Friday, February 12, 2010

BERITA


PKR sambut baik perbincangan UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya parti itu dan UMNO duduk semeja membincangkan isu berkaitan Islam disambut baik oleh sekutu utamanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian itu diambil berdasarkan latar belakang bahawa kenyataan itu dibuat Nik Abdul Aziz dalam satu majlis dialog antara agama.

“Saya fikir dalam konteks itu saya menyambut baik saranan Nik Abdul Aziz kerana latar belakang kenyataan itu adalah sempena dialog antara agama yang mempertemukan pemimpin agama Kristian, Buddha dan Islam.

“Jadi logiknya kalau pemimpin agama Islam boleh duduk bersama pemimpin Kristian dan Buddha dalam program dialog antara agama, tentulah latar belakang itu mendorong beliau memberi gambaran impiannya untuk melihat umat seluruhnya berada dalam satu arena politik yang sihat dan jauh daripada politik sepak terajang dan adu domba,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sudut Pandang yang membincangkan tajuk Politik Muafakat Demi Rakyat yang disiarkan Astro Awani malam ini.

(Berita ini diambil dari Utusan Malaysia online,12 Februari 2010)

No comments: