Saturday, May 3, 2008

BUNUH DIRI

Sesiapa yang membunuh diri dengan cara menerjunkan diri dari atas bukit, maka dia akan jatuh bergelimpangan dalam neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu tetap di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Siapa yang membunuh diri dengan benda tajam, benda itu akan tetap di tangannya dan ditikam-tikam pada perutnya dalam neraka jahanam dan kekal dilamnya.

Riwayat: Abu Hurairah

PEMIMPIN

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah ditanya oleh para sahabat tentang sama ada Islam membolehkan atau tidak rakyat memberontak atau memerangi pemimpin mereka yang zalim.

Junjungan telah menjawab: “Pemimpin-pemimpin kamu sekalian yang paling baik, ialah mereka yang kamu kasihi, dan mereka mengasihi kamu, mereka sentiasa berhubung dengan kamu. Pemimpin-pemimpin kamu yang paling jahat, ialah mereka yang kamu benci, kamu mengutuk mereka, dan mereka membenci kamu, dan mengutuk kamu.”

Sahabat-sahabat bertanya, apakah boleh rakyat memberontak terhadap pemimpin-pemimpin mereka?

Junjungan menjawab: “Tidak boleh selama mereka mendirikan solat, di tengah kamu. kecuali orang yang dikuasai pemerintah (rakyat) melihat pemimpin-pemimpin mereka melakukan kemaksiatan kepada Allah, mereka hendaklah membenci kemaksiatan kepada Allah itu, dan jangan sekali-kali melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah.”

Sahabat-sahabat bertanya, bagai manakah kalau pemimpin-pemimpin menghalangi hak rakyat.

Junjungan telah bersabda: “Dengarlah dan taatlah, kerana mereka itu memikul tanggungjawab, dan kamu juga memikul tanggungjawab akan apa yang kamu pikul.”

“Kamu laksanakan kewajipan yang perlu kamu melakukannya dan memohon kepada Allah (untuk membela).

Sabda Junjungan: “ Sesungguhnya setelah aku nanti ( setelah

ketiadaan Junjungan) akan datanglah (pemerintah) kediktatoran dan perkara-perkara yang kamu ingkari.”

Hadis-hadis di atas ini diriwayatkan oleh: Imam Muslim,

Iman Tarmizi dan yang sependapat dengan mereka..


KAYA

Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya (sebenar), adalah kaya jiwa (budi pekerti, semangat,azam dan keintelektualan).

Riwayat: Abu Hurairah.

No comments: