Thursday, May 8, 2008

MELAYU BERSATU DI BAWAH ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

Selepas UMNO dan Barisan Nasional mengalami kejutan ‘kalah’ banyak kerusi, hilang dari tangan, empat negeri jatuh ke tangan parti-parti pembangkang dan sebuah negeri tidak berjaya dirampas kembali, timbul ketakutan di kalangan orang Melayu, kononnya orang Melayu telah berpecah belah atau tidak bersatu.

Benarkah orang Melayu tidak bersatu? Kalau kita melihat di segi kaca mata atau pengetahuan Islam, sesungguhnya pada masa ini orang Melayu tidak berpecah belah. Mereka tetap bersatu dengan kekuatan agama Islam.

Sesiapa jua yang hadir beribadat di masjid-masjid dan surau-surau dapat melihat orang Melayu bersatu di bawah kalimatullah atau agama Islam. Orang Melayu dari parti-parti politik yang menganut fahaman yang berbeza berhimpun menghadap kiblat. Pendeknya mereka tidak berpecah belah apa lagilah bermusuhan.

Memanglah, jika kita merenung di segi politik lain dari Islam, kita dapati orang Melayu berpecah belah, kerana mereka mengikuti parti-parti politik yang menganut fahaman yang berbeza.Ibrahim Hj. Yaacob

Ustaz Abu Bakar Al Baqir

Orang Melayu dalam UMNO tidak bersatu dengan orang Melayu dalam PAS dalam mengejar kuasa, kerana dua buah parti itu berbeza p
egangan. UMNO sebuah parti politik kebangsaan, mirip kepada kapitalisme dan menolak Negara Islam. Sedangkan PAS menganut Islamisme dan berjuang untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia – negara keredaan Allah.

Kita menyorot kembali kepada sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan sejak tahun 1940-an. Kita akan mendapat tahun mengapa orang Melayu tidak sama memegang dasar perjuangan mereka.

Beberapa tokoh penting orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan dapat dilihat di sini. Mereka itu, Ibrahim bin Haji Yaacob (Pahang) Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Perak), Dr. Burhanuddin Helmi (Perak), Ishak bin Haji Muhammad (Pahang), Abdullah Sani atau Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Abdullah Che Dat atau Abdullah CD.(Perak)

Selain dari mereka itu beberapa orang guru agama atau ulama, di antara mereka itu, Haji Hussein Che Dol, Haji Abdul Rahman Merbok (Kedah), Haji Hassan Yunus (Johor), Ustaz Abdul Rauf Ahmad, Uthman Hamzah (Perak). Mereka dipelopori oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Ibrahim Haji Yaacob bersama beberapa orang guru di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak dan beberapa rakan politiknya di seluruh tanah air telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Pada bulan Mei 1945, Ustaz Abu Bakar Al Baqir setelah mendapat nasihat dari gurunya, Sheikh Abdullah Fahim telah menubuhkan sebuah parti politik Islam di kalangan guru-guru di Maahad Al Ehya Asyarif, Gunung Semanggul Perak,iaitu parti politik Hizbul Muslimin – Parti Orang - orang Islam.

Dr. Burhannuddin Helmi

Ishak Hj. Muhammad

Kemudian parti politik itu disertai oleh sebilangan orang Melayu di seluruh tanah air. Hizbul Muslimin menjadi landasan perjuangan orang Melayu untuk menegak akan Negara Islam di Tanah Melayu. Dasarnya sama dengan dasar PAS kini.

Di antara ahli-ahli jawatankuasa parti politik yang tidak didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan itu, ialah, Haji Hassan Yunus (kemudian masuk UMNO dan menjadi Menteri Besar Johor), Yahaya Nasim (kemudian bekerja sebagai wartawan), Sulaiman Najib (guru agama), Ustaz Abdul Rauf tukang jahit), Ustaz Haji Harun Salleh (guru agama) dan Ustaz Othman Hamzah (guru agama).

Pada bulan Oktober tahun 1945, telah ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan sayap wanita, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sayap pemuda, Angkatan Pemuda Insaf (API).

Angkatan Wanita sedar (AWAS), diketuai oleh Shamsiah Fakeh (Negeri Sembilan) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) oleh Ahmad Bostamam.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) memperjuangkan hak:

* Satu Negara; Negara Melayu,

* Satu bangsa; Bangsa Melayu,

* Satu bahasa; Bahasa Melayu,

* Agama Islam; Agama Negara.

Dato' Onn sedang berucap kali terakhir dalam mesyuarat agung UMNO pada tahun 1951

Orang keturunan pendatang yang menjadi rakyat Tanah Melayu, menjadi Melayu, seperti orang-orang pendatang di Indonesia,menjadi Indonesia.

Hizbul Muslimin tidak disukai oleh penjajah Inggeris. Mereka menyifatkan parti itu ‘bahaya dari gunung’. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dua sayapnya, tidak disukai oleh penjajah Inggeris juga. Penjajah Inggeris dan orang Melayu anak emas mereka memfitnah kononnya PKMM hendak menyerahkan Tanah Melayu kepada Soekarno, iaitu menjadi sebahagian dari Republik Indonesia.

Seperti yang diberitahu oleh Dato’ Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz Almarhun Sultan Yussuff Izzuddin Shah – Sultan Perak kepada penulis pada tahun 1955, bahawa pada awal tahun 1946, para Penasihat British (British Adviser) telah mengundang mereka ke sebuah kelab di Cameron Highlands pada satu malam.

Dalam pertemuan itu para Penasihat British telah menasihatkan mereka supaya menubuhkan sebuah parti politik kebangsaan yang tidak ada dasar atau isme. Tujuannya untuk membunuh parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dua sayapnya.

Mereka telah diberi amaran, kalau parti-parti politik itu berjaya mencapai kemerdekaan, mereka dan orang-orang Melayu yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di England akan tidak ada tempat dalam Tanah Melayu yang merdeka nanti

Dato Onn telah memaklumkan, bahawa sukar untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu, kerana orang Melayu tidak bersatu. Masing-masing ada persatuan di negeri dan daerah mereka sendiri.

Tunku Abdul Rahman

Penasihat-penasihat British itu memberitahu mereka, bahawa pejabat Tanah Jajahan British ada isu penting yang akan mendorongkan orang Melayu menubuhkan parti kebangsaan untuk membunuh dua buah parti orang Melayu itu.

Tidak lama kemudian penjajah Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang akan menjadikan semua rakyat Tanah Melayu, termasuk orang Melayu satu rupa bangsa ‘Malaya Malayan’.

Sebelum itu memang orang-orang Cina dan India, termasuk pemimpin Cina,Tan Cheng Lock, Leong Yew Koh, Lau Pak Kuan dan beberapa kongres lagi telah menolak bangsa Melayu sebagai rakyat istimewa dan mereka mahu satu rupa bangsa sahaja Malaya, iaitu bangsa Malaya.

Sementara Parti Komunis Malaya (PKM), selain berjuang menentang penjajah, Jepun dan Inggeris, membela pendatang-pendatang Cin, parti itu yang berkiblat ke Negara Cina dengan tujuan mengembangkan fahaman komunis kepada semua rakyat Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu Negara komunis dan menjadi Negara yang diperintah oleh orang Cina.

Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) itu nampaknya mencapai sedikit kejayaan, iaitu Singapura telah menjadi negara kecil yang diperintah oleh orang China.

Penjajah Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union kepada Raja-Raja Melayu dengan cara ‘nasihat dan paksa’. Hampir semua orang Melayu termasuk ahli-ahli PKMM telah menentang dan telah mengadakan kongres orang Melayu di Kelab Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sebanyak 38 pertubuhan orang Melayu termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar wakil-wakil ke kongres itu. PKMM telah menghantar paling ramai wakil.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PEKEMBAR) atau United Malayan Natinal Organization (UMNO) telah ditubuhkan dalam kongres orang Melayu itu. Oleh kerana pihak penganjur melihat paling ramai orang Melayu dari kalangan guru sekolah Melayu, guru sekolah rakyat (ulama) dan sebagainya, sedang orang Melayu yang berpendidikan Inggeris terlalu sedikit, maka pihak penganjur telah menangguhkan mesyuarat penubuhan parti itu.

Dikhuatirkan, kalau dipilih Jawatan Kuasa Pengasas UMNO pada hari itu, nescaya orang-orang Melayu berpendidikan dari institusi pengajian tinggi England tidak terpilih, Mesyuarat Agung memilih Jawatankuasa UMNO di adakan pada 11 Mei 1946 dalam istana sultan Johor.

Sejak ditubuhkan hingga tahun 1948, UMNO tidak mendapat sambutan dari sebilangan besar orang. Mereka telah menyertai parti-parti politik sebelumnya.

Ahmad Boestaman

Pada zaman itu, Dato Onn Jaafar berkedudukan sebagai pegawai kerajaan. Dia bertaraf Menteri Dalam Negeri. Dengan dua tujuan; menguatkan UMNO dan menjaga keamanan, maka Dato Onn dan Inggeris telah mengambil tindakan mengisytiharkan undang darurat dan semua orang Melayu dalam Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dua sayapnya telah ditangkap dan ditahan dalam khemah-khemah tahanan di seluruh tanah air.

Sebelum Dato Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951,sekali lagi tindakan menangkap orang-orang Melayu yang dianggap kiri,telah ditangkap dan ditahan dalam khemah-khemah tahanan.

Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan UMNO, pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu yang berada dalam tahanan tidak dibebaskan. Mereka dianggap musuh penjajah Inggeris dan UMNO.

Tunku Abdul Rahman yang berjuang menuntut kemerdekaan sedang menghadapi tekanan, kerana sekendalnya di London dengan seorang perempuan Inggeris. Suami perempuan itu telah mengemukakan saman terhadap Tunku Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Singapura.

British mengambil kesempatan atas Tunku Abdul Rahman dan memaksa dia dan UMNO menerima kemerdekaan mengikut kehendak penjajah Inggeris, terutama menolak sama sekali tujuan yang diperjuangkan oleh Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Walaupun PAS telah wujud pada tahun 1951, tetapi penjajah Inggeris tidak menerima dasar perjuangan parti politik itu, kerana ia bertujuan menegakkan Negara Islam di Tanah Melayu.

Penjajah Inggeris memberi kerjasama kepada UMNO, kerana parti politik itu tidak berideologi, iaitu nasionalis dan mirip kepada kapitalis. Selain daripada itu ahli-ahli Melayu dalam UMNO, walaupun mereka menuntut kemerdekaan, tetapi mereka adalah fro Inggeris.

Pada masa ini, kalau sungguh orang Melayu tidak bersatu, jalan ke arah bersatu, yang paling baik dan utama ialah kembali kepada Islam. Selagi orang Melayu berpegang kepada Islam sebagai Addin (mengamalkan dalam semua bidang kehidupan termasuk politik),maka orang Melayu kembali bersatu dan terjamin tidak hilang dari dunia ini.

Perhimpunan UMNO di Istana Besar Johor Bharu pada 1946

Berikut ini dapat dipelajari pegangan dan arah tuju parti-parti politik di Malaysia:

UMNO: Nasional kapitalis, (tiada ideologi), kerajaan monarki (beraja) dan agama Islam diterima sekadar amalan /biasa seperti yang wujud sekarang.

Menolak Negara Islam.

PAS: Melayu sebagai teras bangsa di negara ini.

Semua bangsa yang beragama Islam dan rakyat Malaysia di akui ummah (bangsa beragama Islam) boleh menjadi pemimpin negara ini.

Berideologikan Islam berdasarkan Quran dan Sunnah .

Tujuan perjuangannya, menegakkan Negara Islam di Malaysia.

MCA: Kebangsaan Cina. – Nasional kapitalis.

MIC: Kebangsaan India – Nasional kapitalis.

PKR: Tidak berideologi.

Ada bayangan akan mengamalkan sosio – demokratik. Boleh kapitalis dan sosialis beraja.

Semua rakyat Malaysia adalah bangsa Malaysia.

DAP: Rakyat Malaysia dikira bangsa. Ke arah sosio-demokratik (seperti PAP Singapura).

Kebanyakan ahlinya terdiri dari kapitalis.

Menolak agama Islam dalam semua bidang kehidupan.

Menolak kerajaan monarki (beraja) dan anti Negara Islam.

1 comment:

Oswald said...

You have a very good website with lots of information, I like it very much. Keep up the good work!!! You can blog in the language of your country to read if you Google Language Tools germany> Their language at home the link http://www.rentner-haben-keine-zeit.de
Please read by clicking the Google ads.