Wednesday, May 5, 2010

QURAN DAN HADIS



KEYAKINAN


Maka (oleh itu), sampaikanlah secara terang apa yang diperintahkan kePada anda (Muhammad), dan janganlah anda pedulikan tentangan kaum musyrikin. Sesungguhnya, Kami tetap mengawal anda daripada kejahatan orang – orang yang mengejek – ejek dan mempersendakan anda.(Iaitu) mereka mengadakan tuhan yang lain bersama Allah, maka, mereka akan mengetahui kelak (akibatnya). Dan demi sedungguhnya, Kami mengetahui, bahawa anda (dalam keadaan) susah hati, lantaran apa yang mereka katakan. Oleh demikian, bertasbihlah anda dengan memuja Penguasa (Allah) anda dan jadikanlah diri anda dalam kalangan orang – orang yang sujud (menyembah Allah). Dan sembahlah Penguasa (Allah) anda, sehingga keyakinan (kekuatan) datang kepada anda.
- al Hijr: 94 – 99.
HADIS

SEDEKAH

Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesungguhnya sedekah (pemberian dengan wang ringgit dan harta kepada jalan Allah) akan memadamkan kemurkaan Allah dan mengelakkan kematian dalam dalam keadaan yang buruk.
- Perawi: Ibnu Habban.

No comments: