NABI SULAIMAN
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Elakkan kalian semua dari menganiaya, sesaungguhnya perbuatanmenganiaya itu akan menjadikan kegelapan (ke atas pelaku aniaya) pada hari kiamat. Elakkan dari perangai bakhil, kerana bakhil itu menyebabkan kebinasaan bagi umat sebelum kalian. Bakhil itu menyebabkan manusia pertumpahan darah sesama mereka dan menghalal segala yang diharamkan ke atas mereka.
PETUA
Jika anda mendapat sesuatu gagasan atau peraturan yang dikemukakan oleh pemimpin negara anda, yang menyebabkan bangsa anda dan agama Islam musnah atau terhapus, maka bangkang atau bantahlah, walaupun anda terpaksa merengkok dalam tahanan atau diserek ke tali gantangun. Jika anda mati kerana bangsa anda (Melayu - umat Islam) dan agama Islam, mati anda adalah mati syahid.
TAHUKAH?
Akibat dari istiadat perjanjian atas kemerdekaan negara kita antara Tunku Abdul Rahaman dengasn pihak penjajah Inggeris, tidak membaca basmalah dan berdoa kepada Allah, sebaliknya di restukan secara orang kafir, iaitu minum arak, maka hingga kini orang Melayu - umat Islam - , di negara ini mengalami kerugian, ibarat yang digendong dan dikilit bertaburan dan yang dikejar tidak dapat.
NOKTAH HIDUP
Tunku Abdul Rahman Putra, pemimpin rakyat Malaysia, di sebab ada orang - orang di bawahnya merebut kuasa, maka dia diketepikan secara hormat, tetapi Tunku sedih, kerana yang melakukan itu rakan - rakan seperjuangan dengannya . Maka, pada akhir hayatnya, Tunku beramanat kepada keluarganya, bahawa jika beliau meninggal dunia, kebumikan jenzah beliau di tanah perkuburan Islam di Langgar, Alor Setar. Tidak boleh dikebumikan di makam yang dikhaskan di Masjid Negara.
No comments:
Post a Comment