IPOH, 5 Feb: Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan. Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa. Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat. Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya. Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut. Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini. “Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat. Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN. Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.
--------------------
http://misabah.blogspot.com | Malam tadi saya bersama beberapa ADUN PR Perak dan Selangor berada di Dewan Tookong, Sungai Tiang Baroh dalam program ceramah penerangan bersama masyarakat Cina di DUN Rungkup. Sambutannya cukup menggalakkan. Beberapa tahun sebelum ini, saya tidak pernah merasai sambutan sebegitu hebat dari kalangan masyarakat Cina di Sg. Tiang.
Para penceramah pula dari kalangan Adun-adun PKR dan DAP. YB Kesavan memulakan ceramah dengan begitu baik dan diberi tepukan yang gemuruh, diikuti dengan ceramah YB Sum Cheok Leng, Adun Bercham, YB Wong Kah Woh, Adun Canning dan YB Ng Sueei Lim, Adun Sekinchan. Ceramah dari YB Ng cukup mencuit dan mempersonakan sekali, beliau berceramah dengan tiga bahasa, Mandarin, Bahasa Melayu dan Jawa. Ramai juga masyarakat Melayu Jawa yang turut hadir dalam program tersebut. Kepetahan berbahasa Jawa menarik minat masyarakat setempat untuk menjemputnya menyampaikan ceramah di kampung-kampung yang ramai orang Jawa.
Saya diminta menyampaikan ucapan di akhir program tersebut, peringkat awal saya menolaknya, saya bagi alasan,kalau nak suruh saya berucap sepatutnya pada awal program untuk mengalu-alukan kehadiran selaku YDP Kawasan dan juga bekas calon.
Ucapan YB Ng dari Sekinchan sudah dianggap ceramah kemuncak, kalau selepasnya saya pula berucap, bimbang orang-orang Cina semua bangun meninggalkan majlis, jam pula sudah menunjukkan 10.30 malam. Orang Cina tidak biasa dengan program sehingga tengah malam.
Pengerusi minta saya berucap juga, ternyata telahan saya tidak benar. Sepanjang saya berucap semua hadirin menunggu dengan penuh minat sehingga habis, tidak ada kelihatan yang bangun meninggalkan majlis, ucapan ringkas sahaja lebih berkisar pengalaman memerintah selama 11 bulan di Perak dengan program-program kebajikan yang berjaya dilaksanakan.
Ketika bersalaman dengan orang ramai untuk meninggalkan majlis, kesemua tetamu dari kalangan masyarakat Cina kelihatan berpuas hati dengan majlis yang diadakan, mereka memberi jaminan pilihanraya akan datang pengundi Cina di Sg. Tiang pasti akan memberi undi kepada calon PAS.
Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik YAB DS Nizar.
| (Berita ini diambil dari Harakah Daily Online, 5 Febreuari 201o)
|
No comments:
Post a Comment