia.
Beliau mengenakan hukum sekadar dua belas bulan penjara. Ramai mengatakan tidak adil kerana hukuman itu tidak berat, Tetapi kalau dinilai harta benda Khir Toyo yang dirampas kerajaan melalui SPRM berjuta ringgit nilainya.
Walau bagaimanapun kita tahu, diseluruh dunia ini para hakim adalah manusia. Ada di antara menjalankan keadilan dengan ikhlas dan ada pula tunduk di bawah sesuatu kuasa dan sebagainya. Oleh demikian, kita dapati, banyak manusia yang dihukum mati sepuluh atau dua pulah tahun yang lalu, kemudiannya merek didapati tidak bersalah.

MAKSUD DARI AL QURAN



                                           ALLAH ITU HAMPIR DENGAN KITA

Wa iza salaka 'ibaadi 'anni fainni qarib ajibu da'awatad da'i iza da'ani falyastajibuu li wal yu'munuubi la'allakum yarsyudun.
-al Baqarah:186

Dan bila hamba - hambaKu bertanya kepada kamu (Muhammads.a.w.) tentang Aku, maka sesaungguhnya Aku hampir (dekat). Aku memperkenankan permintaan orang - orang yang memeinta kepadaKu. Oleh itu perkenankanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, mudah - mudahan mereka berjalan (berurusan ) dengan lurus.

Tuesday, January 10, 2012

RAGAM MANUSIA

                                     

                                        BERJUANG DENGAN LAIN NIA


                           ORANG RAMAI TERPENDAYA AWAK KECUNDANG
Saya mengambil sedikit dari cebisan sejarah manusia yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama, iaitu sejak tahun 1946 hingga kini, pada umumnya mereka yang berjuang dengan ikhlas mencapai maksud hingga ke hujung jalan, tetapi yang berjuang berlainan dari niat asalnya jatuh tersunggu dan dibenci orang ramai.
Ada manusia berjuang dengan niat suci, iaitu kerana Allah untuk membela negara, bangsa dan agama Islam, dan ada pula manusia yang berjuang dengan tujuann untuk mendapatkan habuan - kekayaan, kedudukan dan senjungan orang ramai.
Manusia yang berjuang dengan hati yang jujur atau ikhlas, tidak mementingkan kebendaan, kedudukan dan menolak amalan tidak amanah dan amalan rasauah. Tetapi manusia sebaliknya, iaitu lain dari niat dan tidak dengan hati yang jujur, dia menggunakan landasan perjuangan untuk membina dirinya sendiri, seperti kekaayaan, kedudukan dan kekuasaan.
Manusia yang berjuang tidak dengan hati tidak ikhlas, dia sanggup menepuk dada, melaungg sampai kelangit kononnya untk membela negara, bangsa dan agama Islam, selagi saku dan tabungnya berisi banyak wang atau selagi dirinya ada kedudukan, tetapi kalau wang tidak ada atau tidak masuk saku dan tabungnya, kedudukannya telah hilang, dia akan menjadi orang lemah seperti tikus kehujnanan takutkan kucing.
Orang yang begini, berada dalam organisasi kebangsaan dan organisasi kebangsaan dan agama Islam. Dan orang begini bolehlah dianggap sama dengan tokoh Yahudi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah ibnu Ubai.
Allah sentiasa merenung dengan kuasa - Nya terhadap manusia - manusia yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama Islam. Jika mereka berjuang di atgas landasan kejujuran dan keranaan Allah, maka Allah selamatkan mereka, tetapi kalau mereka tidak jujur, mementingkan diri sendiri, bertujuan mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa, maka Allah jatuhkan mereka hingga mereka menjadi hina di hadapan orang ramai.
Kita dapat memahami orang - orang yang tidak jujur kepada perjuangan dengan merenung percakapan dan tingkal laku. Di antara:
1 - Tidak jujur kepada organisasinya sendiri dan mudah dipujuk oleh para musuh politiknya,
2 - Bercakap sentiasa mengankat diri seperti mengangkat diri sendiri dalam bakul,
3 - Bercakap atau berucap di hadapan orang ramai lebih mengutramaka n wang dan
      kebendaan daripada agama, maruah dan semangat.
4 - Percakapan dan ucapan diselit atau dilaungkan dengan suara untuk memberi atau
      membantu orang ramai dengan wang ringgit dengan tujuan orang ramai menyokongnya.
5 - Banyak janjinya kepada orang ramai tidak ditunaikan.
6 - Dengan kuasa di tangannya, segala nikma negeri dan negara diutamakan kaum kerabat dan
suku sakatnya sahaja,
7 - Amalan tidak amanah atau penelewengan dan rasuah menjadi amalan biasa baginya.
Kita orang Melayu telah lama di hanyut arus perjuangan. Terlalu ramai orang Melayu yang berpelajaran tinggi dan bijaaksana. Maka, untuk mengelakkan bangsa kita, negara kita dari kemusnahan dan rakyat menderita, maka, berhati - hatilah dan berjuanglah dengan ikhlas. - mokhtar petah



MAKSUD DARI AL QURAN





                             BERSAMA ORANG - ORANG BENAR

 
Hai orang - orang yang beriman, takwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang - orang yang benar.
- At taubat:119

Nota:
Orang - orang benar, ialah golongan atau organisasi yang menjunjung dan mengamalkan undang - undang Allah, taatkan Allah dan berjuang pada jalan Allah.







Monday, January 9, 2012

RAJA



                                  RAJA DAN RAKYAT : Sultan Azlah shah

"Sesungguhnya, takhta merupakan satu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh perlembagaan. Sebelum perlembagaan waujud, maka Raja yang bertakhta yang mewujudkan perlembagana dan undang - undang. Undang Melaka dan Undang - Undang 99 di Perak telah digubal oleh Raja yang bertakhta satu abad sebelum didatangi peenjajah Portugis.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah - setengah negara, takhta dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad ke sembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu, kepada 240 buah dalam abad ke dua puluhan, dan pada hari ini - pada dekad kelapan abad kedua puluh, hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialihkan dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, khabarnya, takhta Merak Pahlavi (Shah Iran) telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa takhta dialihkan dari istana ke muzium sejarah, adalah hasil (akibat) dari salah nasihaqt yang diberi oleh penasihat - mpenasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat - penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspairasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak pelurus bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemaraan asmirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata itu dikabulkkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
Nota:
Raja, iaitu Sultan dan Raja yang berkuasa atas negara. Maka negara itu dinamakan Kerajaan, ke -Raja - an.
Negara tidak beraja, iaitu dipimpin oleh Presiden (seperti Republik Indonedia) di namakan Pemerintah.
Titah Sultan Azlan ini di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, iaitu pada masa Baginda belum menaiki takhta Kerajaan Negeri Perak.

TAHNIAH



                                                 TAHNIAH KEPADA ANWAR IBRAHIM


Saya mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau tidak bersalah atas tuduhan meliwat dan dibebaskan. - Mokhtar Petah

DEMONSTRASI



                                        DEMONSTRASI DAN BIJAKSANA

Pada hari ini sebilangan rakyat Malaysia berdemonstrasi - kempen bebaskan Anwar Ibrahim 901. Demonstrasi seperti itu telah diakan di mana - mana negara sejak ratus tahun lalu. Para pelajar Indonesia - KITA - demontrasi. Rakyat - rakyat di negara - negara Arab dan Afrika demonstarasi. Di negara ini, demonstarsi seri diadakan oleh mereka yang sedar dan bernai.
Dari demostrasi ini, kita dapat menilai:
1 - Siapa bijak dan adil.
2 - Siapa menggunakan otak dan fikira dan siapa menggunakan lutut.
3 - Siapa untung dan siapa rugi.
4 - Siapa dibenci rakyat dan siapa disuka rakyat.
5 - Demonstrasi rakyat laksana air banjir, ditahan atau ditolak, bahaya. Dibiarkan, juga bahaya.
"Hanya rakyat yang sedar, insaf dan bijaksana yang sanggup berdemonstrasi memprotes kerajaan atau pemerintah," Ishak Haji Muhammad -Pak Sako.

LELAKI TUA



                                                     TOLONG ATAS JALAN

Pada awal pagi ini, atas jalan - bulatan Perdana Menteri -, Putrajaya, dua lampu belakang sebuah kereta buatan Malaysia berpasang kelip kelab. Tiba di lampu mereka turun dari kereta itu seorang lelaki tua. dia berjalan laju menuju ke kereta sebelah keretanya. Ketuk - ketuk pintuk kereta itu. Lampu hijau menyala, kereta itu bergerak, dia undur dan berjalan kekeretanya. Nyaris kereta lain tidak melanggarnya.
Dari sebuah kereta berbisik sepasang suami isteri:
Isteri: Kasihan, dia minta tolong agaknya, mungkin keretanya rosak.
Suami: Dalam kereta yang dia minta tolong tu perempuan muda, takut kepada lelaki tua itu.
Isteri: Ooo, lelaki tua dia takut, tapi kalau muda tak takut.
Suami: Tengok tua macam manalah.
Isteri: Macam mana?
Suami: Tua kelapa, tua buah labu, tua kengkuas ..., jangan perempuan tua sudahlah.
Isteri: Kasiaaaan! oran tua.

PENGETAHUAN





                                          RENUNG DALAM DIRI SENDIRI


Beberapa orang pemimpin Melayu - Islam - yang jatuh adalah bersabab atau disebabkan diri sendiri.
1 - Dato' Onn bin Jaafar pelopor UMNO (1946) kerana salah dirinya sendiri, iaitu tidak sabar dan tidak mengutamakan Islam dalam perjuangan untuk negara dan bangsanya.
2 - Tunku Abdul Rahman tidak disukai oleh orang Melayu dan turun ke bawah kerana lembut hati dan lembut telinga kepada orang - orang keturunann pendatang.
3 - Dato'Mohd. Asri Muda - pemimpin PAS - jatuh kerana langkahnya mengajak orang - orang PAS menyertai Perikatan - UMNO.
4 - Dr. Hassan Ali jatuh dan dipecat dari PAS kerana tindakannya sendiri, banyak bercakap sehingga melanggar disiplin parti dan dia seorang Islam yang modaret, iaitu berbeza dengan Dasto Nik Aziz dan para ulama dalam PAS.

MAKSUD DARI AL QURAN




                                                               TIPU DAYA

Wahai Tuhan (Allah) kami! Kami beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikut Rasul, oleh itu tulislah (kurnialah balasab) kami sebagai orang - orang yang mengakui (Allah dan Rasul).
Dan mereka (orang - orang kafir dan munafik) membuat tipu daya, dan Allah membuat tipu daya pula, dan Allahlah yang paling baik (membalas) tipu daya mereka).
- Ali Imran:54
Nota.
Pada Rasul Allah - dari Adam alaihis salam hingga Muhammad sallallahu alaihi wa sallam), orang - orang kafir dan munafik memperdaya dalam agama Allah dan sebarang gerakan atau organisasi Islam, tidak ada seorangpun yang berjaya, tetapi mereka jatuh tersungkur atau ditimpa kehinaan.
Oleh yang demikian, setiap orang Islam dan beriman kepada Allah, elakkanlah dari melakukan kburukan atau tipu daya dalam agama dangerakan agama Allah. - Mokhtar Petah

Friday, January 6, 2012

SAJAK




                                MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA







Islam agama Allah,
Semua Melayu Islam,
Bangsa Melayu beragama Islam,
Ada Melayu Islam tulin,
Ada Melayu munfik Islam,
Ada Melayu tidak faham Islam.

Melayu berpecah,
Berjalan Melayu tidak seiring,
Melangkah sama tapi tidak ke hujung,
Melayu faham Islam,
Tolak Melayu munafik Islam,
Melayu tidak bersatu.
Melayu tulin Islam pegang Quran,
Melayu munafik Islam,
Kapitalisme dan sosialisme,
benak dalam dada,
Tolak hukum Allah.
Kutuk sama sendiri.

Mana pemimpin Melayu,
Mana pemimpin umat Islam,
Berani hadapi segala tentangan,
Sanggah segala kepalsuan,
Demonstrasi tuntut Melayu bersatu,
Di bawah al Quran.

Selaqgi Melayu tidak sehati bawah al Quran,
Siapa jua pemimpin Melayu,
Ketepikan hukum hakam dalam Quran,
Gagal menyatu padukan bangsanya,
Sampai ke akhir zaman,
Melayu tidak bersatu.
Melayukah dalam UMNO?
Melayukah dalam PAS?
Melayukah dalam PKR?
Pegang kukuh al Quran,
Ikut setia hukum hakamnya,
Bersatu dalam Islam.

Pondok usang GAPENA, KL ...........Mokhtar Petah

MAKSUD DARI AL QURAN





                                            DOSA BAGI ORANG MENGUMPAT

Wail (celaka) bagi tiap - tiap orang mengumpat, penesta,
Yang menumpulkan kekayaan dan menjadikan harta itu persiapannya (tidaik dikeluarkan untuk masalah bersama, tidak dikeluarkan untuk kewajiban dalam agama Islam, hanya digunakan untuk dirinya dan keluarganya semata - mata).
Dikira hartanya itu dapat mengekalkan dirinya (tidak mati),
Janganlah! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam bahaya yang menghancurkan,
Dan apakan yang menyebabkan engkau mengerti, apa sahaja yang menghanccurkan itu? (iaitu) api yang dinyalakan Allah, Yang naik ke hati.
Sesungguhnya, (api) itu ditutup atas mereka,
Dalam tiang yang panjang (nesbahkan amat panas api itu dan tidak dapat melepaskan diri sesiapa yang dicampak ke dalamnya).
- al Humazah (pengumpat): 1 - 9



Monday, January 2, 2012

MAKSUD DARI AL QURAN





                                                         KAHWIN

...maka kahwinilah wanita - wanita yang kalian senangi (cinta sama cinta), dua (2x2), tiga dan empat. Jika kalian takut tidak boleh berlaku adil (antara isteri - isteri kalian), maka (kahwinlah) seorang sahaja.
- An Nisa:3
Berkahwinlah orang - orang yang bersediri8an ( iaitu lelaki belum berkahwin dan wanita belum bersuami) di antara kalian, dan orang - orang yang layak (berkahwin) dari hamba - hamba sahaya kalian lelaki dan perempuan (pada zaman permulaan Islam), jika mereika miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan - Nya. Dan Allah Maha luas(kurniaan - Nya) lahi maha Mengetahui.
- An Nisa:32.

Nota.
Perkahwinan dalam Islam wajib lelaki dan perempuan sama - sama cinta.Jika, kahwin tanpa cinta dan kahwin dengan paksaan, oleh ibu bapa, waris dan lain, maka kahwin itu tidak sah. Sama dengan ziana.
Maka, saya nasihatkan kepada para remaja dan lelaki perempuan yang bercinta untuk kahwin, jika, dihalang oleh ibu bapa gadis, maka, teruskan perkahwinan itu, walaupun berkahwin menggunakan wali hakim atau kahwin di luar negara atau di tempat yang jarak jauhnya yang ditentukan Islam.
Lelaki yang gagal kahwin dengan kekasih yang ditegah oleh ibu bapa atau waris itu, maka, lelaki itu tidak amanah, tidak berharga sebagai lelaki dan dayus.
Oleh itu setiap lelaki dan perempuan yang bercinta, hendaklah ada keberanian dan takwa kepada Allah.Kahwinlah.

Sunday, January 1, 2012

TITIK - TITIK SEJARAH



                      MELAYU BERPECAH KERANA BERBEZA TUJUAN


Pada 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Islam ; Hizbul Muslimin, sama tujuan untuk masa depan Tanah Melayu dan orang Melayu serta rakyat negara ini, iaitu:
* Satu negara, Negara Melayu,
* Satu bangsa, bangsa Melayu (semua rakyat negara ini jadi Melayu),
* Satu bahasa, Bahasa Melayu ( mengguna bahasa Inggeris,Arab dan lain),
* Agama Islam, Agama Negara ( Tuhan yang Maha Asa, dan bukan ketuhanan).
Pada 1951, UMNO yang ditubukan pada tahun 1946, berjuang mengikut yang dicapkan oleh pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman, iaitu:
1 - Bangsa asing sebanyak lebih kurang 60 peratus dibekalkan dengan kekuatan iktisad (ekonomi) dan ilmu pengetahuan tidak akan berdiam diri jika tidak diberi peluang memerintah (negara ini ) bersama - sama.
2 - Sekiranya kita telah bekerjasama dengan mereka (bukan Melayu) itu bukankan kita membawa huruhara dan kacau - bilau dalam negeri yang baru merdeka.
3 - Sekiranya kacau - bilau berlaku sanggupkah orang Melayu menyelesaikannya tanpa 'habuan' yang menasabah dan memuaskan hati orang bukan Melayu.
4 - Kalau akhirnya kita terpaksa memberikan hak kepada orang bukan Melayu, " Kenapa kita tidak berkira bicara secara damai dan berbaik - baik dari sekarang?"
5 - "Apakah sengaja hendak mengaakan kacau - bilau, kemudian terpaksa menyerah?" "Kalau kita menyerah dengan terpaksa, perasaan benci itu akan selama - lamanya di antara satu bangsa dengan (bangsa - bangsa) yang lain." - Mokhtar Petah