Wednesday, May 26, 2010
POLITIK
PENJAJAH BENTUK BARU
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak telah dihidayatkan Allah untuk melahirkan dan melaksanakan gagasan 1 Malaysia. Semua rakyat Malaysia patut memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada usaha dan perjuangan beliau itu, agar hasrat murni untuk perpaduan dan keharmonian rakyat terlaksana dengan jaya.
Najib telah mengariskan lapang tunggak kekuatan dalam 1 Malaysia, iaitu: * Ketabahan * Penerimaan * Pendidikan * Integriti * Meritokrasi * Rendah hati *Kesetiaaan * Budaya kecemerlangan. Tunggak ini memperlihatkan kepada kita, bahawa ada faedah yang besar kepada semua rakyat dan negara kita ini.
Gagasan tersebut amat baik bagi semua rakyat negara ini. Ia akan menjadi satu 'gaung neraka', jika dilaksanakan secara tidak baik oleh pihak - pihak tertentu atau yang mahu mengambil kesempat dari dari gagasan tersebut untuk menyingkirkan orang Melayu atau memperhambakan mereka.
KETURUNAN
DARI NEGARA - NEGARA LAIN
Kita semua telah maklum, bahawa Allah telah mencipta alam dan manusia. Dia telah menentukan kawasan - kawasan - kini dikenali dengan nama negara dan mencipta manusia dengan syu'uba (bangsa - bangsa). Seperti kawasan Afarika, Barat, Asia dan lain.
Rakyat Malaysia terdiri dari bangsa Melayu, orang - orang keturunan Cina, keturunan dari orang - orang cina di negara Cina. Orang - orang India dari keturunan orang -orang India di negara India, dan keturunan - keturunan lain dari negara - negara lain.
Seperti yang dimaklumi oleh para ahli sejarah dan politik, bahawa orang Melayu dari bangvsa yang baik budi kepada tetamu atau pendatang. Terdapat dalam kebudayaan Melayu dan menjadi sastera falsafah, iaitu:
Kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan dalam buaya,
atau: Dagangb lalu ditanakkan (diberi makan), anak mati kelaparan
dalam buaian.
PERGERAKAN
CINA SEBRANG LAUN
Maka, kerana baiknya orang Melayu, hendaknya tidak boleh wujud perasaan dalam hati orang - orang keturunan pendatang, menggunakan 1 Malaysia sebagai satu kesempatan untuk mengusai negara ini dan bangsa Melayu atau menafikan wujudnya bangsa Melayu.
Dalam sejarah telah berlaku, bahawa pergerakan Cina Seberang laut, pada zaman beluam negara ini mencapai kemerdekaan, mereka menafikan bangsa Melayu atau menghina mereka dengan cara menuntut kepada Penjajah Inggeris agar menyerahkan Tanah Melayu merdeka kepada orang - orang Cina.
Demikian juga kaum Cylon telah menuntut kepada penjajah Inggeris seperti yang dituntut oleh Pergerakan Cina Seberang laut tersebut.
MENGHAPUSKAN
BAHASA MELAYU
I Malaysia adalah era baru. Maka setiap individu keturunan pendatang hendaklah insaf, bahawa, jika mereka menuntut sesuatu yang berlawanan dengan maruah bangsa Melayu, misalnya hendak memerintah negara ini, mengenapikan agamaIslam, menyingkirkan Raja Melayu dan menghapuskan bahasa Melayu, maka mereka itu adalah penjajah bentuk baru.
Penjajah bentuk baru, iaitu selain dari Inggeris; sama ada keturunan Cina, India dan bangsa - bangsa lain mememerintasebahagian atau semua negara orang lain, mereka itu adalam penjajah bentuk baru.
Jika berlaku perkara yang tidak diingini itu, maka 1 Malaysia tidak lagi menjadi satu taman bahagia bagi rakyat negara ini, sebalinya akan menjadi 'gaung neraka' bagi semua rakyat negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment