Tuesday, May 18, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


-----kita sama - sama fikir ----

CEKEK DARAH

Sebilangan pegawai dari Kementerian pelajaran Malaysia yang bertugas menjayakan Hari Guru, di Kuantan, tinggal di Black Stone Resort, Baserah, Pahang selama lima malam. Pada waktu mereka akan meninggalkan bilik masing - masing, sebiji gelas berharga kira - kira RM1.50 sen, dalam bilik seorang pegawai di dapati pecah, pihak resot itu 'cekek darah', menuntut bayaran sebanyak RM10.00 sebagai harga gelas tersebut.

TOLAK SOSIO - DEMOKRASI

Kebanyakan orang Melayu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat, kerana mereka tidak berminat menyokong tujuan untuk menjadikan negara ini sebuahy negara sisialis di bawah bendera Sosio - demokrasi seperti yang diperjuangakan DAP. Sosio - demokrasi adalah dari sosialisme yang diciptakan oleh Karl Marx.

PAKATAN RAKYAT

Dalam pilihan raya kecil pada Ahad lau, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mengutip 232 undi.
Sarawak adalah sebuah negeri kapitalis baru. Negeri itu ada dua peringkat, iaitu peringkat pertama golongan paling kaya, dan peringkagt kedua golong kedua yang paling miskin.

PAS DAN UMNO

Ramai pemerhati politik Islam berpendapat, PAS akan gagal membengtuk negara Islam dan mrelaksanakan huku hudud, selagi ia berikat dengan Pakatan Rakyat, kerana DASP dan Parti Keadilan Rakyat mengamlakan sosio - demokrasi yang tentunya menentang kebangkitan Islam. PAS boleh berjaya dalam perjuangannya, jika ia bekerjasama dengan UMNO.

CALON PAS

Pas akan mempertimbangkan bukan Islam menjadi calonnya pada pilihan raya umum akan datang melalui keahlian Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Naib Presidennya, Salahuddin Ayub ketika mengumumkan penubuhan DHPP bagi menggantikan Kelab Penyokong Pas sebagai sayap baru parti berkata, ia adalah perkembangan positif bagi melahirkan gagasan yang lebih besar, sekali gus mengiktiraf DHPP setanding dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Menurutnya, pelancaran DHPP akan di sempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada 23 Mei ini di Dewan Serba Guna Pejabat Daerah dan Tanah, Klang.(Sinar Harian)


1 comment:

Halim Tuah said...

sila saksikan ceramah saya bertajuk "ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO" di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q