Sunday, May 9, 2010

PEERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


-----kita sama - sama fikir ----


GEMPA BUMI
Gempa bumi pada skala 7.4 ricter menggegar Acheh awal petang ini dan gegarannya turut dirasai di Pulau Pinang.

Pusat gempa itu adalah 214km dalam laut di selatan Banda Aceh, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat dan berlaku pada kira-kira jam 1 tengahari tadi. Ia berlaku pada kedalaman 61.
Ekoran itu, amaran tsunami telah dikeluarkan untuk daerah berkenaan.
Kawasan gempa ini sangat hampir dengan gempa yang berlaku pada tahun 2004 lalu dengan kekuatan 9.2 ricter. 170,000 maut akibat tsunami yang melanda Aceh ekoran gempa itu.
Ekoran kejadian hari ini, media melaporkan beberapa rumah telah rosak akibat gempa kali ini.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kebimbangan tsunami berlaku sebagaimana tahun 2004 lalu.(Harakah).


POLIS TIDAK KASARI KERABAT DIRAJA

Polis Kelantan menegaskan tidak ada sebarang perbuatan mengasari kerabat Diraja Kelantan yang ingin menziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan polis bersikap kasar dan tidak membenarkan ahli keluarga Diraja Kelantan untuk menziarahi Sultan Kelantan yang dirawat di HUSM sejak Selasa lalu.
“Dakwaan itu tidak benar. Kami hanya menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui di pekarangan HUSM di sini, malam semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak berhubung tindakan kasar pihak polis yang menghalang ahli keluarga diraja memasuki wad diraja di mana Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dirawat.
Beliau berkata, hanya lima pelawat sahaja yang dibenarkan melawat tanpa kelulusan daripada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.
“Dalam senarai kami hanya lima sahaja yang dibenarkan melawat iaitu Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid; Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A’ishah Puteri serta dua kerabat terdekat:.
“Bagaimanapun itu tidak bermakna ahli keluarga Diraja yang lain tidak dibenarkan melawat Cuma mereka perlu mendapatkan kebenaran dan titah daripada Pemangku Raja terlebih dahulu sebelum dibenarkan melawat. Kalau sudah ada kebenaran polis tidak akan menghalang,” katanya.(Sinar Harian)

No comments: