Monday, May 10, 2010

POLITIK

AKAN PUPUSKAH MELAYU

Rundingan Baling’, iaitu pertemuan dan perundingan antara pihak Penjajah Inggerisi yang diawakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshah (Yahudi - Singapura) dan pemimpin MCA, Tan Cheng Lock (sebelum bersahabat dengan Tunku Abdul Rahman, dia adalah salah seorang tokoh Cina sebran g laut yang anti bangsa Melayu), diadakan di sekolah Rendah, bandar Baling, Kedah, pada 28 dan 29 Disember 1955.
Aku telah menyertai lebi 300 wartawan Radio, surat khabar, majalah, Jabatan Penerangan kerajaan dan pertubuhan Berita Tanah Melayu dan negara – negara seluruh dunia.
Oleh kerana tiada rumah tempat menginap, semua wartawan terpaksa tidur bergelimpangan di kaki lima sekolah dan bangunan – bangunan lain.
Pednjajah British yang gagal menentang pergerakan Parti Komunis Malaya, telah menggunakan Tunku Abdul Rahman – tekanan; jika mahu merdeka hapuskan gerakan Parti Komunis Malaya - , jika mahu menerima Tanah Melayu dari tangan penjajah Inggeris.
B IJIH TIMAH
Sehari sebelum pertemuan itu diadakan, aku bersama dua belah orang wartawan Tanah Melayu, termasuk para juru gambar, telah menemui pembantu Setia Usaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Thean, di sebuah kedai kopi, di Kelian Intan – pekan lombong bijih timah -, di Hulu Perak, di antara bandar Grik dengan pekan kecil Keroh (Koh Di hulu).
Dalam pertemuan itu,Chin Thean yang fasih berbahasa Inggeris telah membuagt telahan, bahawa perundingan yang akan diadakan di Baling pavsa esoak pagi akan menghadapi kegagalan, kerana penjajah Inggeris menggunakan seorangv tokoh Yahudi, iaitu David Marshall dalam rundingan teresebut.
Katanya, pihak Parti Komunis Malaya telah menjangkakan, bahawa British mahu menekan parti tersebut dengan cara menyerah diri.Tetapi parti tersebut tidak ada hak menyerah diri, kerana mereka menjalankan keputusan Kongres Pemuda Sosialian Sedunia, di New Delhi, pada tahun 1947, iaitu Parti Komunis Malaya bersama Parti Komunis Cina dan badan – badan sosialis seluruh dunia hendaklah membantu semua rakyat mana – mana negara yang dijajah untukmembesas atau memerdekakan mereka.
PARA WARTAWAN
Kerena Chin Thean meminta para wartawan agar imbargo berita pertemuannya dengan kami, kerana dia khuatir akan mengganggu persidangan bersejarah itu, maka berita itu tidak dikirim oleh para wartrawan kepada media yang mereka wakili.
’ ... Rundingan Baling itu menjadi modal politik penajajah British.
Kami akan dicap sebagai degil, pengganas yang sememangnya
tidak bertamadun. Macam – macam lagi boleh ditokok tambah
oleh pihak berkuasa penjajah British dalam peropaganda perang
saraf mereka. Jadi setelah ditimbangkan dengan semasak
– masak, kami pun besetuju bahaw abanyak kebaikannya
bagi pihak kami untuk pergi berunding, walaupun merundingan
itu pasti akan menuju jalan yang bunjtu.
Kami sedar, bahawa Tunku Abdul Rahman tiada akuasa untuk
membuat sebrang keputusan dan persetujuan dengan kami.
Beliau ketika itu hanyalah seorang Ketua Menteri Malaya,
lebih sebagai boneka, penjajah British yanfg sebenarnya mengjuassai
tampuk kuasa yang strategik, iaitu terntera, polis dan ekonomi.
Bagi pihak penjajah British, mereka mahu menggunakan
Tunku senjata politik dalam strategik merekas untuk menewaswkan
kami. Manakala Tunku pun bijak juga orangnya, dia akan mengambil
kesempatan ini untuk memperkuatgkan lagi kedudukannya
dalam brhadapan dengan British untuk menuntut kemerdekaan.
Maka tidak hairanlah Tunku tidka mengutuk kami secara melulu
seperti David Marshall. David Marshall ini orang Yahudi
dan Ketua Menteri Singapura.Agaknya dengan menghentam
kami bagaikan babi hutan itu, maka dia akan dipercayai dan disayangi
oleh tuannya – penjajah British.
Begitu jugalah karenahnya dengan Tun Tan Cheng Lock.
Kami buat tidak peduli sahaja akan kecaman – kecaman mereka.
Kemudian Tunku bercakap dan mengemukakan usul supaya
kami meletakkan senjata dan menyerah diri.
(Rashid Maidin, Memoir Rashid Maidin, 2005, Petaling Jaya, Strategic
Information Research Development (SIRI), hlm: 72).
Penjajah Inggeris membebaskan Tanah Melayu kerana beberapa sebab yang menguntungkan mereka, sama ada di segi kebenadaan dan moral.Di antaranya:
1 – Hasil mahsul Tanah Melayu, seperti b ijih timah telah disedut secara habis – habisan untuk membina banda London dan mengayakan Negara nggeris.
2 - Takut kepada gerakan dan ancaman para ulama, gerakan Melayu yang dinamakan gerakan kiri, penentangan para ulama radikal dan umat Islam serta ancaman dari gerakan Pargti Komunis Melaya.
3 - Sebilangan besar orang Melayu yang berpendidikan Barat telah menjadi anak emas Inggeris dan mengikut telunjuk mereka.
4 - Setelah para pemimpin Melayu berpendidikan barat dan golongan kanan (pro Inggeris) mengikut kehendak mereka, maka orang – orang Cina dan India keturunan pendatang di Tanah Melayu memperolehi peluang menjadi warga Negara Persekutuan Tanah Melayu yang diikat dalam ‘kontrak sosialo’.
5 - Dengan kekuatan orang Melayu pro Inggeris, nama baik Inggeris menjadi baik, kerana orang Melayu tidak menentang Inggeris. Yang menentang mereka, ialah, orang Asli (seperti pembunuhan Birch di Pasir Salak 1875), umat Islam dan pengganas komunis.
MENGALAMI KEPUPUSAN
Pada hari ini dan masa depan, jika orang Melayu tidak bersatu dan tidak bersama dalam perjuangan Islam, maka, hari demi hari atau dari semasa ke semasa orang Melayu akan menghalami kepupusan di bumi mereka sendiri.
Mereka dipupuskan oleh pengaruh politik anti politik Islam, seperti nasionalisme, kapitalisme dan sosialisme yang terkenal pada hati ini, dengan sosio – demokrasi.
Mereka dipupus oleh kemiskinan, kerana yang kaya raya Melayu kelas atasan yang tidak lagi merenung Melayu kelas abawahan.Ertinya mereka dipupuskan oleh gelombang ekonomi.
Mereka dipupuskan oleh kebudayaan Barat yang sebilangan besar memuja kebudayaan tersebut, kerana dipandang moden yang menyeronokkan.
Sesungguhnya perpecahan orang Melayu member ruanbg yang banyak kepada sesiapa sahaja dan golongan mana yang menjadi musuh kepada kebangkitan semula bangsa Melayu.(mp)

1 comment:

Unknown said...

Amat penting membaca blog tuan,dan saya berterimakasih kerana tuan memaparkan sejarah sebenar bukan sebagaiman yg di tulis oleh golongang pengampu yg jahil sejarah
kalau boleh wartawan2 lama semua me
nulis demi utk kebenaran yg agak kabur dan terpisung di sebabkan ol
eh kepentingan politik kita telah banyak menzalimi manusia2 dulu yg berkorban utk malaysia samaada dari
gerakan kiri,islam dan nationalis
dari stiap bangsa.