Wednesday, May 21, 2008

Hadis

DUA ORANG PEMBANTU PEMIMPIN

Setiap rasul diutuskan Allah atau mengangkat seseorang menjadi khalifah (ketua Negara, presiden dan perdana Menteri), di sisinya ada dua orang pembantu terdekat. Yang seorang menggalakkan untuk melakukan kebaikan, dan yang seorang lagi menggalakkan untuk melakukan kejahatan. Orang yang terpelihara dari kesalahan, ialah orang yang dipelihara oleh Allah.

Perawi: Abu Saad al Khudri dan Imam Bukhari.

Penjelasan:

Sama ada seseorang itu rasul Allah mahu pun khalifah (presiden, perdana menteri dan menteri) ada orang yang hampir dengannya:

Seorang yang kuat memegang amanah dan baik perangainya, iaitu menasihat dan menganjurkan khalifah kepada kebaikan dan menjauhkan dari kejahatan.

Yang seorang lagi sentiasa menasihat, mempengaruhi atau menganjurkan khalifah itu untuk melakukan kejahatan, seperti maksiat, makan suap atau rasuah, tidak beramanah ata menindas rakyat.

MEMISAHKAN DIRI

Siapa yang melihat tindakan pembesar (pemeritah) yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana siapa yang memisah (menarik diri) dari jemaah (pertubuhan atau kerajaan) barang sejengkal, nescaya dia mati secara mati orang jahiliah (kafir).

Perawi: Ibnu Abbas.

Penjelasan.

Hadis ini mengenai rakyat dengan ketua negara Islam, kalau seseorang rakyat itu mendapati tindakan pemimpinnya tidak memuaskan hatinya atau dibencinya, maka dia hendaklah sabar atau berusaha memberi nasihat secara tidak memalukan pemimpin itu.

Tidak dibolehkan mencerca dan mengutuk seseorang pemimpin Islam di khalayak ramai atau menyiarkan dalam media dan sebagainya.

Sesiapa yang tidak puas hati dengan pemimpin itu, lalu dia keluar dari harakah atau pertubuhan atau kerajaan walaupun jauhnya sejangkal cuma, kalau dia meninggal dunia, maka matinya sama dengan mati orang jahiliah, iaitu orang yang tidak beragama Islam, tidak beriman kepada Allah, rasul-Nya dan hari kiamat.

No comments: