Saturday, May 31, 2008

PENIAGA TELEFON BIMBIT

Kuala Lumpur: Ramai belia Melayu yang berniaga telefon bimbit dan aksesorinya, di sekitar Lembah Klang telah mendapat rezeki baru yang lumayan.

Mereka menjalankan perniagaan dengan menggunakan almari pameran dari kaca, dalam premis-premis perniagaan, pasar raya, perhentian bas dan kedai-kedai yang mereka sewa.

Masrana binti Abdullah, 26 tahun telah menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit di sebuah kedai yang disewa di Taman Dewa View, Melawati, Hulu Klang.

Dia telah menjalankan perniagaan tersebut bersama suaminya, Azam bin Johar sejak lapan tahun lalu.

Kedai telefon bimbit Masrana

“Pada mulanya kami berniaga secara kecil-kecilan sahaja, tetapi setelah mendapat sambutan yang baik pelanggan-pelanggan, terutama orang Melayu, perniagaan kami bertambah baik,” katanya.

“Kebanyakan peniaga telefon bimbit telah mendapat pinjaman modal dari MARA, dengan modal itu kami dapat membesarkan perniagaan,” katanya lagi.

Mereka mendapat bekalan telefon, simcard dan aksesori dari pengedar- pengedar di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu ramai perempuan Melayu yang bekerja di kedai-kedai dan gerai kaca telefon bimbit kepunyaan peniaga-peniaga Cina dan India.

Cik Noni binti Mat Nor, 29 tahun bekerja di sebuah gerai telefon dalam pasar raya di Wangsa Maju, telah mahir dengan berbagai jenis telefon bimbit dan aksesori-aksesorinya.

Cik Noni Mat Nor sedang melayan pelanggan

Beberapa orang peniaga telefon memberitahu, walaupun mereka mendapat sokongan dari pelanggan-pelanggan Melayu, tetapi mereka menghadapi persaingan dan peniaga-peniagaan bukan Melayu, terutama mengenai harga setiap unit telefon.

Misalnya sebuah telefon berharga RM600, mereka dapat mengurangkan harga itu kepada pelanggan mereka sekadar 10 peratus, tetapi peniaga-peniaga bukan Melayu memberi potongan harga hingga 30 peratus.

Masalah yang mereka alami, ialah, pengedar telah menjual telefon dengan harga yang berbeza antara peniaga Melayu dengan peniaga bukan Melayu.

Cik Noni Mat Not

Dia memberitahu, bahawa dia ada keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri, tetapi kerana masalah modal dan mahu menambah pengalaman, maka dia terpaksa bekerja dengan syarikat orang lain.

No comments: