AZAB SENGSARA
Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan (mereka) itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (senang lenang) dan (mereka) berkata (dengan sombong): “Sesungguhnya nenek moyang kami juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan, iaitu susah dan senang bukan dengan kuasa Tuhan tetapi semula jadi atau kehendak alam).” Lalu Kami timpakan ke atas mereka (dengan azab sengsara) secara mengejut (seperti banjir besar, gempar bumi), dan mereka tidak menyedarinya.
HADIS
PENGAMAL RASUAH
Abdullah bin Umar r.a. telah berkata: Dalam tanggungan rumah tangga Nabi Muhammad s.a.w. ada seorang lelaki bernama Kirkirah. Dia telah meninggal dunia dan Rasulllah telah bersabda: (Dia dalam neraka.) Orang banyak pergi melihatnya. Mereka mendapati jubah (baju)nya di dapati dari (amalan) rasuah.
No comments:
Post a Comment