GEORGETOWN, 9 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau meminggirkan orang Melayu terutamanya dalam mendapatkan kontrak daripada Kerajaan Negeri. Menurut beliau lagi dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar serta merupakan usaha Umno dan Barisan Nasional(BN) untuk memfitnah beliau sebagai tindakan mereka untuk memperbesarkan isu perkauman di negeri ini.
"Sebenarnya orang Melayu di Pulau Pinang tidak dipinggirkan, sebaliknya yang dipinggirkan adalah kroni Umno dan BN yang tamak. Oleh kerana itu masyarakat diharap tidak terjerat dengan mainan isu oleh Umno dan BN ini.
"Kerajaan negeri tidak melaksanakan amalan diskriminasi sepertimana yang telah diamalkan oleh Umno dan BN. Dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) semua kontraktor yang mempunyai kredibiliti dan berpotensi akan diberi peluang tanpa mengira kaum, malah terdapat juga kontraktor BN yang berkebolehan turut diberi peluang yang sama,"katanya lagi. (Berita ini diambil dari Harakah Daily online, 9 Februari 2009) Lim juga menyatakan tindakan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengamalkan sikap diskriminasi seperti yang didakwa.
"Kita yakin dengan cara tender terbuka secara tidak langsung ianya dapat memartabatkan para kontraktor yang berkebolehan serta tidak mengharapkan kepada saluran lain yang sering menjadi amalan semasa pemerintahan BN terdahulu.
Dalam wawancaranya dengan Harakahdaily sebelum ini, Lim memberitahu, kalau sebelum ini para kroni Umno menggunakan kebel politik untuk mendapatkan kontrak, kini semua pihak yang perlukan kontrak kerajaan perlukan kebel komputer sahaja.
Ini kerana, kebanyak tender dikeluarkan melalui komputer dan kontraktor hanya memerlukan kebel komputer sahaja untuk mendapatkan kontrak itu.
"Semasa kita mentadbir mereka yang terpilih adalah mereka yang mempunyai kebolehan dan berdasarkan kepada harga yang mereka berikan. Tidak menggunakan saluran yang salah. Namun begitu sebelum kita mentadbir kontraktor dahulu sukar untuk mendapat tender kerana terpaksa menggunakan kabel politik. Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan BN."
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Komtar sebagai mengulas dakwaan yang telah dibuat oleh Umno dan BN dalam isu yang mendakwa Kerajaan Negeri meminggirkan orang Melayu dalam pemberian tender Kerajaan Negeri.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Dr.Mansor Othman. |
No comments:
Post a Comment