Monday, May 5, 2008

Agama

Untuk Lelaki Terfikir

LELAKI DAYUS

Tiga golongan tidak (terlarang) masuk syurga; Penagih arah (termasuk segala yang memabukkan seperti dadah), lelaki dayus dan derhaka kepada dua ibu bapanya.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Lelaki dayus tidak boleh (terlarang) masuk syurga.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Erti dayus, ialah lelaki yang tidak bermaruah atau hina, iaitu takutkan isteri, membiarkan isteri melakukan kejahatan dan membiarkan isteri bekerja atau makan gaji di tempat-tempat maksiat (termasuk berlakon dalam drama,wayang dan sebagainya; berpegangan, berpeluk dan seumpamanya dengan lelaki lain).

Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, perliharalah diri kamu dan ahli (isteri, anak dan tanggung) kamu dari api neraka. Ertinya menjaga diri sendiri dan ahli-ahli keluarga dari melakukan perbuatan maksiat

Lelaki yang tidak dapat memelihara ahli-ahli keluarga dari melakukan maksiat, maka dia adalah lelaki yang dayus.

Antara perkara-perkara yang maksiat ialah: Berzina, berlakon dalam filem,drama wayang dan sebagainya, menyanyi atau memperdengarkan suara kepada orang lain atau orang ramai, mendedahkan aurat – mendedahkan kepala, mendedahkan dada, sepasang lengan, berpakaian ketat sendat, bersolek wajah hingga mengasyikkan orang lain melihat dan memakai air wangi yang menggiurkan lelaki lain.

Dalam Quran ada ayat yang membolehkan lelaki beristeri lebih dari seorang, iaitu dengan syarat tertentu, iaitu, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu kasihi (perempuan itu kasihkan kamu), dua, tiga atau empat. Maka jika kamu takut tidak boleh beraku adil (kepada isteri-isteri), (cukup) seorang isteri sahaja.

Keadilan yang dimaksudkan dalam Islam, ialah berlaku adil memberi nafkah batin, giliran tinggal bersama dengan isteri-isteri, memberi nafkah makan minum, tempat tinggal dan sebagainya.

Tetapi tidak nafkah itu, misalnya semua isterinya mesti berkereta mewah, rumah besar dan sebagainya.

Allah telah meluluskan lelaki boleh beristeri lebih kerana mengelakkan lelaki itu dari melakukan perbuatan maksiat.

Perempuan yang menentang poligami, bererti dia menentang firman Allah. Sesiapa yang menentang firman dan hukum Allah, maka dia menentang Allah. Orang yang menentang Allah, dia adalah kafir.

Mana-mana perempuan yang berkata, bahawa kalau suaminya boleh beristeri lebih dari seorang isteri, mengapa dia tidak boleh berlaki lain. Maka perkataannya itu sama dengan perbuatan menentang hukum Allah di atas.

Lelaki yang berada (mampu memberi nafkah kepada isteri-isterinya), berakal, ada ilmu pengetahuan dan kesihatannya baik, iaitu tenaga batinnya mampu menanggung nafkah batin isteri-isterinya; dia memang ini hendak kahwin lagi, tetapi dia tidak dapat berbuat demikian kerana takutkan isterinya, maka lelaki itu dalam golongan lelaki dayus.

Tetapi, jika lelaki itu tidak mahu beristeri lebih kerana amat sayangkan isterinya (tidak kerana takutkan isterinya), tidak mahu rumah tangga kucar kacir, maka dia tidak termasuk dalam golongan lelaki dayus.

No comments: