(7 Mei 2010/ 22 Jamadilawwal 1431H)
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Berdasarkan peningkatan pengaruh budaya asing dan perubahan sosio-ekonomi yang pesat di negara ini, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, takut kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan sifat ketakwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masa depan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntutan ajaran Islam dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah:
CABARAN PEMBENTUKAN KELUARGA ABAD MILENIUM
Halatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada dasar hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara. Persoalan besar timbul ialah kearah mana halautuju gerakan keluarga itu?. Berdasarkan pemerhatian mimbar dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini telah mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga.
Mimbar Jumaat hari ini menarik perhatian para jemaah sekalian berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bahawa pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah. Antara perubahan nilai yang ketara ialah kecenderungan untuk memiliki saiz keluarga yang kecil, senario perkahwinan lewat, peningkatan kadar tidak mahu berkahwin, peningkatan masa wanita bekerja di luar rumah semakin meningkat, sibuk bekerja, masa keluarga bersama anak-anak semakin berkurangan, peningkatan anak-anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat warga emas semakin bertambah kerana kualiti kesihatan.
Pembangunan sosio –ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga. Kepincangan dalam keluarga bermula daripada sebab seperti kekurangan kasih sayang dalam keluarga, keganasan rumah tangga, peningkatan kadar perceraian, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada warga emas, sumbang mahram, kejahilan, bersekudukan tanpa kahwin, peningkatan kelahiran anak tanpa nikah, peningkatan kadar perceraian dan gejala sosial yang lain. Isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai-nilai dalam kehidupan.
Mengikut satu kajian di negara Amerika Syarikat pada tahun 2006 ke atas 38,000 penduduknya mendapati 95% telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala di negara kita satu kajian pada tahun yang sama ke atas 2,332 remaja melayu mendapati 5.5% telah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Laporan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2009, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Kita merasa bimbang dengan penularan budaya hidup berzina dan gaya hidup barat ini yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini, maka mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian tentang peringatan Allah SWT dalam Quran:
Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi
Pembentukan keluarga Islam pada abad ke 21 ini , abad mendatang atau abad milenium amat mencabar bagi setiap ibu-bapa. Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang badai globalisasi yang berterusan menyerang merosakkan nilai-nilai kehidupan keluarga. Dasar-dasar rumah tangga yang lemah dan kepimpinan keluarga yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang mengubah kehidupan keluarga.
Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat.
Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, mimbar menasihatkan marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis-majlis ilmu di rumah, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah SWT terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.
Mengakhiri khutbah, mimbar ingin merumuskan tentang isu yang dibincang bahawa:
Pertama: Ibubapa perlu memperkukuhkan dan melengkapkan
Kedua: Memperuntukkan masa-masa tertentu bersama ahli keluarga
Ketiga: Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya
Keempat: Perbuatan dan tingkah laku berdosa yang dilakukan oleh anak-anak
Firman Allah SWT dalam Quran:
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
- al- Furqan: 74
(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, untuk Masjid Putra dan Masjiul Hadid (Masjid Besi) Putrajaya, pada hari ini).
No comments:
Post a Comment